senarai kerja rumah untuk anak mengikut umur

Senarai Kerja Rumah Untuk Anak Sesuai Mengikut Umur

Senarai Kerja Rumah Untuk Anak Sesuai Mengikut Umur| Musim cuti persekolahan ni kan, anak-anak mesti tak tau nak buat apa.Tapi yang penting kerja rumah perlu diberikan kepada mereka

Saja umi nak berkongsi kepada readers umi ni…Kalau ada yang membacalah kan dan sudi untuk membaca 🙂 .Senarai kerja rumah untuk anak-anak yang sesuai mengikut umur mereka.Jadi semuanya sama rata.Dari abang ke adik, dari adik ke kakak..gitu…Jadi mak-mak takdelah bertukar menjadi singa atau menjadi hijau dek perangai anak-anak.

Sebenarnya dari kecillah kita kena disiplinkan mereka agar esok besar, mereka akan terikut apa yang kita dah ajar pada mereka.Masa umi kecil-kecil dulu, baju lipat sendiri tau.Pepagi lepas je sarapan pagi, confirm kena buat kerja kat tanah.Maksudnya menyapu.Walau dah hari-hari menyapu pun, tetap mak suruh umi menyapu..ahahha…Ko bayangkan ler Sampai tanah dah takde pasir.Kalau bermain, petang dah dekat nak maghrib baru ko balik, padahnya, sampai ke maghrib ler ko tak boleh jejak masuk rumah..memang jawabnya kena tidur bawah rumah ler..

Umi ambil info ni dari fb page : ummuayyashdotcom

Jom kita tengok apa senarai kerja rumah yang sesuai untuk kita berikan pada anak-anak kita

SENARAI KERJA RUMAH MENGIKUT UMUR

SENARAI KERJA RUMAH SESUAI MENGIKUT UMUR ANAK

SENARAI KERJA RUMAH ANAK DARI UMUR 2 HINGGA 4 TAHUN

  • Pakai baju sendiri
  • Letak baju kotor dalam bakul
  • Ambil lampin atau diaper dari tempatnya
  • Tolong lap air tumpah
  • Kemas permainan
  • Ambil barang-barang ringan
  • Lipat kain(mulakan dengan sapu tangan atau tuala kecil.
  • Cabut rumput
  • Letak pinggan mangkuk sendiri dalam sinki 

SENARAI KERJA RUMAH ANAK DARI UMUR 4 HINGGA 7  TAHUN

  • Cuci dan siang sayur guna peeler atau alat yang selamat
  • Kemas katil sendiri
  • Bawa makanan dari meja makan ke dapur
  • Sediakan meja makan
  • Susu buku / susun kasut
  • Siram pokok bunga
  • Menyapu lantai/ Mengemas rumah
  • Angkat kain jemuran
  • Cuci kereta
  • Jemur tuala selepas mandi

SENARAI KERJA RUMAH ANAK DARI UMUR 7 HINGGA 12  TAHUN

  • Jaga haiwan peliharaan
  • Cuci pinggan mangkuk
  • Memasak nasi guna rice cooker
  • Buang sampah di luar
  • Basuh baju dan kasut sekolah
  • Mengemop lantai dan guna vacum
  • Mengelap dan bersihkan habuk
  • Tukar cadar dan menyidai baju
  • Sediakan makanan mudah seperti sandwich
  • Mencuci tandas

Itulah diantara senarai tugasan di rumah mengikut usia anak-anak..Parents boleh la ikuti senarai tugasan ni untuk diberikan kepada anak-anak.

Yang penting kita sama buat dengan mereka.Tunjukkan yang aktviti mengemas rumah ni sesuatu yang menyeronokkan.Baru lah mereka rasa seronok dan nak buat banyak lagi kerja rumah.

 

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *