Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak

Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak

Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak | Dalam memberikan yang terbaik untuk Naura, umi cuba buat kaedah “TRY AND ERROR”. Maksudnya bila aktiviti ni dia tak boleh buat, umi cuba buat aktiviti yang lain.

Kadang tu, bukan dia tak boleh buat, boleh je, tapi biasalah kan anak-anak ni, kalau tak kena pada dia, memang dia takkan buat.Mulalah buat malas, mengantuk, laparlah dan banyak lagilah perangai diorang.

Sebab tu walau umi ni tak berapa nak pandai dalam mendidik anak-anak, umi suka baca perkongsian parents dalam #Teammommyhappy tentang bagaimana untuk mereka mengajar anak-anak mereka dan buat aktiviti dengan anak-anak mereka.

Umur Naura pun dah 4 tahun, dah boleh mengajar dia untuk menulis dan mengenal huruf dan Nombor.Alhamdulillah, untuk kenal huruf dan nombor tu memang dia hafal.Tapi tulah seperti yang umi katakan tadi, ikut mood lah.

Jadi umi tak risau pada bahagian mengenal huruf dan nombor, yang umi nak titikberatkan adalah penulisan pula.Bab ni memang menguji kesabaran tau.

Tapi untuk mengajar anak menulis ni, kita tak boleh la terus bagi pensil dan kertas.Umi ada post satu entry berkenaan dengan anak belajar menulis di entry SOAL JAWAB BILA ANAK BELAJAR MENULIS BERSAMA PUAN ASHIKIN. Dalam entry ni korang boleh tau bila masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis dan apakah langkah-langkah yang kita kena buat untuk persediaan anak menulis.

Secara jujurnya, memang umi nak anak umi dah pandai menulis dengan elok sebelum dia melangkah masuk ke Tadika, tapi adakah mungkin? Mustahil ke? Bukanlah nak cantik macam tulisan kita-kita yang dah dewasa ni, cuma cantik tu maksudnya tulis dengan elok, takde kecik besar je tulisan.Senget benget dan sebagainya.Tapi….boleh ke umi terus paksa dia buat macam tu?

Of courselah tidak kan?Sebelum tu mestilah kita kena kuatkan otot-otot tangan dia untuk memegang pensil.Untuk menguatkan otot-otot anak ni, banyak je kita boleh buat.Yang penting kita tau apa aktiviti-aktiviti yang boleh membantu meningkatkan KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR ANAK-ANAK.

Dalam kehidupan seharian seorang kanak-kanak ni, pelbagai jenis mainan yang boleh meningkatkan motor halus dan kasar tau.Cuma kita kena taulah apa jenis mainan yang boleh menguatkan motor halus dan kasar mereka ni.Untuk entry ni umi nak kongsi senarai aktiviti motor halus kanak-kanak.Nanti senanglah nak buat kat rumah.

APA ITU KEMAHIRAN MOTOR HALUS

Kemahiran Motor Halus ni adalah kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-oto di mana ia merujuk kepada pergerakan kecil tangan, pergelangan tangan, jari, jari kaki, bibir dan juga lidah.Koordinasi pergerakkan otot kecil dan organ deria juga termasuk dalam kategori motor halus.

Umi bagi contoh ye,anak-anak memasukkan syiling dalam tabung.Dalam pada tangan memasukkan duit dalam tabung, mata juga akan fokus pada lubang duit sampailah mereka berjaya memasukkan syiling ke dalam lubang tabung tu.Nampak simple bagi kita kan, tapi bila anak-anak yang kecil umur diantara 2-5 tahun, sangat susah bagi mereka tau.Kalau kita tak asah motor skill mereka, akan ada masalah pada aktiviti menulis mereka.

Kemahiran motor halus dipengaruhi oleh 3 elemen utama iaitu kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek, koordinasi mengawal jari untuk bergerak dan sensori untuk mengesan jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak.

 

Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak

So, apa aktiviti yang boleh anak-anak buat bagi menguatkan motor halus mereka.Jom lihat senarai aktiviti yang membantu meningkatkan kemahiran motor halus mereka.Umi kongsikan ye hasil pembacaan umi dari blog preschool.klceducation ni di bawah

SENARAI AKTIVITI BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN MOTOR HALUS KANAK-KANAK

Umi ada beritahu yang kemahiran motor halus ni ada 3 elemen kan.Dan apakah 3 elemen tu?

  • kekuatan – daya kekuatan jari untuk memegang sesuatu objek
  • koordinasi – bagaimana kita mengawal jari untuk bergerak
  • sensori – jika anak mempunyai masalah sensori untuk memegang sesuatu objek atau pun tidak
1. BUAT RANTAI GUNA STRAW

Sediakan benang yang telah dipotong mengikut saiz rantai yang diingini dan pintal sedikit salah satu bahagian hujung benang tersebut.

Potong straw minuman kecil-kecil dan masukkannya ke dalam benang untuk dijadikan rantai. Apabila sudah selesai, ikat bersama kedua-dua hujung rantai tersebut dan ianya siap untuk dipakai. Boleh juga dibuat gelang atau tali pinggang tau!

 

2. MAIN TANAH LIAT

Tanah liat adalah salah satu permainan sensori yang sangat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan menggunakan jari dan pergelangan tangan mereka untuk menekan, membentuk dan menggenggam tanah liat tersebut.

 

3. BUTANG BAJU

Disamping dapat meningkatkan kemahiran motor halus anak, aktiviti ini penting dalam kehidupan seharian mereka. Pernah tengok kesukaran anak kecil untuk belajar membutangkan baju? Ya, adalah normal bagi anak kecil mengalami kesukaran untuk membutangkan baju pada awalnya. Namun, apabila selalu dilatih, proses ini akan menjadi mudah.

 

4. BELAJAR BUKA DAN TUTUP BOTOL

Sediakan beberapa botol terpakai yang berlainan saiz. Ajarkan anak untuk membuka dan menutup botol- botol tersebut dengan menggunakan daya kekuatan jari mereka.

Anak akan belajar berapa banyak daya yang diperlukan untuk berjaya membuka setiap botol tersebut. Jika daya yang dikenakan tidak kuat, maka botol tersebut pasti sukar untuk dibuka oleh mereka.

 

5.  MASUKKAN MAINAN KE DALAM KOTAK TISU TERPAKAI

Seperti mana yang kita tahu, kotak tisu hanya mempunyai lubang yang kecil di bahagian atasnya. Pilih mainan anak pelbagai saiz yang muat untuk dimasukkan ke dalam kotak tisu terpakai.

Anak akan meneroka pergerakan pergelangan tangan dan jari tangan mereka ketika cuba memasukkan mainan tersebut ke dalam kotak tisu terpakai ini. Sebagai tambahan, minta anak keluarkan semula mainan yang telah dimasukkan sebentar tadi.

 

6.  MEMASUKKAN DAN MENGELUARKAN REBEN

Anda boleh saja guna pekakas yang sudah ada dirumah. Contohnya, tapis. Ajarkan anak untuk memasukkan dan mengeluarkan reben daripada lubang tapis tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja merangsang kemahiran motor halus anak tetapi menguji kesabaran anak.

 

7.  TUANG AIR KE DALAM CAWAN

Anda hanya memerlukan dua cawan plastik dan air. Lebih mudah gunakan air paip. Tuang air ke dalam satu cawan dan ajar anak anda untuk menuang air tersebut ke cawan yang lain.

 

8. MELUKIS GUNA ‘SQUEEZING BOTTLE’

Buat kelainan dalam aktiviti melukis anak dengan menggunakan DIY cat dan ‘squeezing bottle’. Cuma perlu DIY cat mengikut warna kegemaran anak dengan menggunakan tepung jagung sebagai bahan utama dan isikan cat tersebut ke dalam ‘squeezing bottle’. Beri mereka kebebasan untuk melukis mengikut kreativiti mereka.

 

9. MENYUSUN OBJEK MENGIKUT BENTUK

Ambil sekeping kad dan lukis satu garisan ziq zaq dan satu garisan beralun. Ambil objek yang kecil seperti kacang, atau butang, dan minta anak anda susun objek tersebut mengikut garisan yang telah anda lukis.

 

10.  MENGKATEGORIKAN OBJEK KECIL

Ambil beberapa objek kecil seperti butang, kacang atau klip kertas dan minta anak anda asingkan mengikut bentuk atau warna objek tersebut.

 

Itu adalah antara aktiviti yang boleh korang buat bersama anak-anak.Sebab tu sekarang ni umi banyak buat aktiviti-aktiviti bersama naura.Sebab umi percaya, bila otot mereka dah kuat untuk memegang pensil, kita tak payah suruh diorang menulis pun, mereka akan buat.Dan itulah yang umi nampak pada Naura.

Ni antara aktiviti Naura yang umi dah buat pada dia.Just clipkan pada sampul surat je.Nampak senang bagi kita kan, tapi bagi dia susah tau.Cuba buat

Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak

 

 

Buat kerja sampai terkangkang dik oi..Keluar air liur pun ada tau..hahah

Senarai Aktiviti Motor Halus Kanak-Kanak

 

Nanti umi share lagi ye aktiviti motor halus yang Naura dah buat.Mana tau boleh jadikan idea untuk korang.Nak anak pandai ibubapa kena rajin, betul tak… yang penting kita usaha untuk berikan yang terbaik untuk dia

 

Loading

2 Comments

  1. Yang butang baju tu anak saya selalu fedup butang baju yang atas sekali. Hoho

  2. ciktom pun suka buat aktiviti homeschool dengan adira..memang dia enjoy buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *