Senarai 38 Bidang Pengajian Dimansuhkan - Kisahsidairy.com

Senarai 38 Bidang Pengajian Dimansuhkan

Senarai 38 Bidang Pengajian Dimansuhkan

Senarai 38 Bidang Pengajian Dimansuhkan | Mungkin perlu dikaji semula tentang program pengajian yang ditawarkan untuk lepasan SPM.

Kalau dulu, umi ingat lagi, memang struggle jugak nak memohon sana-sini untuk sambung belajar.Nak sambung belajar kepada peringkat sijil, Diploma mahupun Ijazah sekalipun, tak boleh la nak terus pilih ikut suka.Kena fikir juga jenis pekerjaan yang akan dapat selepas itu.

Adakah selepas belajar kita akan dapat terus pekerjaan atau sebaliknya.Kadang-kadang apa yang kita dapat selepas tamatkan pengajian, bila masuk hal nak cari kerja, payah nak dapat.Sebab tu umi lihat ramai siswa/siswazah yang menganggur.

Tiba pulak giliran adik umi masa selepas SPM tempohari.Dia pun sampai pening kepala nak fikir.Mana satu program yang patut dia pilih untuk meneruskan pembelajaran dia.Memang banyak Universiti awam yang menawarkan peluang melanjutkan pelajaran.Tapi tulah, kena fikir pulak samada bidang pengajian yang diambil tu, seterusnya akan menjanjikan peluang pekerjaan yang luas atau tidak.

Kenapa umi up pasal entry ni.Ni semua kerana umi terbaca di Berita Harian hari ini tentang 38 Program pengajian tak relevan di gugurkan.

Kata Siti Hasimah Tapsir  iaitu Ketua Pengarah Jbatan Pendidikan Tinggi” JPT perlu memastikan setiap kursus akademik ditawarkan UA di negara ini relevan dengan perkembangan semasa serta peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian.Jom lihat senarai 38 Bidang Pengajian yang Dimansuhkan oleh JPT

Senarai 38 Bidang Pengajian Dimansuhkan

UNIVERSITI MALAYA(UM)

Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik(Reka bentuk Produk)

-Sarjana Muda Kejuruteraan Awam(Alam Sekitar)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA(UKM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)

-Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian(Kejuruteraan Pembuatan)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

-Sarjana Muda Sains(Perumahan,Bangunan dan  Perancangan(Kepujian)(Perancangan Bandar Dan Wilayah)

-Sarjana Muda Sains(Perumahan,Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Rekabentuk dalaman)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

-Kejuruteraan (Elektrik – Telekomunikasi)

-Sains Komputer(Komputeran Industri)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA(UPM)

-Bacelor Pendidikan(Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian

-Sarjana Pengurusan Air

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA(UiTM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian)Kejuruteraan Elektronik(Komunikasi)

-Sarjana Muda Teknologi Kreatif(Kepujian)Skrin

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA(UIAM)

-Sarjana Muda pendidikan(Pengurusan Pendidikan)(Kepujian)

-Sarjana Mudah pendidikan(Pendidikan Islam-Sekolah Rendah(Kepujian)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM)

-Sarjana Sains(Perbankan Islam)

-Sarjana Sains(Teknokeusahawanan)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA(UPNM)

-Sarjana Sains(Kimia)

-Sarjana Sains(Matematik)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS(UPSI)

-Sarjana Muda Sains sukan(Psikologi Sukan) dengan kepujian

-Sarjana Muda Pendidikan(Keusahawanan & Perdagangan dengan kepujian

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN(UMK)

-Sarjana Muda Siberologi(Animasi dan Ludologi)

-Sarjana Muda Teknologi Kreatif(Reka bentuk Komunikasi) dengan kepujian

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU(UMT)

-Sarjana Sains(Falsafah dan Ketamadunan)

-Sarjana Sains Kaunseling

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG(UMP)

-Sarjana Kejuruteraan(Bio-Proses)

-Sarjana Kejuruteraan(Kimia)

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS(UNIMAP)

-Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian)

-Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian(Kejuruteraan Rangkaian Komputer)

UNIVERISTI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA(UTEM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik(Elektronik Kuasa& Pemacu)dengan kepujian

-Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik(Kuasa Industri)dengan kepujian

UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA(UTHM)

-Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal(tekstil Industri) dengan kepujian.

-Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik( Komunikasi dan komputer)dengan kepujian

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH(UMS)

-Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)

-Sarjana Ekonomi ( Ekonomi Perancangan dan Pembangunan

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK(UNIMAS)

-Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian (Ekonomi Industri)

-Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian)Elektronik(Telekomunikasi)

 

Di atas ni adalah senarai 38 bidang pengajian yang dimansuhkan oleh  JPT.

 

Moga lepas ni kuranglah pengangguran siswa/siswazah.Yang penting sebelum ambil apa-apa peluang untuk belajar, tanya pendapat mereka yang lebih arif ..

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Senarai 38 Bidang Pengajian Dimansuhkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *