Semalam Tanpa Entry

Assalamualaikum
Semalam begitu sibuk hinggakan tak sempat nak buat entry..
Dari pukul 6 pagi aku terima emergency call dari ibu yang mengatakan adik sakit di madrasah..
Sebenarnya adik aku tu sakit buah pinggang dari kecil lagi..Sentiasa keluar masuk hospital..Sampai la dia dah besar nie,masih lagi berulang alik hospital..sekarang nie dia dah berumur 17 tahun..Memang setiap kali dengar dia sakit,kami adik beradik,sekeluarga memang gelisah sangat-sangat..Dulu pernah dia sakit sehinggakan doktor mengatakan yang dia  50-50 untuk hidup..Dan dia pernah beberapa kali pengsan di rumah..itu yang membuatkan kami adik beradik cukup risau..
memang kami sayang sangat kat dia…memang setiap kali balik ke kampung,kami adik beradik,suka berkumpul dan sama-sama masak lauk kegemarannya.Sungguh pun dia sakit,tapi dia kuat makan dan suka sangat makan masakan kakak2 nya…Bila tak tahu menu apa yang akan dimasak,orang pertama yang akan kami tanya,adalah dia..selalunya kami masak apa yang dia nak makan…Cuma makanan yang di masak untuk dia taklah terlalu masin…Tapi kadang kala.semua dia belasah..
Syukurnya,dia belum tahap dialisis lagi..Moga tak sampai ke situ..Buat masa nie kalau dia sakit,dia akan cramp di kaki dan juga tangan,dari bahagian pinggang ke ibu jari kaki,…Dan pada bahagian muka dan mata akan menjadi sembab dan bengkak…mybe sesiapa yang ada pengalaman melihat orang saki buah pinggang nie tahu..
Memang dah lama jugak la dia tak kena penyakitnya tu,Aku rasa ada dekat 2 tahun..Tiba-tiba dapat call dari mak,sruh amik adik aku di asramanya.ingat semalam nak halfday jerk..tapi pagi-pagi lagi aku dah tak senang nak duduk..Terus call mak,bgtau sruh siap-siap..nasib baik en.husband faham..Dia bagi keizinan untuk keluar hari nie..Aku siap-siap balik ke kampung,ambil mak dan terus ke asrama adik..
sampai disana,tengok keadaan dia terbaring je.Tak boleh nak gerak sebab dia cramp dari pinggang ke kaki…nasib baik abang sulung aku ikut,so dia angkat dan bawa balik ke kampung..
Berkejaran aku kesana-sini semalam.Balik rumah pun dah malam…Moga dia cepat sembuh..
saje nak share ngan korang jerk..
hari nie dah boleh blogwalking….salam jumaat semua..

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

20 thoughts on “Semalam Tanpa Entry

  • October 4, 2013 at 2:03 am
    Permalink

    semoga adik kak cepat sembuh… berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.. semoga adik kak terus tabah..

    Reply
  • October 4, 2013 at 4:25 am
    Permalink

    semoga adik akak cepat sembuh ye.. 🙂

    Reply
  • October 4, 2013 at 1:06 am
    Permalink

    sedihnya.. kalau adik sy demam biasa pun sy dh resah gelisah, inikan pula ada sakit yg agak serius mcm yg adik akak lalui… untung dia ada adik beradik yg ambil berat dan sgt menyayangi dia… sy doakan agar adik akak kembali sembuh ..

    Reply
  • October 4, 2013 at 1:09 am
    Permalink

    Semoga adik akak sembuh dan boleh menjalani hari-harinya seperti biasa.
    Kalau pergi hospital apa doctor nasihat? Dia boleh pulih?

    Reply
  • October 4, 2013 at 1:47 am
    Permalink

    Sedihnya.. semoga dipermudahkan segala urusan & mudah2an adik cepat sembuh seperti sediakala.. amin.

    Reply
  • October 4, 2013 at 2:04 am
    Permalink

    Semoga adik Ferd akan cepat sembuh dari segala kesakitan…

    Reply
  • October 4, 2013 at 2:50 am
    Permalink

    Semoga adik awak tetap tabah. In shaa allah apa yang berlaku ada hikmahnya. berdoa moga dikurangkan segala kesakitan, moga disembuhkan segala penyakit.

    Reply
  • October 4, 2013 at 3:05 am
    Permalink

    Yupa.. moga adik awk sihat2 selalu. bg dia ceria.. kerana keceriann boleh memberi ia semangat.. =)

    Reply
  • October 4, 2013 at 3:11 am
    Permalink

    Kesiannya pada adik Eda. Nak periksa lagi tengah bulan depan. Moga cepat sembuh dan adalah alternatif utk buat adik lebih selesa… duduk asrama pulak – sedih juga bila kena masa tak ada keluarga..

    Reply
  • October 4, 2013 at 6:44 am
    Permalink

    semoga dik sis cepat sembuh yer?

    Reply
  • October 4, 2013 at 7:56 am
    Permalink

    kesiannye.. Fiza pun ader member cm nie, sihat lepas buat pemindahan buah pinggang.. smoge adek sis cpt sembuh dan tabah menjalani hidup….

    Reply
  • October 4, 2013 at 8:30 am
    Permalink

    smoga adik cepat sembuh..kesiannya.. salam jumaat Aida, doa semua di hari peghulu segala hari ni mudahan dimakbulkan olehNya. aminn..

    Reply
  • October 5, 2013 at 2:16 am
    Permalink

    Keep praying for her..semoga cepat sembuh…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *