Semakan Keputusan SPM 2012

Assalamualaikum

Hari nie amat -amat ditunggu oleh pelajar yang mengambil spm tahun lepas..
Penuh Debaran sungguh..tetapi inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka untuk mengetahui keputusan yang mencorak hidup mereka kelak..
Harap semua Pelajar-pelajar spm tahun lepas mendapat keputusan yang cemerlang,Yang boleh membanggakan ibu bapa dan sekolah..Dan juga diri sendiri..
Segala penat lelah mereka belajar membuahkan kejayaan yang mereka ingini..
Teringat la aku amik spm.Tahun 1997.Fuhhh…da lame gile tinggalkan sekolah..
Rase nak undurkan waktu ke saat mengambil keputusan..Seronok dapat berjumpa kawan-kawan yang mungkin kali yang terakhir sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi..
Pelajar SPM boleh menyemak keputusan mereka secara online

Para calon SPM 2012 boleh mula membuat semakan SPM 2012 result online pada tarikh 21 Mac 2013 ini. Keputusan SPM 2012 boleh mula disemak bermula pukul 10 pagi di sekolah atau tempat para pelajar mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu.
Untuk membuat semakan keputusan SPM 2012 secara online, ikut langkah berikut :
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3.  Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4. klik butang Semak Laporan.
Keputusan atau result SPM 2012 juga boleh dilakukan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Apa yang perlu dilakukan ialah menaip seperti di bawah ini.
SPM (jarak)Nombor KP(jarak)Nombor Giliran
lepas tu hantar ke 15888
Contohnya :SPM 900104038776 BC0001A044 dan hantar ke 15888. Setiap semakan Keputusan SPM 2012 (Semakan SPM 2012) akan dicaj RM 0.35 sahaja

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *