Awal Muharram

Selamat Meyambut 1 Muharram 1441H

Selamat Menyambut 1 Muharram 1441H| Alhamdulillah, kita dah bertukar kepada tahun yang baru.

Dimulakan dengan tahun Hijrah iaitu permulaan tahun dalam Kalender Islam iaitu Bulan Muharram.Umi pasti ramai yang tahu bulan Muharram adalag bulan yang juga istimewa diantara bulan-bulan islam yang lain.

Pada bulan Muharram ini juga banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan hari ‘Asyura’. Berikut adalah tiga peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam iaitu:

Peristiwa Penting Yang berlaku pada 10 Muharram

1) Nabi Musa A.S diselamatkan daripada dikejar tentera Firaun

Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram. Peristiwa ini juga termaktub di dalam kitab Injil. Oleh sebab itulah umat Yahudi juga melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai tanda syukur Nabi Musa dan Bani Israil telah diselamatkan oleh Firaun.

2) Allah menerima taubat Nabi Adam A.S

Nabi Adam A.S melanggar larangan Allah dengan makan buah Khuldi ketika berada di dalam Syurga. Sebagai balasan, Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi bersama Siti Hawa.

Menyesal dengan perbuatannya itu, Nabi Adam A.S telah berdoa dan doanya itu termaktub di dalam Al-Quran – “Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.”

Allah menerima taubat Nabi Adam A.S pada 10 Muharam.

3) Allah selamatkan Nabi Yunus A.S dari perut ikan

Allah telah menghukum Nabi Yunus A.S dengan memerintah Ikan Nun menelannya. Selama 40 hari Nabi Yunus terperangkap di dalam perut ikan tersebut. Doa taubat Nabi Yunus terakam di dalam Al Quran ketika berada di dalam perut ikan Nun “Tiada Tuhan melainkan Engkau ( Ya Allah )! Maha Suci Engkau (daripada teraniaya, tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang zalim”

Doa Nabi Yunus A.S akhirnya dia diperkenankan oleh Allah dan pada tanggal 10 Muharam, Ikan Nun telah memuntahkan baginda.

Selain daripada ketiga-tiga peristiwa tersebut, pada 10 Muharam juga merupakan hari pertama Allah menciptakan alam, menurunkan rahmat, menurunkan hujan, menciptakan ‘Arasy’, menciptakan Luh Mahfuz, dan menciptakan alam.

Muharram bermaksud ‘diharamkan atau dilarang’. Iaitu Allah S.W.T melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun larangan itu telah digugurkan selepas pembukaan Kota Mekah.

Semoga dengan tahun yang baru ni, kita akan lebih berbuat kepada kebaikkan.Moga kita terus berhijrah kepada yang lebih baik dan meninggalkan perkara yang melalaikan.

Selamat menyambut tahun baru korang…

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *