Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2019 | Walaupun umi belum ada anak yang mengambil peperiksaan UPSR 2019 ni.Umi pulak rasa macam tak senang duduk.

Ada sorang anak saudara umi yang mengambil peperiksaan UPSR untuk tahun ni.Moga dia dapat menjawab kertas periksa dengan mudah.Insyallah..Begitu juga anak-anak yang sedang mengambil peperiksaan pada hari ini.

Nak berjaya kena usaha lebih keras.Bukan pada anak sahaja, tetapi ibu bapa.Kalau ibubapa mengambil sikap sambil lewa dalam pelajaran anak-anak, mereka tentunya takkan berjaya.Apa yang penting adalah usaha dari ibu bapa juga bagi memastikan anak-anak mereka berjaya.Kalau tak kita yang bagi dorongan kepada mereka, siapa lagi kan.

Walau sesibuk mana pun kita mencari rezeki untuk anak-anak, mereka adalah KEUTAMAAN yang perlu kita utamakan dahulu.

Moga anak-anak kita terhindar dari segala keburukkan.Dan menjadi anak-anak yang berguna untuk masa hadapan..Insyallah

doa yang perlu di baca pada hari peperiksaan

Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2019

. *بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah,
Pd 4 Sept ini anak2 kami, anak2 saudara kami, anak2 sahabat kami akan menduduki peperiksaan UPSR.
Kami bermohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi YA ALLAH.

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak2 kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti YA ALLAH…. Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan di dalam setiap matapelajaran yg mereka ambil nanti YA ALLAH…. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH,
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi YA ALLAH…., semoga mnjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah serta menghampiri diri mereka kepada Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu agar akhlak anak2 kami diperbaiki dan dipelihara sentiasa mendapat hidayah dariMu Ya Allah

Ya ALLAH,
kami tidak mampu mengawasi anak2 kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak2 kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat2 yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat2 yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan2 yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran serta jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara2 yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH
Ampuni dosa guru dan warga pendidik d sekolah yang mengajar anak2 kami serta peliharalah mereka dgn rahmatMu. Lindungi la semua petugas peperiksaan yg gigih, tabah, tekun , sabar dan amanah dlm menjalankan tugas mereka.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
رََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان UPSR هذا العام…، وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِكَ رَبِِ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِ اْلعَالَمِيْنَ.

امين يا رب العالمين.

Aaminnn.

 

Jom aminkan doa ni..

Selain tu, usaha kita untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dengan mengamalkan doa ini

doa untuk anak hadapi peperiksaan

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *