Selamat Hari Bapa Untuk Mereka bergelar Bapa

  1. Selamat Hari Bapa | Selamat hari Bapa umi ucapkan kepada mereka yang bergelar bapa.

Dan ucapan ini untuk my other half, husband umi, babah kepada Nur Naura Auni dan juga Arwah ayah umi.

Al fatihah untuk Arwah Yusof B.Abd Rahman.Semoga diampunkan dosanya,dilapangkan kuburnya.

 

Dan untuk ayah tiri umi.walaupun dia hanya ayh tiri, tapi umi tetap anggap dia macam ayah kandung umi.

Hari bapa

Ayah pun berhak untuk diraikan.Sama juga seperti hari ibu.Bagaimana kita mengangungkan ibu kita di atas apa yang telah dia korbankan,begitu juga dengan ayah.Ayah banyak berkorban untuk keluarga.Walaupun tidak ditunjuk kasih sayangnya terhadap anak-anak, namun perihal anak² tetap menjadi perhatiannya melalui ibu kita kan.bagaimana kita nak menghargai mereka di Hari Bapa ni.jom lihat tips yang umi kongsi hasil pembacaan umi di freemealysiatoday

 

Hadiah Yang Dekat Dihati

Bukan selalu kita berbelanja lebih untuk seseorang yang bergelar bapa dan inilah masanya untuk anda buktikan betapa golongan ini juga dihargai.

Cuba ingat jika bapa anda pernah menyebut dia teringinkan sesuatu.

Sudah pasti mereka juga mempunyai “wish list”, tetapi memikirkan tanggungjawab besarnya kepada keluarga ada masanya ia menjadi kekangan untuk dirinya membeli sesuatu untuk dirinya sendiri.

Dan inilah masanya untuk anda dapatkan sesuatu yang dia idamkan selama ini.

 

Pakat dengan Ibu dan Adik Beradik

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Kumpulkan ahli keluarga anda dan rancangkan jadual sehari untuk diberikan kepada bapa anda sama ada “sponsor” rawatan spa atau “facial”.

Pada masa yang sama anda boleh mengubah angin dengan menjadi pemandu kepada kepada bapa anda dan bawa ke mana sahaja tempat yang dia ingin pergi atau lawati.

 

Luangkan Masa Sehari dengan ayah anda

Antara perkara yang paling penting dalam keluarga adalah membuktikan anda dapat bersama dengan bapa anda walau dalam apa jua keadaan pada hari bermakna ini.

Anda mungkin boleh bawa bapa anda menonton wayang, makan di tempat kegemarannya dan lakukan apa jua aktiviti yang diminatinya.

Semua yang dirancang mungkin tidak selalu menjadi namun sekurang-kurangnya anda mencuba berikan yang terbaik kerana apa yang lebih penting meluangkan masa sepenuhnya bersama bapa anda akan menjadi satu kenangan indah di masa akan datang.

Selamat Hari Bapa.

 

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *