Sedikit Pengetahuan untuk dikongsi berkenaan dengan Toksin

Sedikit Pengetahuan untuk dikongsi berkenaan dengan Toksin | Mesti korang dah tau tentang toksin kan? dan adakah ianya merbahaya?

Toksin ini sebenarnya ialah bahan beracun dalam badan, yang terkumpul daripada pelbagai sumber, contohnya makanan (seperti semburan racun pada sayur-sayuran, suntikan pada ayam, klorin dalam air paip), pencemaran udara (asap kenderaan, asap rokok) dan sebagainya. Cara semulajadi yang terbaik untuk mengeluarkan toksin ialah dengan mengeluarkan peluh, sama ada dengan cara bersenam atau bersauna.

Jom kite baca entry nie..Entry ni di ambil dari seseorang..Harap seseorang tu x marah la untuk dikongsikan bersama..

APA ITU TOKSIN

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan.Inilah sebabnya  terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.

Fakta daripada pelbagai jenis penyakit mendapati bahawa hampir 90% penyakit adalah disebabkan oleh toksin.Di dalam sistem fisiologi tubuh apabila seseorang itu sakit, badan kita sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.

KESAN MUDARAT TOKSIN KEPADA TUBUH BADAN

Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan.Di samping makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus meningkatkan kandungan toksin di dalam badan kita, toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.Antra penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah ialah:-

Penyakit Kulit

Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit.Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain

Tumor

Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan

Demam

Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri.Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme semakin cepat mengakibatkan tubuh menjadi demam.

Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi

Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah.Ia menyebabkan jantung bekerja lebih kuat untuk melancarkan darah yang melalui saluran yang tersumbat.Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.Di samping buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

Alergi, asma, pundi hempedu dan karang, pengerasan saluran darah, sakit sendir dan sengal-sengal tulang, sembelit,perut kembung, barah payudara, kemerosotan daya seksual.

Oleh tu langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksin dan tidak semata-mata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

 

Credit to kak Nur..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *