Sedap ke Sai Kee Kopi 434 Muar

Sedap ke Sai Kee Kopi 434 Muar | Percutian singkat umi ke Melaka hari tu adalah sebab nak hantar nenek ke sana.Tapi kira bercuti jugaklah tu kan.As usual nenek ada appointment dengan doktor kat Melaka.

Ikutkan memang taknak ke mana-mana pun masa hantar nenek tu sebabnya balik cum satu hari je.Jumaat petang balik, sabtu dah balik.

Tapi bila my SIL sibuk nak jalan Muar, terus dalam kepala nak try Kopitiam yang ada kat Muar.Dan paling hampir dan senang di cari adalah Sai Kee Kopi 434 Muar.

 Jom kita baca sedikit tentang salasilah Sai Kee Kopi 434 ni.

Kalau korang nak tahu, Sai Kee Coffee ditubuhkan pada tahun 1953 di sebuah rumah kayu dua tingkat di belakang Sungai Muar di Jalan Ismail, Muar. Pengasasnya, Encik Kiar Am Sai telah membuat kopinya sebagai minuman popular di kalangan penduduk tempatan, dengan produk yang ditandatangani “Kopi Cap 434” kekal sebagai minuman kegemaran di kalangan pencinta kopi, tempatan dan di luar negara.

Kenapa 434?

Encik Kiar Am Sai memilih 434 kerana  no 434 itu adalah nombor telefon tiga digitnya semasa tahun 1960-an dan kekal nama itu sehingga sekarang.

Actually nak cari Sai Kee Kopi 434 ni mudah je.Bila ke Muar, ia berdepan dengan Terminal Bentayan Muar di jalan Maharani.Korang waze je,mudah sangat nak cari.

Masa masuk ke Sai Kee Kopi 434 ni, bau kopi tu je dah menusuk kalbu.Masa tengah cari meja kosong tu, ternampak la pulak kek durian yang super sedap berganda-ganda wehh..Aduih..Sampai umi tak boleh nak move on dengan kek durian tu.

Sai Kee Kopi 434 Muar

Tak cukup satu, umi order terus 3 sebab masa tu semua dok pakat nak rasa kek durian tu..Aduii…rasa meleleh air liur umi ni cerita pasal kek durian.

Menu yang umi order biasalah, mesti nak rasa apa yang special kat sini.Dan semestinya Signature kopi dia.Umi order yang sejuk dan yang lain order panas..

Sai Kee Kopi 434 Muar

Korang rasa cukup tak segelas…Sememangnya tidak.my BIL dan SIL order dua cawan sorang tau.Sebab tengahari tu kami tak makan yang berat pun.Sebabnya masa sarapan pagi tu, Nenek dah siapkan nasi goreng..Tu pun dah berat.So, untuk umi, umi order Miso Ramen Japanese Flavor Miso Noodle Soup.Dan di bawahnya adalah Korea Spicy Noodles.Kedua-duanya umi suka..

Sai Kee Kopi 434 Muar

Sai Kee Kopi 434 Muar

Nenek dan juga babah tak order makanan berat pun.Disebabkan babah nak memandu nanti, dan takut pulak kengantukkan melanda, maka babah just order roti bakar kaya dan butter.

Umi rasakan, setiap kali masuk kopitiam,mesti order roti bakar ni ..Macam dah jadi kebiasaan pulak..Bukan apa, umi suka rasa kaya yang diorang guna tu.

Sai Kee Kopi 434 Muar

Sai Kee Kopi 434 Muar

 

Di Sai Kee Kopi 434 Muar ni ada dua pilihan tempat duduk samada korang nak yang ada aircond ataupun taknak.Masa makan kat situ umi pilih tempat duduk yang takde aircond.Rasa selesa dan meja lebih luas berbanding kat dalam umi rasa crawded pulak.

Lepas makan, terus survey kopi-kopi yang dijual di situ,Sempatlah beli 2 jenis kopi untuk mak dan sendiri.Nak belikan adik-adik yang lain pulak diorang duduk jauh².So mak jelah yang dekat dan senang nak hantar.

Boleh pilih nak kopi yang dah siap di uncang mahupun yang biasa je.Tapi umi suka yang uncang.senang tak payah dah nak tapis-tapis.

Sai Kee Kopi 434 Muar

Oh ya..Kaunter bayaran untuk kopi dan juga makanan yang korang makan disitu berlainan tau.So, korang boleh je tanya adik-adik yang kerja kat situ.

 

Bila gaknya nak repeat lagi ke sini.Dah plan dengan SIL, nanti bila balik Melaka nak singgah kedai jual Mee Bandung kat Muar.Pernah umi ke Muar sebab nak cari Mee Bandung Udang ,tapi malangnya dah habis.So dapatlah mee bandung biasa je.Sebab tu umi tak cerita kat blog masa makan kat sana tu..Yelah, pergi pun malam kan.Next time kena pergi siang,So stock udang masih banyak lagi.

 

Korang yang kebetulan ke Melaka atau Muar tu, boleh la singgah sini.Di Bawah ni umi sediakan Maps untuk memudahkan korang cari Sai Kee Kopi 434 ni ye.

 

Loading

1 Comment

  1. Kalau tanya aku yang peminat kopi ni, tentunya aku kata sedap..hehehehe
    Tapi now tengah sekat kopi, makanya terliur je le aku nengoknyaaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *