Sedap ke Mochi Durian dari Wall’s ni?

Sedap ke Mochi Durian dari Wall’s ni? | Nak kata viral tu taklah.Tapi umi salah satu peminat mochi dan juga durian.Bila digabungkan jadilah Mochi Durian

Mochi Durian
Mochi Durian

Bila dok nampak rakan blogger dok up cerita pasal Mochi Durian di media sosial ni, terasa nak mencuba jugaklah.Sebab umi pernah makan Mochi Durian dari Ikea.Nak tau sedap ke tidak Mochi Durian Ikea tu.

[Entry Lepas : Promosi Merdeka Madness Special dari Ikea ]

So, selepas breakfast dengan family kat Dato Onn tu, terus berdezup ke 7-Eleven.Jarak beberapa buah kedai je.

Mochi durian Wall’s ni ada di jual selain dari 7-Eleven ke?

Jawapan umi TIDAK TAHU.Sebab yang umi tahu Mochi Durian ni nampak kat situ je.Kalau ada kat lain, boleh share jugak kat mana tu?

So, mula-mula ambil 2 je, tapi fikir-fikir balik kalau sedap menyesal lak beli satu.Anak-anak? ahhh…diorang bukan makan pun jenis lembik-lembik ni.Kebetulan dak Naura tengah tak sihat, mana dia nak makan mochi ni.

mochi durian wall's

Hah..4 bungkus umi bawak balik.Lepas dah biarkan selama beberapa minit, umi sempat amik gambar dan merasa separuh dari tu je.Datang adik Melur, mintak sikit.Mula-mula rasa sikit je.Pastu terus dia sambung main.Datang dak Naura pun sama jugak 😥 

Lepas tu semua patah balik nakkan Mochi tu.Last-last sorang-sorang amik sorang sebungkus, dan umi hanya dapat bungkusan yang pertama tu je..

So, korang rasa sedap ke tidak? OF course ler sedap.Dak Naura mintak beli lagi.Tapi disebabkan harga sebungkus tu mahal jugaklah bagi umi.Jadi cukuplah merasa, kang masuk 7E beli ler sebungkus dua.

Harga Mochi Durian Wall’s ni RM3.20 kot tak silap umi la..Nak kata puas hati, of courselah puas hati kan..Sedap sangat.

Memang umi recommend kat korang yang nak merasa Mochi durian ni.Tak rugi kalau korang beli pun.Tapi kalau korang bukan penggemar atau allergik dengan durian, sila jangan beli ye 😎 😎 

Mochi durian Wall's

Nak repeat beli lagi? Of courselah nak.Kalau ada orang nak sponsor satu kotak pun umi terima weh 😆 

(Visited 192 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Sedap ke Mochi Durian dari Wall’s ni?

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.