Secret Recipes Buy 2 Free 1 Slice Cake

Secret Recipes Buy 2 Free 1 Slice Cake | Ni semuanya #throwback cerita semalam kan.Actually memang dah plan dengan officemate isnin nak ke Secret Recipes.

 

Umi pun tak perasan pulak Isnin tu Secret recipes  ada buat jualan beli 2 potong kek dan percuma lagi satu potong kek.Pagi isnin tu baru umi tau bila umi tinjau-tinjau yang umi nak makan untuk tengahari.

Bolehlah umi belikan dak Naura kek memandangkan si kecik tu memang hantu kek.So, masa tengahari tu pun dah ramai yang beratur nak beli kek.Ada yang beli 2-3 set seoarang.Umi cukuplah 1 set.BanyakĀ² kang takde sape yang nak makan.Itu pun tak habis.Babah pulak tak berapa dengan kekĀ² ni.

Sambil layan order, sambil beratur beli kek.Jadi takdelah bazir masa kan.Rehat 1 jam je, apalah boleh dibuat.

Tinggal dua kotak je..Satu kotak lagi umi dah makan kat office…Tak menahan bau Hokaido Triple Cheese tu.

Ada dua lagi yang umi beli iaitu Black Forest dan Durian.Dak Naura suka dengan kek durian, so umi beli dia kek ni untuk dia.

Masa ambil di Taska, umi bagitahu kat dia, umi ada beli kek..Umi tau dia dah hidu bau kek yang umi bawak.Terus dia nyanyi lagi This cake yummy yummy this cake yum…i have cake in my tummy… pengaruh steve and maggie ler tu. Siap cakap cake durian..haha..

And apa yang umi suka dengan dia, setiap kali umi belikan or bagi dia something, mesti dia akan ucapkan thank you umi, sayang umi..terus hati umi berbunga-bunga tau bila dengar dia cakap macam tu.

 

Itulah cerita throwback umi semalam.Dah amik gambar ni, kalau tak bercerita dalam blog memang tak sah.

 

Loading

3 Comments

  1. I beli juga tapi tak update…belum apa-apa dah ngap licin hahahahaha
    Dapat beli costa buy 1 free 1 gak, jenuh mencari, akhirnya di sini juga ada hahahaha

  2. bestnya.. dah lama tak makan secret recipe..

  3. alaaa serius laaaa seketul sunah tak tahu menahu pasal ni..hahahahaha..terlepas sudehhh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *