Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah dan Terbatal ?Ini Sebabnya

Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah dan Terbatal ?Ini Sebabnya

Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah dan Terbatal ?Ini Sebabnya

Sebab Solat Kaum Hawa Tidak Sah dan Terbatal ? Ini Sebabnya| Bila kita dalam penghijrahan yang lebih baik, banyak benda yang kita kena ambil tahu.Dan banyak benda jugak yang kita pelajari.

Umi memang cetek tentang ilmu agama.Bukan orang yang betul untuk dirujuk dengan hal-hal keagamaan.Tapi untuk menjadi yang lebih baik, salah satunya adalah dengan mencari ilmu.Biarpun orang perlekehkan kita tentang sesuatu perkara.BIARKAN!! Sebab Allah swt tak suka orang yang suka memperlekehkan orang lain.Dan Allah swt suka kepada orang yang ada Niat untuk berhijrah kearah yang lebih baik.Niat berubah tu kena ada.Bila timbul niat, maka secara tak langsung kita buat apa yang kita niatkan.

Pernah dengar nasihat daripada Ustaz Don Daniyal ketika dahulu.Dia kata, kalau kita nak berubah, jangan bertangguh.Kalau kita tau esok dah nak kiamat, dekat tangan kita ni ada benih yang perlu ditanam.Jangan ditangguh untuk menanam benih tu.Teruskan dengan menanam tanpa rasa ragu.

Satu persatu bila kita inginkan penghijrahan yang lebih baik adalah dengan menjaga solat.Insyallah…Moga kita pelihara solat kita agar tidak tertinggal walau satu waktu sekalipun tanpa disengajakan.

Dan bila cerita pasal solat, khususnya untuk kaum wanita.Kadang kala kita rasa was-was bila kita nak solat tetapi keluar sesuatu dari faraj yang dikenali sebagai Air wadi.

APA ITU AIR WADI

Air Wadi adalah air yang warnanya agak putih, kental dan keruh yang biasanya keluar dari kemaluan lelakidan kemaluan perempuan sesudah membuang air kecil atau kerana melakukan pekerjaan yang berat.

Dari Aisyah ra berkata :

“Wadi keluar setelah berkencing.Oleh kerananya, hendaklah seseorang itu mencuci zakar beserta kedua-dua buahnya, lalu berwuduk  dan tidak perlu mandi” -( Riwayat Ibu Munzir)

 

Hukumnya adalah Najis dan tidak boleh dibawa untuk solat. Orang yang mengeluarkan air wadi tidak perlu mandi hadas, cuma perlu basuh kemaluan sebelum berwudu’

Jom kita baca cerita yang umi ambil dari page Myinfomaya ni untuk lebih faham tentang kenapa Solat wanita boleh terbatal

    • Hari ini admin akan kongsikan mengenai kebersihan terutama pada kaum2 hawa diluar sana. Nampak mudah tapi kesannya berat! Contohnya , bila kita angkat benda berat ,perasaan terlampau gembira, jalan jalan kat shopping complex 2,3 round. tu yang keluar air wadi.. ada satu kes ; -Seorang ustazah ni keluar pergi shopping .
    then dia terserempak dgn seorang muslimah . ustazah macam terpandang and tengok dia . masa tu kat shopping kompleks la. -then ustazah jalan pusing pusing dari tengah hari smpai lah ke petang. Then ustazah nak solat asar . ustazah singgah masjid . ustazah pergi lah toilet nak bersihkan apa yg patut . lepas tu masa nak naik ke tmpat prmpuan, ustzh nampak muslimah tadi terus naik ke tempat solat. -Ustazah tu cam lah muka muslimah tu sebab masa shopping tu berapa kali terserempak masa pusing2 td…. then ustazah pun solat lah. muslimah tu ada solat kat depan ustazah .
    Ustazah ternampak sebelum dia solat, dia buka seluar dalam dia. Then ustazah siap solat dulu . ustazah pun tunggu lah muslimah tu siap solat sebab ustazah tergerak hati nak tegur.Lepas siap semua , ustzh tegur dia. ustazah tanya , kenapa awk buka seluar dlm awk? Then muslimah tu pun cakap , sebab mungkin air wadi keluar sebab masa shopping tadi sy banyak berjalan .Ustazah pun senyum ☺ , ustazah tanya lg . buka seluar dalam saja ka? tak basuh ke ? Then dia senyum menggeleng. Ustazah pun ckp la. memang air wadi kadang kadang tak nampak. tapi punca tempat keluar tu kena bersihkan (kemaluan) . sebab masih melekat kat situ .
    jadinya solatnya mungkin tak sah sbb awak tak bersihkan tempat punca yang keluar tu. ☺ dan selalu jugak perempuan yang bangun subuh tp X nak mandi.. Jangan terus amek wuduk. Tapi.. Bersihkan dulu kemaluan dan berwuduk baru sah solat. Ini namanya beristinjak. Sebab kita tak tahu masa tidur tu ade keluar air wadi ke.. Air ape2 je la yang najis.. Jadi perlu basuh dan berwuduk.. Lebih bagus lagi.. Mandi la lepas bangun subuh.
    conclusion is, nak solat je, bersihkan tempat tu ye. Dan najis jangan bawa dalam solat. Ada jugak sesetengah tu . dia dah bersihkan . then lepas die bersihkan die buka seluar dalam dan mungkin simpan dlm poket baju . bila solat lupa nak letak tempat lain… Jadinya bawa najis tu solat sekali jadinya, solatnya tak sah . Kalau boleh masa nak solat if tak pakai pantiliner . Pergi basuh dulu kemaluan dan buka seluar dalam . siap solat pakailah balik seluar dalam tu. Pakai pantiliner pun kena juga bersihkan dan tukar pantiliner yang baru dan pastikan tak melekat kat seluar dalam . kalau nak bawa dalam solat terkena pada kita atau pakaian dan bawa untuk solat nanti, maka solat kita nanti tak sah. Diulangi. TIDAK SAH!

Dah baca?? Mungkin kita nampak mudah kan? Tapi sebenarnya yang mudah tu lah yang membuatkan solat kita terbatal.

Wallahualam.. umi berkongsi untuk peringatan umi sendiri.Insyallah..Mana yang baik dalam entry ni, korang ikut.yang tak baik korang jangan ikut pulak.

Apa pun. Moga Allah swt sentiasa membukakan pintu-pintu taubat untuk kita semua..Salam Jumaat

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *