Scott’s Emulsion Untuk Nur Awfiyah

Assalamualaikum
Semalam pergi belanja barang-barang Nur awfiyah dan Nur Naura Auni.Biasalah rutin setiap setengah bulan..Al-maklum la gaji sebulan dua kali.Terpaksa beli stock pun dua kali sebulan.
Dapat tau ada kedai baru yang menjual susu dan Diapers yang murah.So,as a mommy kan,kenalah mencuba beli kat kedai baru.Dah lama nak survey kedai tu,cuma belum berkesempatan.Selalu aku lalu lalang je kedai tu..Dari jauh lagi dah nampak susu Nur awfiyah ada jual kat kedai tu.
So,semalam berpeluang la membeli barangan Fiyah dan Naura kat sana.Not bad la kan bila tengok harga kat sana.Drypers harga RM32.90 and susu dugro harganya RM22.90.Tapi aku beli dua dia bagi harga Rm45.00 …Murah la kan..
Sesambil tu,nampak pulak Scott’s Emulsion.Rembat satu.Harganya RM12++.Dah lama nak cari Scott’s Emulsion ni,Asyik lupa je.Tu dah ada depan mata,Terus beli..Nanti lupa lagi..
scott emulsion
Aku beli ni pun sebab tengok antibodi si awfiyah ni macam kurang je,tu yang beli.Lagipun dia kerap selsema.Kalau sepupu atau orang terdekat dia selsema,memang kenalah dia jawabnya.
Serba sedikit tentang Scott’s Emulsion Ni.
Oren Scott’s Emulsion mengandungi minyak ikan kod,satu sumber yang kaya dengan Vitamin A,D serta Kalsium Hipofosfit.Tambahan jus oren asli dan ramuan -ramuan lain telah menghasilkan barangan yang halus dan licin dengan warna dan perasa yang tersendiri.Vitamin A danD di dalam minyak ikan kod adalah dalam bentuk emulsi yang lebih mudah dihadam.Barangan untuk kankak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas dan juga orang dewasa.
Kebaikan Oren Scott’s Emulsion
  • Oren Scott’s Emulsion membantu membina daya tahan diri dari jangkitan.Minyak ikan kod dan Vitamin A membantu sel-sel epithelial di ruang pernafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma di dalam badan.
  • Oren Scot’s Emulsion mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang sempurna.Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemiliharaan kesihatan dan kecergasan kanak-kanak (dan juga orang dewasa) .Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat.Juga mengandungi khasiat yang penting untuk pencegahan penyakit tulang lemah.
  • Oren Scott’s Emulsion mengandungi kalsium dan Fosforus yang membantu memastikan pertumbuhan tulang dan didi yang sempurna.
  • Oren Scott’s Emulsion adalah mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A,D Kalsium dan Fosforus.
  • Ia juga membantu memelihar dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat dari pemakanan yang tidak seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat.
  • Oren Scott’s Emulsion membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri dari kekurangan khasiat yang diperlukan
So,apa yang aku nak tu dah ada dalam Scott’s Emulsion..Harap Awfiyah lepas ni dah boleh bebas bermain.Semalam dah bagi sesudu untuk dia…Pffttt…Nak lagi..Nangis-nangis suruh bukak peti ais…adehh…anak ooo..anak/.

Loading

9 Comments

  1. Arwah ayah selalu belikan kami adik beradik masa kecil dulu.. sedap perisa oren ni berbanding rasa original yang putih tu

  2. macam mahal je scotts kat sana..kat kedai depoan rumah akak ni 9 ringgit je..
    anak akak pun kalau baba makan scotts tak payah paksa.dia sendiri yang ingatkan kita sebab sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *