Scan Suhu pada tapak tangan tepat ke Bacaannya?

Scan Suhu pada tapak tangan tepat ke Bacaannya?

Scan Suhu pada tapak tangan tepat ke Bacaannya? Dah beberapa kali juga umi lihat ramai orang yang ambil sikap tak acuh dengan meletakkan tapak tangan pada scan suhu yang ditempat di kedai-kedai atau pasaraya.

Masalahnya tepat ke bacaan suhu yang diambil menggunakan tapak tangan tu? Susah sangat ke nak tadah dahi kat mesin scan tu?

Walau nak cepat sekalipun janganlah sampai kita melanggar SOP.Mungkin kali ni kita terlepas dari terkena COvid-19 ni, tapi tak mustahil kalau kita terus melanggar SOP, kita juga akan terkena.Kes yang terkena wabak Covid-19 ni makin meningkat sehari ke sehari.Sampai umi rasa takut pulak nak keluar.

Baca juga [ 20 aktiviti bersama anak-anak sempena kawalan pergerakkan Covid-19 ]

Janganlah kita PKPP hanya pada nama sahaja.Konsep pemakaian topeng muka, pengamalan jarak sosial atau pemeriksaan suhu badan kini hanya dibuat untuk melengkapkan syarat sahaja.

Sebagai contoh, suhu badan manusia perlu diperiksa dengan menggunakan alat seperti termometer dan sebagainya sebelum boleh masuk ke mana-mana tempat.

Apa yang menyedihkan adalah segelintir individu tidak langsung melakukannya atau memeriksa suhu dengan perlakuan yang boleh dianggap main-main.

Ini adalah salah satu perkara yang tidak wajar untuk kita semua teruskan.

PERIKSA SUHU BADAN ADALAH PENTING

Walau kemana sahaja sekarang ni, subu badan perlu diperiksa terlebih dahulu di pintu masuk sebelum dibenarkan mengunjungi sesuatu tempat.

Ini bertujuan memastikan setiap individu yang memasuki sesuatu tempat itu mempunyai suhu badan manusia yang normal sekitar 36-37.5 darjah celcius.

Jika melebihi jumlah ini, maka adalah wajar untuk korang sendiri berundur dan tidak memasuki sesuatu tempat bagi langkah berjaga-jaga.

Ini adalah selaras dengan pengamalan prosedur standard(SOP) pihak kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Namun begitu, ada juga segelintir masyarakat yang bersikap acuh tak acuh dengan tidak memeriksa suhu badan dengan betul.

PERIKSA SUHU BADAN ACUH TIDAK ACUH?

Angkara sikap malas dan mahu cepat, ada individu yang beranggapan bahawa perbuatan ini adalah tidak penting dan tidak ikhlas ketika melakukannya.Scan Suhu pada tapak tangan tepat ke Bacaannya?

Sebagai contoh, ada individu yang memeriksa suhu badan mereka menggunakan tangan sahaja sedangkan bahagian tubuh yang sepatutnya adalah pada dahi/

“Bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya”jelas ketua pengarah kesihatan,Tan sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau lagi, tidak dinafikan wujud kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan jika pengimbas suhu sering digunakan pada dahi.Namun setakat ini tiada lagi bukti saintifik mengenaik dakwaan itu dan perbuatan periksa suhu secara acuh tidak acuh ini hanya akan menerukkan lagi keadaan yang sedia ada.

sumber : Hellodoktor

Kita sebagai masyarakat yang prihatin bertanggungjawab pada diri sendiri, masyarakat dan negara agar kita semua mampu bersama melawan penularan covid-19 ini.

Semoga kita semua terhindar dari terkena wabak ini.Aamin

Loading

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *