Sarapan Simple Pagi Ni

Assalamualaikum
Disebabkan tak sempat pagi tadi nak menggoreng nasi.Bawak je roti gardenia dan Tuna ke tempat kerja..
Dalam kereta lagi dah berbunyi-bunyi perut ni.Lambat makan sekarang ni,perut cepat naik  masuk angin.
Pepagi pukul 4 tadi.awfiyah dah terjaga.Lepas buatkan dia susu,aku tengok dia macam tak tenang nak tido.Aku pun heran jugak,selalunya lepas susu,terus amik puting kopek dia,dan senang je dia tido.Pagi tadi lain macam pulak pusingnya,sampai ke bawah kaki aku dia berpusing.Resah gelisah semacam je aku tengok.Last-last,bangun jugak ummi dia ni.Loh…ajak main-main pulak..alahai si anak,napelah pepagi dah kejutkan ummi.Mungkin dia tak selesa sebab dia kena kulat susu…Nanti aku cerita ea
Masa tu jugak perut ummi ni dah berkeriuk mintak diisi..Adik dalam perut ni nak mintak makan gaknya.Jarang benau makan pepagi sebelum subuh..Buat air milo,lepas tu cicah biskut je.Lepas tu baru tidokan awfiyah dalam buai.Ummi dia pun ikut la tido sekali.
Sekali pepagi tadi dah terlajak laris,ha….amik ko..bangun 6.30 pagi dengan mata yang kelat..Nak tak nak kena jugak bangun.
Nasib baik malam tadi dah shopping sikit barang makanan dan keperluan perut ni tatkala lapar tengah malam.Actually malam tadi,pi bawak awfiyah shopping barang dia..Drypers and puting susu wajib kena beli sebelum stock kat rumah habis.
Sempat ni jelah…Oklah buat alas perut kan..Nasib baik semalam beli..Kalau tak,tak menyempat nak menyinggah beli sarapan pagi tadi.

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

9 thoughts on “Sarapan Simple Pagi Ni

  • March 12, 2015 at 6:16 am
    Permalink

    Diana sis hari2 bawa bekal pergi tempat kerja…kalau tak sempat buat sarapan…bawa roti tau biskut pun jadilah…hihi

    Reply
  • March 12, 2015 at 4:36 am
    Permalink

    nasib baiklah sempat ye… roti pun dah okay daripada xde pape 🙂 nasib baik jugala Awfiyah tidur. kalau xtido, jadi satu kerja lak

    Reply
  • March 13, 2015 at 1:37 am
    Permalink

    kalau lambat memang capai roti jek.. tu pon kalau ada.. kalau tak pon capai biskut kering jekk. janji perut tak kruk kruk..

    Reply
  • March 27, 2015 at 2:27 am
    Permalink

    Nasib bawak roti n tuna..kalau tak berkeroncong perut nak ke tengahari..breakfast jangan skip 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *