Skip to content

Sambutan Suprise Birthday Naura Auni 5 tahun

Sambutan Suprise Birthday Naura Auni 5 tahun | Semalam adalah birthday Nur Naura Auni yang kelima tahun.Alhamdulillah, walaupun sambutan taklah besar, cuma kami sahaja.
Ikutkan umi nak buat sekali sambutan dia pada hari raya haji nanti, tapi disebabkan macam tak best kan buat hari lain.So, umi buatlah simple birthday party untuk dia.Plan dengan babah seminggu lebih awal and masa tu umi dah cari dah perkhidmatan  suprise delivery bouquet tu untuk dia.Lepas tu umi beli ler kek kecil yang 6 inci tu hah
Nak beli secret recipe or kek little poney yang dia nak tu memang taklah sebab kek tu pun besar, kalau setakat kami 5 beranak makan, banyak pulak.So, umi decide beli kek kecil yang umi dah tengok di kedai kek Dessert Queen cake & Cafe House di Bukit Dahlia tu.Kek tu size 6 inci je.Harga pun not bad.Dan yang paling penting kek Chocolate Brule tu sedap.
Nak cari kek sedap di pasir gudang ni banyak je, tapi sebab umi dah pernah beberapa kali jugak makan di cafe house Dessert Queen tu. Kalau dulu kedai mereka terletak di Taman Air Biru.So, sekarang ni dah pindah ke Taman Bukit Dahlia.
So, untuk suprise bouquet tu, umi menggunakan perkhidmatan Suprise delivery pasir gudang.Dah survey harga dan sebagainya, so umi decide menggunakan perkhidmatan mereka dengan kos RM60 untuk satu bouquet coklat tu.
Umi lupa pulak nak snap gambar bouquet tu.Jadi kalau korang nampak belon kat dalam gambar tu, hah..itulah dia.Umi ambil pakej yang ada belon letak nama dia.Kakak pun excited sekali duduk sebelah adik.
Dia dah ready je nak potong.Jadi umi tak sempat nak snap gambar cecantik..hahaha..Layankan jelah ye
Hah..inilah bentuk kek yang umi beli tu.Ada 3 lapisan kek choclate, lagi entah apa agaknya..Umi ko tak pandai sangat ler nak cakap apa yang di dalamnya.Yang penting coklat…hahahah
Babah pulak menambah menu Mcdonalds tu.Jadi bolehlah umi menyelit Spicy Korean burger menu edisi khas dari Mcdonalds…Oh ya, nanti umi ceritakan di lain entry.
Hah…korang boleh tengok kat ig story umi pasal tu ye.
Lepas pada dah dapat suprise bouquet tu, umi biarkan dia menghadap laptop pulak dalam bilik.Then, umi ke dapur siapkan kek and bawak ke bilik.Masa tu umi dah siap-siap suruh babah matikan lampu bilik.
Suprise menjadi la..Kemain  happy dia tengok kek tu.
Alhamdulillah, semua yang dirancang menjadi.Saja umi wujudkan kenangan suprise birthday tu kat dia.Tunggulah dah besar sok, buat lagi.Cukup untuk kali ni..hahaha…Kalau buat tiap tahun macam tak best kan?
5-10 tahun buat ok lagi..hehehe
Kakak sibuk nak suap adik dia.Adik dia tengah nak ngap makanan lain .Dia tau adik dia suka sangat dengan kek coklat.Umi doa moga mereka akrab sampailah ke Tua.Dapatlah Naura menumpang kasih seorang kakak nanti kalau umi dan babah dah takde kan?
Doa umi untuk dia – Semoga dia berjaya dunia dan akhirat.Menjadi anak yang solehah, yang baik, yang bijak pandai dan sentiasa pegang pada agama.Supaya kelak dia jadi anak dan insan yang berguna bukan sahaja pada ibubapa malah untuk agama dan bangsa.Insyallah Ameen.
Blog ni ada masalah la pulak bila umi dah buat perenggan, dia tak keluar perenggan tu.Kemahin nak duduk rapat semua…Haishhh….

Loading

2 Comments

  1. Lepas ni ko gi Dihana Bakery Cafe tu Eda, situ kek ada, dan juga backdrop besday dan bouquet besday pun ada jual..semua all in hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT ME Designed using Unos. Powered by WordPress.