Sambal Goreng Jawa Asli Johor mudah untuk dicuba

Sambal Goreng Jawa Asli Johor mudah untuk dicuba | Dah lama betul umi nak mencuba untuk masak sambal goreng jawa johor ni tau.

Semasa Tempoh PKP nilah kita nak mencuba pelbagai resepi yang kita tak pernah buat.So, kesempatan tu umi cuba google resepi sambal goreng jawa yang mudah untuk buat.

Dan akhirnya wallah…Berhasil juga umi buat walaupun umi tau, jiran lama umi Mak Munah lagi terror dan tak dapat lawan masakkan dia setiap kali hari raya tau.

Punyalah banyak umi masak hari tu ingatkanlah tak habis boleh bawak ke Sahur, rupanya tidak..Berbuka tu sekali hadap adik beradik yang lain.Rupanya diorang pun berkenan dengan Sambal goreng jawa ni.

Sebenarnya sambal jawa ni yang umi tau ada pelbagai cara tau.Tapi salah satu yang umi suka adalah resepi ni.So jomlah kita tengok resepi sambal jawa ni.

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA ASLI JOHOR

Bahan-bahan Sambal goreng jawa

  • 4-5 ketul tauhu (ikut korang la kalau nak tambah)**
  • 3-4 biji kentang**
  • 2 paket suhun
  • 1 keping fucuk
  • 3 peket tempe(lagi banyak lagi sedap)**
  • Sedikit kacang panjang
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kicap manis
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar ikan bilis yang ditumbuk lumat
  • 1 sudu makan gula
  • 2 batang cili merah

** Hiris halus dan goreng sehingga garing

Bahan Menumis

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 1/2 inci serai
  • 1/2 inci lengkuas

Umi blend semua sekali

Cara buatnya

Pastikan korang dah siap hiris dan goreng garing bahan yang bertanda ** tu.Kemudian Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.Masukkan sekali ikan bilis yang dah ditumbuk halus tu ye.

Bila dah nampak bahan yang korang tumis tu dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, gula dan garam.Boleh tambahkan perasa kalau korang nak. Masukkan kicap.Tapi umi terletak banyak kicap, jadi gelaplah sikit..hehehe

Masukkan tempe, tauhu, ubi kentang, fucuk .Kacau rata.kemudian korang masukkan fucuk dan hirisan cili merah.

Kalau ikut original sambal goreng jawa ni guna hirisan cili kering.Tapi umi tak masukkan, jadi derhaka lah sikit resepinya kan.

Masukkan kacang panjang dan masukkan sedikit air.Kacau hingga korang rasa dah kering airnya, dah cukup rasa, maka bolehlah dihidangkan.Makan dengan ketupat pun sedap jugak..yummmeh..

(Visited 156 times, 1 visits today)

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.