SAMBAL BELACAN TUMBUK HOMEMADE EMA - Kisahsidairy.com

SAMBAL BELACAN TUMBUK HOMEMADE EMA

SAMBAL BELACAN TUMBUK HOMEMADE EMA

Sambal Belacan Tumbuk Homemade Ema | Kalau dapat hari-hari sambal belacan ni memang sedap kan ๐Ÿ˜‰ 

Tapi tulah masalahnya bila nak buat sambal belacan ni, Kalau tak tumbuk pakai batu lesung memang tak ummphhh!!.. Kalau nak blend pulak, lain pulak rasanya.Tak sesedap sambal belacan yang ditumbuk..Apa kata korang?

Actually, umi ni memang suka masak masakkan yang kurang penggunaan minyak dan jugak santan.Kalau dah macam tu, selalunya umi masak sayur air dan gorengkan atau bakar ikan. ๐Ÿ˜† Itu dah cukup sedap bagi umi.Yelah kan, masakkan tu je yang senang dan pantas.Bukan takde idea nak masak western atau apa-apalah kan,tetapi tekak babah tu mestilah nak nasi.Umi pulak, kalau makan, mestilah nak pedas.Terutamanya sambal belacan weh!!Ada ke yang tak suka sambal belacan.

Satu hari tu, jiran umi ada war-warkan sambal belacan tumbuk homemade ni.Senang weh…Simpan je dalam peti ais.Nak makan tinggal ambil je.wahhhhh..Bestkan.So, umi apa lagi..Order ler satu..Mula-mula je order satu, tapi bila jiran umi ni bagitahu sebotol RM20, tiga botol RM30..So, mana lagi jimat??

Haruslah umi ambil tiga botol.Memang masa tu pun tengah promosi sebab kalau 3 botol iaitu complete 3 rasa dalam 1 pek tu, umi pun cubalah kan.Pernah dengar ke Sambal Belacan Homemade Ema ni?

SAMBAL BELACAN TUMBUK HOMEMADE EMA

Mungkin ada yang dah tau kewujudan Sambal Belacan Tumbuk Homemade Ema ni dipasaran dan ada jugak yang belum tau.

Meh sini umi tolong bagitahu kat korang tentang kewujudan Sambal belacan ni.Actually, korang boleh dapatkan 3 perisa sambal belacan tumbuk ni tau iaitu

  • Tempoyak
  • Pelam Muda
  • Limau kasturi

Umi dah pun merasai ketiga-tiga perisa ni tau.Mana satu yang umi suka? semuanya sedap tapi yang paling umi suka adalah Tempoyak.

Sambal belacan tumbuk tempoyak Ema ni memang rasa tempoyaknya.So, umi memang suka tau.

 

Kalau korang yang sukakan Sambal Belacan Tumbuk Tempoyak ni memang umi recommend tau.Pedas pun tahap maksima je.Kalau boleh nak pedas lagi..Kah²..

 

Sambal Belacan tumbuk pelam muda ni pun not bad tau.Memang rasa ler pelam muda..takkan nak rasa tempoyak kan…Maksud umi BERASA ler tempoyaknya..Takde semata-mata sambal belacan.yang ni habis dulu sebab masa adik-adik umi datang, umi sediakan yang ni satu botol tu..So, habis..

 

Lupa pulak umi nak snap Sambal Belacan tumbuk Limau Kasturi.Hah..nasib baik umi masa makan tu sempat snap.Kat rumah masih ada baki yang limau kasturi je, Yang lain habis licin umi kerjakan.

 

Ingat umi nak repeat lagi lepas ni.Confirm lah kan untuk bulan puasa pulak nanti.Nak² masa bersahur..uishh..memang ler makan tak hengat ni..Harus naik berat badan kang…hahaha…

 

So, korang yang nak cuba Sambal Tumbuk Homemade Ema ni, boleh la dapatkan dengan stokis atau agent mereka.Tak pun korang terus ke Page Sambal Tumbuk Homemade Ema ni di bawah ye.

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

28 thoughts on “SAMBAL BELACAN TUMBUK HOMEMADE EMA

  1. Wow.. Mudah dah sekarang ni kan.
    Sambal pun dah dikomersialkan.
    Bagi orang yang bekerja ni memang mudah la kan kak..
    Yela, kadang mana sempat balik kerja nak sediakan macam macam masakan.
    So, nak mudah beli je buat stok. Senang.

  2. Eh kalu buat sambal belacan memang sedap pakai lesung batu. Memang beza rasanya kalo blend kan. Tak sedap. Hehe. Wah senang la dah ada jual pakej macam ni. Mesti tahan lebih lama. Btw, Bella dah tak tahan makan cili/pedas. Hmmm. Tak puas kalo tak ada sikit pedas bila makan.

  3. sambal belacan lagi sedap kalu tumbuk dari blend..tapi tu la nak tumbuk tu leceh sikit. wah senang sekarang ada jual produk sambal belacan macam ni, senang kalu nak makan dengan nasi ceduk je letak dalam pinggan. sesuai la bawa pergi travel nie.

  4. Wahhh nampak menggiurkan betul. Tapi emi tak boleh makan sangat sambal belacan, sebab ada resdung. Kang habis gatal hidung, mata segala.

  5. Sambal belacan memang favourite ever after lah.. hahaha… sambal belacan lagi sedap kalau tumbuk dengan lesung. Kalau pakai blend sedap jugak tapi kurang umpp kalau compare dengan yang tumbuk. Tapi tuhlah bak buat tuh bercinta betul. Bila ada homemade ni senang dah. Bukak bekas tinggal makan jer

  6. Ya allah nampak menyelerakan betul. Makan bersama ulam ulaman dan nasi panas2. Dappnya !! Baguslah bila dh ada dalam pek yg segera nie. Tinggal beli n makan bila2 masa saja. Nanti nak cuba jugaklah

  7. Alamak macam sedap je sambal macam ni. Semua sambal fav iza ni. Senang dah sekarang. Tak payah nk buat sambal sendiri lagi. Tinggal beli je. Nak bawak travel pun senang ni.

  8. Sis pun sekarang beli je sambal-sambal macam ni, dah malas dah nak tumbuk2 bagai..hehehe. Sekarang ni dah macam2 jenama jual sambal2 ni, antara sedap n tak sedap je. Nanti bolehlah sis cuba yang ni pulak

  9. Wowww.. nampak sedap bila dalam packaging yang menarik macam ni.. fuh.. TB suka sambal-sambal ni.. tapi kalau pedas sangat TB tak berani.. yang ni tak pedas sangat kan? nyum2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *