Sama-Sama Kitchen sajian berkonsepkan Poke Bowl

Sama-Sama Kitchen sajian berkonsepkan Poke Bowl | Bagi umi, satu konsep yang unik yang diketengahkan oleh Restoran Sama-Sama Kitchen yang bertempat di Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor ni.

Hari tu sebelum umi balik ke Pasir Gudang, teringinlah nak merasai apa yang best makan di Sama-Sama Kitchen ni.Sebelum ni pernah dengar tentang Restoran ni, yelah..Kalau kita tak cuba kita tak tau kan apa samada makanan yang disajikan tu sedap atau pun tidak.

Sama-Sama Kitchen Sajian Berkonsepkan Poke Bowl

Sama-Sama Kitchen ni menyediakan makanan berkonsepkan Poke Bowl tau.Maknanya kita makan nasi dalam mangkuk..hah!! tak pernah kan dengar makan nasi pakai mangkuk.Tapi inilah konsep yang diketengahkan oleh Sama-Sama Kitchen yang memberikan kelainan konsepnya dari restoran lain.Konsep Poke Bowl ini dikatakan berasal dari Hawaii.Cuma bezanya bukan makanan yang berasal dari Hawai tau..Ala-ala tepi laut gitu.Ia masih lagi berkonsepkan makanan melayu kita.Jom tengok apekah misi dan visi yang diterapkan oleh Sama-Sama Kitchen ni

 

Misi Dan Visi Sama-Sama Kitchen

Sejak Negara tercinta mencapai Kemerdekaan, amalan ” Muafakat Membawa Berkat” terpupuk di kalangan masyarakat untuk mencapai  semangat perpaduan dan kerjasama.

Sama-Sama Kitchen beraspirasi amalan ini dapat diperkukuh dan diteruskan di generasi akan datang melalui makanan kegemaran tidak kira agama,bangsa dan status social.Kita berharap makanan keluarga ini dapat membawa kegembiraan dari muafakat dalam Keluarga.

Bak kata pepatah, Duduk sama Rendah, Berdiri sama tinggi dan Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.Menjadi nilai teras Syarikat Sama-Sama Kitchen

Hah..begitulah misi yang ingin disampaikan oleh Sama-Sama Kitchen ni.So, meh ler beralih kepada menu yang dihidangkan oleh Sama-Sama Kitchen ni.Seriously, aku suka dengan konsep yang ada di dalam Restoran ni.Sangat Chill.Boleh sangat bawa family members kat sini.Dan yang penting, makanan yang dihidangkan tu, memang kena dengan tekak melayu kita okeh.

MENU POKE BOWL SAMA-SAMA KITCHEN

Jom tengok apa yang umi dan babah order masa makan kat sana:-

CURRY DORY FISH COMBO

 

HAINANESE DORY FISH COMBO

 

Dan untuk nenek umi order ketam sebab nenek nak sangat makan ketam.Cuma ketam yang dihidangkan tu bukanlah jenis ketam biasa.Ketam yang lembut dan rangup.

SALTED EGG SOFT SHELL CRAB

Apa yang umi dan babah order siap sekali dengan kombo tau.Hanya tambah duit untuk menikmati kombo siap dengan air dan juga Papadom.

Disebabkan masa kami dinner kat sini hujung bulan Disember tahun lepas, maka, umi tak dapatlah masakkan western mereka.Ini kerana untuk tahun 2019 baru mereka mula menyediakan makanan western atas permintaan pelanggan-pelanggan Sama-Sama Kitchen ni.

Next time umi akan cuba pulak makanan western mereka.Hah..tibalah masanya umi keluarkan pendapat umi tentang makanan yang mereka hidangkan kepada umi hari tu,

PANDANGAN UMI TENTANG SAMA-SAMA KITCHEN

Sebagai pelanggan baru yang baru pertama kali menerjah masuk menikmati makanan disini, seharusnya umi suka dengan suasana yang dipamerkan.Ruang makan yang selesa dan tidak sempit.Dan umi memang suka dengan konsep tertutup macam ni.Lagi satu sangat selesa ..Boleh tengok gambar restoran di dalamnya macam mana ye.

Bagaimana pula dengan makanan?

Suka dengan konsep yang lain dari yang lain.Menggunakan mangkuk untuk hidangan makanan melayu.Itu memang satu kelainan la bagi umi.Cuma kuah sos yang umi makan tu, sedikit masin.Rasa ikan Dori tu sangat Fresh dan umi suka.

Bagaimana dengan harga?

Bagi umi memang memadailah dengan konsep yang mereka ketengahkan tu.Sangat-sangat affordable.Minuman pun just nice.and mybe umi akan repeat lagi untuk mencuba makanan western pulak.

 

Jadi korang yang berada di sekitar Bandar Penawar,Kota Tinggi dan daerah-daerah yang berdekatan boleh la datang mencuba makanan di sini.Yang datang untuk beriadah di Desaru Coast tu, hah..Jangan lepaskan peluang untuk menikmati makanan Poke Bowl ye.

 

Untuk korang yang ingin ke sana, umi sertakan alamat dan maps supaya memudahkan korang.Jika korang berminat untuk booking pun boleh juga.

 

Alamat Sama-Sama Kitchen

No.14 Jalan Semarak,

Taman Desaru Utama

81930 Bandar Penawar , Kota Tinggi

Johor

MAPS KE SAMA-SAMA KITCHEN

 

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

6 thoughts on “Sama-Sama Kitchen sajian berkonsepkan Poke Bowl

  • January 8, 2019 at 11:56 am
    Permalink

    makan dalam mangkuk ke? restoran nampak selesa dan menu pon menarik.

    Reply
  • January 8, 2019 at 2:00 pm
    Permalink

    Mak Inche suka kelainan macam ni tapi Pak Inche ko kalu dibagi makan dlm mangkuk, habis berterabur nanti, hahaha

    Reply
  • January 8, 2019 at 4:46 pm
    Permalink

    Lain dari lain laaa…
    Nanti nak try gak laaa..
    Tapi kalau semangkuk camtu, macam tak cukup je buat aku hahahaha

    Reply
  • January 11, 2019 at 4:17 pm
    Permalink

    EH menarik lah restoran ni. Kalau ke Johor nanti nak refer blog ini aje utk JJCM senang

    Reply
  • January 12, 2019 at 12:20 am
    Permalink

    ala..kat johor..klu area KL, boleh terjah..menarik plak tengok menu2 dia dengan deko makanan dia pun cun..tergoda aiii

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *