Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan

Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan

Jimat dengan Percutian Sale-Abration Traveloka | Dah nak hujung tahun ni kan, mesti ramai yang tengah planning nak bercuti di Luar Negara kan.Dah boleh start survey dah dengan Traveloka.Website yang paling umi suka dengan harga yang terendah

Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan

Yelah, kalau dah tahun lepas dah bercuti di dalam Negara, why not tahun ni ada duit lebih sikit, bawa family ke luar negara pulak kan.Duit tabung dah penuh sangat tu.

Agak-agak Negara manakah yang menjadi pilihan korang untuk bawa family bercuti.Kalau korang tanya umi, sudah semestinya Negara yang takde musim sejuk dan cuacanya sama je macam Malaysia ni.

Sebab apa? Of course sebab umi bawa anak-anak kecil.Yang mungkin takkan tahan dengan cuaca yang berlainan dari Malaysia kan.Mungkin kalau diorang dah besar sikit, boleh la umi bawa mereka ke Negara-Negara sejuk macam New Zealand ke, Paris ke…eheheheh….

So, mana umi nak bawak family bercuti?Hah …Jom kita lihat Negara apa yang menjadi pilihan umi.

Negara pilihan umi tu dekat je,..Dekat seberang je..Negara seberang tu pun banyak tempat-tempat menarik tau.Bila bawa family, umi nak bawa mereka untuk menginap di tempat-tempat yang jauh dari bandar. View yang ada pokok-pokok hutan.Rasa lebih tenang kat situ.Nak bawa anak-anak untuk explore tempat-tempat macam ni supaya anak-anak boleh explore tentang alam sekitar.

So, umi dah start survey dah tempat mana yang patut  umi bawa mereka.Dan of courselah Negara Indonesia kan.Tempat yang banyak bagi umi memberikan satu pengalaman keindahan alam sekitarnya yang unik.

Hotel pula? Of course umi dah pilih.Kalau korang tengok kawasan Hotel yang umi pilih tu, confirm korang pun akan suka tau.

Pernah dengar Hotel Padma di Bandung? Seriously bila tengok je kawasan di luar Hotel Padma dan facilities yang ada di sana, umi rasa tertarik tau nak ke sana.

So, disebabkan Matta Fair Online Promotions belum lagi ada, umi terus ke website Traveloka.Sebab Traveloka akan mengadakan Traveloka Sale-Abration minggu depan.Mesti banyak tawaran menarik yang akan diberikan kepada pelanggan mereka kan.Mesti banyak tawaran yang best² dan yang paling penting bagi umi adalah Traveloka Promo flights mereka. Kena jimatkan kat situ lah.Duit dari penjimatan harga flights tu bolehlah belanja anak-anak bila tiba kat sana nanti.

Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan

Jomlah umi belanja sikit kenapa umi pilih percutian ke Bandung dan Hotel Padma menjadi pilihan umi.

Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan
HOTEL PADMA BANDUNG INDONESIA

Credit gambar : google

Hah..Macam mana?? Cantikkan.Lokasi yang umi suka sangat.Dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau.Jauh dari bandar.Itu baru nampak hotel, belum lagi di dalam dan aktiviti menarik yang ada di sini.

Umi banyak baca review tentang Hotel Padma ni, dan rata-rata memang akan kata, sangat sesuai untuk bawa family ke sini.

Jadi anak-anak umi boleh Grow with Nature gitu..

AKTIVITI YANG ADA DI PADMA HOTEL BANDUNG

Bagi remaja dan orang dewasa, terdapat aktiviti Outdoor seperti Fling Fox, tali gantung, memanah, hiking dengan trail dan macam-macam lagi tau.Bestkan.

Ni umi tunjukkan antara kemudahan yang ada di Hotel Padma tau.Banyak betul kemudahan.Jadi tak perlu ke Bandar untuk dapatkan semua kemudahan ni.Tapi apa pula aktiviti untuk anak-anak.

Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan

credit : google

Di Padma Hotel ni, terdapat Adventure park dan juga Bird Park.Playground untuk anak-anak pun cantik dan cukup besar.Tu yang menambat hati umi untuk bercuti di sini.

padma hotel bandung

 

 

Sale-Abration Traveloka Percutian lebih menjimatkan

 

Banyak lagi tau aktiviti menarik seperti melukis dan permainan lain yang disediakan di sini.Aktiviti untuk anak-anak berlainan setiap hari.Jadi bila duduk lama kat sini, taklah anak-anak bosan kan.

Oklah, umi nak start survey lagi promo sekali dengan tiket flight.Uih..Murahnya lahai..Ni yang rasa nak duduk situ sebulan…heheh

 

Loading

2 Comments

  1. bestnyaaaa kalo dapat travel jauh2…tapi ongkos dan masa diperlukan….huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *