Salam Nuzul Al-quran 17 Ramadhan 1441H

Salam Nuzul Al-quran 17 Ramadhan 1441H | Alhamdulillah, dah masuk hari ke-17 kita berpuasa.

Walaupun kita belum menang untuk menghadapi Wabak Covid-19, terdapat beribu hikmah disebalik apa yang terjadi.

Hari Nuzul Al-quran disambut dengan baik untuk kita terus menghayati Al-quran

Sebaik manusia antara kamu yang mempelajari al-quran dan mengajarnya kepada orang lain

– Hadis riwaya al-bukhari

Peristiwa Nuzul Al-Quran juga merupakan cuti umum kepada beberapa buah Negeri di Malaysia yang jatuh pada 17 Ramadhan 1441H.

Senarai Negari yang bercuti sempena Nuzul Al-Quran 

  • Perlis 
  • Selangor
  • Pulau Pinang
  • Perak 
  • Terengganu
  • WP/Putrajaya dan Labuan
  • Kelantan 
  • Pahang

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN

Peristiwa nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.Ianya berlaku pada malam Jumaat,  17 Ramadhan, tahun ke 42 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Perkataan NUZUL bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makan terlalu besar kepada umat islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran bererti bacaan atau himpunana.Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagia perkara meliputi solat tauhid, ibadah, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.Kalimah Al-quran mukjizat akhir zaman atau al-quran yang mempunyai mukjizat.Malah inilah sebenarnya kelebihan al-quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-quran.Dengan perkataan lain segalanya terdapat di dalam al-quran.Firman Allah

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu.Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan(Al-an am:38)

ISI KANDUNGAN AL-QURAN ADALAH BENAR

Al-quran adalah hidayah, rahmat, syifa,nur,furqan pemberi penjelasan bagi manusia.Segala isi kandungan al-quran itu benar.Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-furqn bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat  al-quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-Alaq maksudnya

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan(sekalian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah – Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahunya – (al-alaq:1-5)

Begitulah betapa besarnya mukjizat senaskah Al-Quran.Moga terus istiqomah membaca al-quran dan yang paling penting baca makna disebalik ayat-ayat al-quran supaya kita lebih faham akan ceritanya dari zaman Rasulullah SAW

(Visited 123 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Salam Nuzul Al-quran 17 Ramadhan 1441H

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.