RANDOM

Salam Maulidur Rasul 2018-1440H

Salam Maulidur Rasul 2018-1440H | Selawat dan salam buat Nabi Junjungan Kita, Nabi Muhammad S.A.W

Alhamdulillah…Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah bag umah islam di seluruh dunia.Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat yang sangat besar dan anugerah yang teragung dari Allah SWT kepada alam semesta ini.Pada masa itu, Manusia berada di dalam kekufuran, kegelapan syirik dan tidak mengenal pencipta mereka.Sehinggalah Allah swt mengutuskan seorang Rasul yang ditunggu-tunggu oleh umat manusia untuk menghentikan kerosakkan itu dan membawa kepada cahaya Illahi

 

HAYATI PERJUANGAN NABI SAW

Sempena Malidur Rasul , kita menuntut untuk sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.Seorang manusia yang patut kita contohi keperibadiannya dalam menegakkan islam.Mengharungi segala perit getir dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Baginda Rasulullah SAW mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam, semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, samada di waktu penghijrahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah atau selepasnya.Oleh yang demikian, kita sebagai umat islam haruslah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti ang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam menyebar luas syiar Islam.

Info : https://www.panduanmalaysia.com/

Kalau nak diceritakan tentang bagaimana Nabi Muhammad SAW menaikkan agama Islam, sungguh dahsyat.Kita beruntung dapat hidup di dalam zaman yang aman dan harmoni.Sebab tu kita sebagai umatnya kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni.Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua.Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari segala musibah dan memberi kekuatan untuk terus menegakkan syiar Islam.

 

Salam Maal hijrah untuk semua umat Islam di dunia ini.Dan selamat bercuti.Manfaatkan cuti dengan perkara yang baik.I is kerja.So, redha jelah duduk kat office hari ni.

 

 

 

Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutubeflickr
siti Rohaida
Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,
http://www.kisahsidairy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *