BLOG

Salam Maulidur Rasul 1442H/2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H

Salam Maulidur Rasul 1442H/2020 | Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW kita.Satu tarikh yang selalu diingati oleh orang islam.Maulidur Rasul bersamaan dengan 1442H akan disambut pada hari khamis 29 Oktober 2020

Allah turut berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah Al-Ahzab pada ayat ke-56 tentang berselawat:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan

Tema untuk sambutan Maulidur Rasul ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”.

Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Ia akan membentuk negara harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan.

Apa yang pasti, tema ini membawa pengertian yang begitu mendalam buat umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya.

Bersempena hari yang mulia ini marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw serta seluruh keluarga baginda.

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H

Tarikh Maulidur Rasul 1442H di Malaysia 

Maulidur Rasul yang disambut pada 12 Rabiulawal setiap tahun adalah bagi meraikan  keputeraan baginda Rasulullah s.a.w yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. 

Di Malaysia, sambutan ini juga dikenali sebagai Maulid Nabi yang merupakan cuti umum di setiap negeri dalam Malaysia. 

Pada tahun ini 12 Rabiulawal 1442H adalah jatuh pada hari Rabu 29 Oktober 2020.

Jom kita imbas balik peristiwa sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW ini.

KEAJAIBAN YANG BERLAKU SEMASA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Kedatangan Baginda telah disebutkan di dalam tiba buah kitab Samawi sebelum Al-Quran diturunkan lagi.Kelahiran Nabi Muhammas Saw pada tarikh 12 rabiulawal, Hari isnin bersamaan tahun 20 April 571 Masihi, tahun Gajah di Makkatul Mukarramah semasa 4 tahun pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan(Raja Parsi)

Peristiwa ajaib yang berlaku ke atas Nabi Muhammad S.A.W disebut sebagai irhas.Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi sahaja.Irhas dikategorikan kepada tiafa iaitu

  • Irhas dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda;
  • Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagianya dan
  • Kejadian luar biasa yang berlaku smasa kelahiran Nabi dan Rasul

SEBELUM RASULULLAH SAW DILAHIRKAN

  • Kehamilan Siti Aminah disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya melalui mimpi ketika beliau sedang tidur.Kemudian para malaikat berdiri dihadapannya dan berkata ” Khabar gembira untuk kamu wahai ibu kepada seorang nabi, putera kamu ini penolong dan pembebas manusia,namakan dia AHmad”.Ketika mengandungkan Nabi Muhammad ibunya tidak berasa sakit seperti ibu-ibu lain yang sedang mengandung.
  • Tanah-tanah dipersekitaran kawasan rumah ibunya yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat.

SEMASA RASULULLAH SAW DILAHIRKAN

  • Ibu Nabi Muhammad menyaksikan cahaya keluar dari tubuh badan baginda.Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria, menyerupai anak panah, bagaikan pelangi di langit, boleh dilihat walaupun dari kota-kota yang jauh.Ada juga yang menggambarkan cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia.

 

Cerita selanjutnya korang boleh baca di SINI

Apapun umi mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1442H/2020 untuk semua pembaca kisahsidairy.com

Berdoa semoga kita bebas dari wabak covid-19 secepat mungkin.Jom selawat

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(4) Comments

  1. Salam Maulidir Rasul buat Eda sekeluarga..

    1. Salam Maulidur Rasul juga untuk sis sekeluarga

  2. Salam Maulidur Rasul Kak ida 🙂

    shida dtg jenguk akak!

    1. salam maulidur rasul shida
      thanks datang jenguk 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *