Sahabat Sejati Dunia Akhirat – Ladies talk

Assalamualaikum

Hai korang☺☺Yeay…dah diperkotakan janji untuk update pasal pertemuan diantara 4 orang ni.Dayah,aku.surya dan wani.Diorang ni Ex-Officemate aku.Alah,banyak dah cerita pasal diorang aku dah up kat entry-entry lepas.

Bila dah tak satu office ni,nak plan untuk jumpa pun payah walhal rumah takdelah jauh mana.Dekat je.Tapi kekangan kerja dan family ni buat kadang-kadang kita takde masa nak berjumpa.

Tapi entah macam mana planning,akhirnya berjumpa jugak kitorang ni.Kali ni dayah join sekali.And yang paling penting,husband masing-masing tak ikut.Aku plan nak bawak Naura,tapi belum sempat nak keluar dia dah tertidur,so bujanglah umi malam tu…

Plan nak jumpa dekat kedai makan western,tapi memandangkan tutup,kitorang just lepak kat Mek Tomyam je.Rupanya ada orang nak celebrate birthday advance kita…thanks wani belanja kek untuk akak..Cik amat dah tolong makan kan..Hah..ni entry akak buat khas untuk korang tau..So,wajib baca…

7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
Dayah And Me
7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
Surya…wani… and me
7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
kek in advance

7 ciri sahabat sejati dunia akhirat

7 ciri sahabat sejati dunia akhirat
Bila dapat berjumpa ni,seronok sangat…terus terkenang cerita-cerita lama..hahaha…Kawan ni,kalau kita baik dengan dia,walau gaduh macam mana pun,dia tetap takkan cerita keburukkan kita pada orang lain..Tak de satu pun kesempatan untuk aibkan kawan kita kepada orang lain..Itu namanya kawan sejati.Tapi payah dah nak cari kawan sejati..Bila tengah wangi,semuanya indah kan,tapi bila dah busuk,pekung lama pun dibuka.Barulah rasa tak ikhlas dalam memberi sesuatu.
Bila sebut pasal kawan ni,macam-macam dah aku lalui,yang berpura-pura..acah-acah baik..semuanya ada.Bukanlah aku nak cakap yang diri aku ni perfect,tapi takdelah bila dah tak suka tu,sampai a-z history orang tu diceritakan..
Bercerita pasal kawan ni kan,ada aku terbaca dalam satu blog ni,adalah sedikit perkongsian 7 ciri sahabat sejati dunia akhirat.Alangkah baiknya bila ada kawan macam ni kan..

Rasulullah s.aw bersabda:

“Mahukah aku tunjukkan pada kalian tentang sesuatu yang darjatnya lebih utama daripada solat,puasa dan sedekah?

Pasa sahabat menjawab
“Mahu ,wahai Rasulullah”,

Baginda s.a.w menjawab
“Perbaiki pergaulan,kerana rosaknya hubungan baik,bererti mencukur,aku tidak mengatakan mencukur rambut,tapi mencukur agama

hadith riwayat at-Tarmidzi

Emmm..begitulah pesannya..Maka kita berpesan-pesan supaya kita sama-sama menjadi yang terbaik dalam bersahabat.

7 Ciri Sahabat Sejati Dunia Akhirat

1.Sering Mengingatkan kita Kepada Allah S.W.T

Imam Syafie pernah berpesan;
“Jika engkau punya teman yang selalu membantumu dalam merangka ketaatan kepada Allah s.w.t, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang sebaik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali.”
Oleh itu, sahabat yang sejati adalah yang selalu mendorong kita untuk membuat kebaikan ke jalan yang dirahmati Allah s.w.t. Dia juga tidak akan membiarkan kita untuk lalai mendirikan solat, berpuasa dan ibadah lain.saling berpesan-pesan tu satu amalan yang baik

2.Rela Dimarahi Demi Kebenaran

Sahabat yang sejati sebenarnya tidak akan marah dan menyesal sekalipun dirinya dibenci atas tegurannya yang membawa kebaikan kepada kita. Ini kerana tujuan utamanya adalah untuk tidak terus membiarkan kita melakukan kesalahan. Sahabat sejati juga adalah pemberi ingatan yang baik dan setia.

3.Sentiasa Kelihatan Ceria Dan Menenangkan

Walaupun dalam menghadapi masalah, seorang sahabat sejati akan berusaha untuk menutupi permasalahannya itu agar dapat kelihatan ceria dan gembira apabila bersama kita.
Sahabat yang baik adalah apabila dia mampu melindungi kesedihan itu tanpa diketahui dan dibimbangi oleh sahabatnya yang lain.
“Jangan abaikan kebaikan sekecil apapun, meski hanya dengan menjumpai saudaramu dengan wajah berseri-seri.” HadisRiwayat Muslim dan Tirmidzi

4.Penyokong Dan Pemberi Semangat

Seorang sahabat sejati tidak menemani kita mengeluh dan sama-sama menyesali tanpa berbuat apa-apa. Tetapi dialah yang memulihkan keadaan dengan membantu kita sedaya upanya.
Dia juga sahabat yang positif untuk membangunkan kita dari kejatuhan dan putus asa, selain mengingatkan kita untuk bersyukur atas hikmah ujian Allah s.w.t.

5.Bersama-sama Dalam Setiap Keadaan

Apapun yang terjadi pada kita, seorang sahabat yang sejati tidak akan meninggalkan kita. Ini kerana tujuannya bersahabat adalah kerana Allah s.w.t dan bukan menyayangi kita kerana kepentingan dirinya semata-mata.
Oleh itu, dia akan selalu berada dengan kita dalam setiap keadaan yang bermasalah, gembira dan sebagainya. Andai kita jatuh sekalipun dia sentiasa ada untuk membangunkan kita kembali pada bila-bila masa dengan ikhlas.
Para ulama lainnya berkata:
“Seorang sahabat adalah orang yang tidak ingin dirimu menderita, akan terus memberimu semangat ketika engkau sedang kelemahan. Tidak ikut mencaci ketika orang lain mencacimu.”

6. Menjaga Rahsia Dengan Baik

Seorang sahabat sejati adalah tempat yang paling baik untuk menyimpan rahsia dan orang yang paling kita percaya. Bahkan bermati-matian untuk terus menyimpan rahsia itu. Dengan itu, sudah tentu sahabat sejati ini bukan sesekali pengkhianat kepada kita.
Anas bin Malik pernah diberitahu tentang suatu rahsia oleh Rasulullah s.a.w, Anas berkata;
“Nabi s.a.w merahsiakan kepadaku suatu rahsia. Aku tidak menceritakan tentang rahsia itu kepada seorang pun setelah beliau (wafat). Ummu Sulaim pernah menanyakannya, tetapi aku tidak memberitahukannya.”Hadis Riwayat al-Bukhari

7.Sentiasa Ada Waktunya Untuk Kita

Seorang sahabat sejati selalu ada untuk kita, bahkan sentiasa bersedia untuk berada dengan kita pada bila-bila masa pun. Apatah lagi di saat kita memerlukannya untuk meluahkan kesedihan, meminta bantuan mahupun meminta pendapatnya.
Dia tidak akan mencari alasan dan melengahkan waktu untuk sahabat baiknya sendiri, sehinggakan waktunya yang sibuk pun dikatakan tidak sibuk hanya untuk sahabatnya itu semata-mata.
“Tidaklah seorang menemani sahabatnya, meskipun hanya sesaat di siang hari, kecuali ia akan ditanya (tentang tanggung jawabnya) dalam persahabatan itu, apakah dia melaksanakan hak-hak Allah atau mengabaikannya.”al-Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumu al-Diin
Dalam ciri-ciri ini masih adakah sahabat sejati sebegini di zaman ini? Ayuhlah kita bersama-sama menjadi sahabat yang baik yang bersahabat kerana Allah s.w.t, bukan kerana kepentingan diri yang sudah tentu tidak mendapat apa-apa manfaat.
Sesungguhnya sahabat yang baik adalah apabila dia tiada kelak pun akan disebut-sebut kerana jasa dan kebaikannya. Bukan apabila dia tiada menjadi keseronokan pada orang lain pula. Ayuh kita jadi dan cari sahabat yang baik.
Rasullulah s.a.w bersabda;
“Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang mukmin yang bertakwa.”

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

15 Comments

  1. beruntung kak ada sahabat sejati. moga ukhawah yang terjalin terus terjalin ke akhirnya.

  2. Seronoknya dpt luangkan masa dgn kwan2
    Bila semua dh besar dan busy susah nak ajk lepak sama2 ni kena plan betul2 dlu kalau tak semua plan ke laut

  3. kira reunin la ni ya..bestkan bila kennag kisah lama….sure gelak manjang

  4. Ada bff sorang.rahsia dia rahsia saya memang kami simpan rapi…

  5. Seronok ada kawan yg depan blkg sama je…el pun dh serik berkawan dgn sape2..dulu dan skrg x sama je..sbb tu el suka kwn2 gitu2 je..ada…ada..xda..xda eh eh paham x haha

  6. Alhamdulillah ada BFF. Satu rezeki huga tu. Semoga berpanjangan. InsyaAllah.

  7. yang no.6 tu TB selalu nampak kalau time baik.. rapat sangat2 macam adik beradik.. tapi bila time gaduh.. abes rahsia bff dia sebarkan.. aib kan kawan sniri.. mcm kes rebbecca nur islam vs eina azman dan roslan shah vs ifa raziah

  8. saya takde nak kategorikan ciri2 sahabat tapi semua kawan tu lah sahabat dunia akhirat hehe

  9. Alhamdullilah, seronok kalau ada kawan macam nie kan tapi susah dah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas nak kawan dan terima buruk baik kita sekarang nie..

  10. Seronok tgk gathering kawan kawan lama. Marsha pun dah lama tak jumpa kwn kwn. Rindu kat dorang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *