Safi Balqis Oxywhite – Hydrating Lotion Yang Korang Wajib Beli

Safi Balqis Oxywhite – Hydrating LotionYang Korang Wajib Beli| Safi dah keluarkan banyak produk yang korang boleh beli secara online dan offline.

Sebut je pasal Safi ni, umi dulu dari sejak sekolah memang pengguna safi tau.Ingat tak cream penutup warna hijau tu.Sekarang ni Safi dah semakin berkembang dengan mengeluarkan produk-produk bukan sahaja yang berkualiti tetapi tidak rasa was-was menggunakan produk SAFI ni tau.

Safi Balqis Oxywhite – Hydrating Yang Korang Wajib Beli

Terbaru adalah Safi Balqis Oxywhite yang baru umi cuba beberapa minggu lepas.Kalau nak sebut pasal kulit muka umi ni, halah² korang pun tau, jenis berminyak dan terlalu banyak whitehead.

Umi memang memilih tau kalau dari segi pelembab ni.Bukan apa, ada sesetengah pelembab yang boleh buat kulit umi ni semakin berminyak.

And seriously tidak perlu risau lagi bila nak pakai pelembab dari Safi Balqis Oxywhite ni.Percubaan pertama je dah nampak perubahan bukan dari segi terus flawless ke apa.Ianya adalah dari segi kulit yang tidak berminyak apabila menggunakan Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion.

Serius lah Safi ni, produk-produk dia memang superb weh!Bukan sekadar superb, murah pulak tu.DIYAKINI!!! 

APA YANG BEST SANGAT DENGAN SAFI BALQIS OXYWHITE HYDRATING LOTION NI?

Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion ni terdapat gabungan formulasi penyegar dan pelembab dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namu memberikan kesan lembapan yang optimum.Nampak tak ia lebih jimat kerana dua fungsi ni.

Apa lagi yang best?

Safi Balqis Oxywhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak dengan

  • Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid(Macro Hyaluronic Acid,Nano Hyaluronic acid,Bio-Hyaluronic acid,Oligo Hyaluronic acid dan Super nano Hyaluronic acid)
  • Ia mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi Infrared(IR) dengan pelindung IR-Oxywhite = Nano Oxygen + Nano Biowhite

Kalau korang nak tahu, Nano Oxygen ni membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar kulit lebih segar , bermaya dan berseri manakala Nano Biowhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

 

Cara penggunaanya

Lepas cuci muka dengan bersih, tuang sedikit safi balqis ni dan sapu kat muka.Tepuk² sedikit agar ianya cepat menyerap.Umi gunakan setiap pagi dan sebelum tidur.

 

Hah..Apa lagi yang tak best dengan Safi Balqis Hydrating Lotion ni.Harga untuk sebotol Safi Balqis Oxywhite utk 100ml hanyalah berharga RM23 sahaja tau.

Kalau korang tak pasti lagi apa kelebihannya, boleh refer details di bawah

SAFI MALAYSIA

YOUTUBE | FACEBOOK | INSTAGRAM

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *