July 3, 2020

Rumah Kena Pecah Masuk

Assalamualaikum
Sesungguhnya kami redha jika bukan itu rezeki kami.Sebenarnya dah 3 hari juga aku tak update pasal ni.
Kalau korang mengikuti perkembangan diri aku ni, pasti korang tau yang aku sekarang ni tengah buat renovation rumah.
Tak taulah pulak bila rumah aku tu dipecah masuk, tapi yang pastinya pencuri tu masuk malam malam buta.Sebab ikutkan hari hari en.husband meninjau, keadaan rumah.
Pagi masa tukang rumah nak beli mosaic untuk rumah tu, dia perasan yang yang barang barang dia hilang.Habislah segala jenis mesin di rembat si pencuri tu.
Kipas dapur dan juga sinki yang baru aku beli pun lesap sekali.Anggaran yang hilang untuk sinki dan kipas dapur tu adalah dalam rm400.Tu belum masuk mesin tukang buat rumah tu.
Tapi bernasib baik si tukang buat rumah nak tanggung segala kos kerugian aku tu.Yelah, ada salahnya tukang buat rumah tu kerana kecuaian dan lambat melakukan tugas tugas yang diberikan.
Separuh dari upah aku dah bagi kat dia, tapi rumah still lagi belum 70% siap.Nak membebel banyak banyak kang  lari pulak…
Nak buat macam mana, dah nak jadi..terpaksalah terima.Harap lepas ni ada lagi rezeki untuk kami.

Senang je kan mereka cari duit…moga allah memberikan petunjuk kepada pencuri pencuri ni..buka mata bagaimana susahnya kami ni nak dapatkan sesuatu..
Oklah..dan nak bawak Nur Awfiyah ke klinik…
Nanti sambung lagi..

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

16 thoughts on “Rumah Kena Pecah Masuk

  1. takde rezeki akak ngan husband la camtu..sabar ye kak..
    nasib baik tukang umah tu buat ganti rugi..
    takde la terasa sangat..

  2. Assalamualaikum kak eda. Masyallah. jahat betul orang yang mencuri barang tu.. sabar ye kak, dugaan dan cabaran buat kalian.. in shaa Allah, semuanya berjalan dengan lancar.. singgah menabung estee lauder dan inti sini~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *