Rezeki Daging Korban - Kisahsidairy.com

Rezeki Daging Korban

Rezeki Daging Korban

Rezeki Daging Korban dari kampung | Rezeki daging korban pada hari raya Haji kan.Penuh peti ais mak dengan daging.

Balik tu, as usual mak umi ni jenis kalau anak² dah nak balik, mulalah disuruhnya ambik itu ini.Alasan nanti takde sape nak makan kalau kat rumah ni.

So, dapatlah kami sorang sikit daging korban.Alhamdulillah..Dan esoknya umi buat sup je daging tu sebab ada tulang sikit-sikit.

Dapat dengan sambal kicap memang sedap kan.Hirup gitu pun lagi ummpph..Tapi kurang menyerlah sebab takde daun sup.Nasib baiklah hari tu umi sihat sikit.Bolehlah mula memasak.

Dua menu ni je yang umi sediakan untuk makan malam.Nasib baik la si minah kecik tu suka makan sup tu.So, tak perlu la umi nak masakkan dia yang lain,

Syukur Alhamdulillah… bersyukur seadanya dengan rezeki yang Allah berikan pada umi sekeluarga

 

Apa pun kita perlu bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah swt bagi pada kita.Hargai setiap nikmat yang diberikan kepada kita.

“Apabila Allah memberikan kenikmatan kepada hamba-Nya, maka Allah suka agar kenikmatan-Nya itu tampak pada diri (hamba)-Nya.” – Riwayat Tabrani.

 

Dan jangalah kita jadi orang yang tak bersyukur

Nabi SAW bersabda: “Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur kepada manusia.” – Riwayat Tabrani.

Macam tu jugaklah bila Allah berikan kesakitan kepada umi, Umi kena redha, lebih banyak berdoa, lebih banyak untuk bermuhasabah diri.Supaya umi lebih kuat, supaya penyakit umi tak lebih teruk dari yang umi jangkakan.Allahu..bila cerita bab ni sedihnya bukan kepalang.

Setiap hari umi titipkan doa moga umi diberikan kekuatan.Moga umi tabah menjalani hidup ni dengan lebih baik…Allah kan Ada…

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 thoughts on “Rezeki Daging Korban

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *