Review Movie Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2

Review Movie Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2 | Actually ini adalah pertama kali bawa Naura menonton filem di panggung wayang.Umi dan babah memang dah plan nak bawa mereka berdua menonton, dan sebelum tu umi dah pun survery filem apa yang sesuai untuk di tonton oleh budak berdua ni.

Sebenarnya niat di hati umi nak tempah melalui online je,tapi takut tak jadi ke apa,last-last cancel nak tempah online.Pagi-pagi lagi kami dah jejakkan kaki ke Aeon Jusco Tebrau sebab taknak nanti beli tiket berebut-rebut.

 Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2

 

Sampai je di Aeon Jusco, umi terus ke Cinema untuk membeli tiket siap-siap.Mulanya umi pi beratur untuk membeli di kaunter, tapi bila umi tengok ada macam machine atm tu, umi pun cuba lah beli melalui machine tu..Uih..lagi senang dan tak perlu beratur bagai nak rak..Lagipun machine tu ada 2 ke 3..emmm…umi pun tak ingat.Nak bawa dua heroin tu, aishhh…asyik berlari sana sini je.Sampai umi rasa tak terkejar diorang ni.

Review Movie Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2

Lepas beli tiket, umi terus beredar meninjau di kedai-kedai berhampiran.Sebab tak sanggup nak redah orang yang ramai membeli tiket kat situ.Risaukan budak-budak ni pun ye.Adik Naura nyaris hilang dari pandangan mata umi sebab dia asyik dok tengok ke bahagian bawah Mall tu.Umi abaikan je orang-orang yang melihat umi menjerit nama Naura sebab bagi umi, tak perlu malu untuk keselamatan anak kan.So, lepas ni mybe umi lebih alert apabila keluar ke tempat macam tu.fuh!!!

 

Lepas pukul 12 umi datang balik ke Cinema untuk membeli makanan dan selepas itu tunggu sehingga giliran nak masuk panggung pada pukul 12.45 tu.Lepas beli,sempatlah kami duduk dan makan-makan kat situ sehinggalah turn kami masuk panggung…Adik Naura yang lebih excited sampai 2,3 kali dok ulang ” terkejut Naura”. Yelah..iklan kan banyak sebelum mula cerita..Lepas tu iklan-iklan tu pun suspen gak kan..hahahaha..

Review Movie Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2

 

SINOPSIS Ralph Breaks The Internet- Wreck -It Ralph 2

 Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2

Cerita ni mengisahkan du sahabat iaitu Ralph dan juga kids iaitu Vanellope Von Schweetz.Mereka berasal dari dunia video game iaitu “SUGAR RUSH”. Mereka telah pergi ke dunia internet untuk mencari alat ganti stereng demi menyelamatkan  Vanellope dari terus dihapuskan.Di dalam perjalanan ke dunia internet itu, Ralph mencari jalan untuk mendapatkan duit untuk membeli stereng yang di jual di Ebay.Di dalam misi mencari duit untuk membeli stereng tulah, pelbagai dugaan yang mampu memecah belahkan persahabatan mereka.Nak tau lebih lanjut kenalah tonton movie ni ..

Review Movie Ralph Breaks The Internet- Wreck It Ralph 2

Cerita ni memang sesuai untuk tontonan anak-anak.So, korang yang belum bawa anak-anak menonton tu, hah..apa lagi…penuhkan jadual cuti sekolah mereka dengan perkara yang menyeronokkan ni..

 

PANDANGAN UMI TENTANG CERITA Ralph Breaks The Internet Wreck It Ralph 2

So far umi boleh bagi 5 bintang tentang perjalanan cerita ni.Seriously umi memang tak sangka otak orang yang mereka cerita ni sangat hebat.Penuh dengan imaginasi.Memang umi recommended sangat kepada korang yang  baru nak tengok movie ni.Yang part dia bergaduh tu memang sedih gila walaupun budak dua orang tu takde pun feeling pape.

.Sebelum tu meh umi share sedikit tips untuk bawa anak ke panggung ye..

TIPS BAWA ANAK MASUK PANGGUNG WAYANG

Mungkin ada sesetengah pihak nampak benda ni simple..Tapi mak² yang ada anak kecik ni je tau betapa azabnya nak bawa mereka untuk tengok wayang tau.Mungkin ada sesetengah cakap, baik dok rumah je dari ajak anak ke panggun wayang.Bagi aku pulak, mereka sepatutnya diberikan pengalaman macam ni bukan kerana mengikut trend.Family time tu penting.Bukan terperuk aje kat rumah.Ikut budget masing-masing.Kalau rasa ke sini tak boleh, korang boleh je bawa mereka ke tempat yang mungkin mengikut budget korang..Itu terpulang kepada hak memasing ek.Yang penting, apa yang kita buat tu lebih kepada bonding time antara kita dengan family.Sebab tu umi angkut sekali nenek tengok cerita ni..hahahaha…

1.PILIH CERITA YANG SESUAI DENGAN ANAK

Ikutkan hati mak pak nak tengok Polis EVO.Tapi bila fikirkan anak-anak kecil macam naura dan Nur Awfiyah tu, rasa macam tak sesuai pulak nak suruh diorang tengok.Cari cerita yang tak berat dan boleh menumpukan minat anak untuk melihat cerita yang dimainkan.

2.SURVEY TIKET DAN TEMPAT

Survey dulu tiket dan tempat untuk menonton.Kalau korang berhajat untuk ke Mall yang besar,Tengok dulu schedule cerita tu pukul berapa dan haruslah budget korang untuk menonton wayang.Kanak-kanak ni bila di luar memang tak boleh lama, mood mereka berubah-ubah.Jadi gap antara nak masuk wayang tu, jangan terlalu lama.

 

3.TEMPAH TIKET MELALUI ONLINE/ THRU KIOSK

Pengalaman mengajari aku untuk lebih bersedia.Memang sepatutnya aku perlu menempah tiket secara online sehari lebih awal supaya takdelah kelam kabut untuk korang beratur membeli tiket dan biarkan anak merayap tanpa pengawasan.Lagi satu jimat masa.Tak pun korang boleh je beli tiket guna machine yang disediakan..Tak lama nau nak beratur bagai.

4.BAWA ANAK KE TOILET SEBELUM MASUK WAYANG

Wajib okeh! Jangan sampai bila tengah-tengok layan cerita, tiba-tiba anak nak mintak buang air kecil or besar.Haru wehhh…Kang cerita ke mana, tandas ke mana.Sebaiknya 10 minit sebelum masuk wayang,pastikan anak kencing dahulu.

5.BAWA AIR MINERAL

Kalau bawa anak-anak ni,aku akan pastikan bawa air botol diorang masuk dalam bag.Senang cerita.No beli ais kat pawagam tu.Jimat sikit.Just beli popcorn sorang satu je dah memadai.Sebelum masuk pun aku pastikan diorang dah kenyang nugget or benda lain.Janji perut dah diisi.

 

Dari pengalaman aku tulah, aku kongsikan tips supaya mereka tak terlebih tantrum bila ke sana.Untuk menghindari mak² bertukar jadi hijo!! Tapi satu nasihat aku, tak payahlah bawa baby ke dalam panggung.Mengikut dari pendapat aku sendiri lah kan, bunyi bising di dalam wayang tu, macam tak sesuai untuk baby.Itu pendapat aku tau..Jangan pulak korang kecam.apa pun, kita sebagai ibu bapa perlu tau apa yang sesuai dan tidak sesuai untuk anak kita..

 

 

peace…

 

Loading

15 Comments

  1. best tgv ni.. takpayaj nak bsesak beli tiket.Guna atm ticket je beli.. hebat.

  2. belum kespatan lagi nak tgk movie nie.. takpe,pasni nak p tengok weekend ni.. best juga,bila baca review dr sis

  3. Memang best cerita ni, banyak tips dan pengajaran. KAmi aritu bawa cinema Family Friendly. Anak kami dah biasa bawa ke cinema, si Daim dari baby dah bawa. Alhamdulillah mereka semua duduk baik dalam cinema

  4. Memamg dah janji dengan anak2 nakntgk wayang lepas dorang baik sunat…janji tgk polis evo 2…tp ganas sgt katanya….tgk wreck it ralph

  5. yang first pun best..confirm second ni best jugak kan

  6. Ama belum berjaya bawa syafi ke wayang. Boleh plan bawa tgk citer ni lan nanti.

  7. Adik ipar dh tgk gak yg ni. Best komen dri dia.. Haih, nk ajak mr hubby k.fiezz la walaupun k.fiezz tak minat sgt citer katun2 ni.. Tapi sesekali, why not?

  8. maknaan dan minuman luar dlarangggggggggggggggg . hehe best kan movie ni 😀

  9. Author

    takat air dalam botol dik, boleh je bawak masuk pawagam..cikgu tak marah..kalau makanan luar ye lah…

  10. Author

    haah..dah sedia kiosk kat tepi² tu..beli kat situ lagi senang dan cepat

  11. Author

    hah…pegi tau ina,memang best..anak² mesti suka

  12. Author

    betul tu linda…yang si bongsu ni 1st time masuk panggung..

  13. Author

    kalau ikut hati makpak dia memang nak tengok polis evo,tapi disebabkan kang bebudak ni boring,mau tengok tak sampai habis…

  14. Author

    1st memang tak tengok..nanti nak tengoklah..

  15. Author

    dah boleh bawa tu syafi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *