Review Cream Cleaner Dari ECOVER

Assalamualaikum
Kalau semalam aku dah ceritakan tentang Apa yang ada Dalam Parcel tu,sekarang nie aku nak cerita tentang Produk yang aku dapat dari dalam parcel tu yang sangat-sangatlah membantu aku.
Tak rugi aku dapat,memang sangat berguna dan betul-betul menjimatkan masa aku untuk membersihkan dapur..
Sebelum tu ceritakan sedikit tentang produk Ecover nie ye..
Ecover – Inspirasi Dari Alam Semulajadi, Disempurnakan Oleh Sains.

Apabila bercakap tentang keselesaan keluarga dan rumah, anda pasti akan cari produk membersih yang sesuai dan selamat. Dengan Ecover, kami telah mempelopori bidang sains dan alam semulajadi lebih 30 tahun untuk menghasilkan pencuci yang efektif, berasaskan sumber tumbuh-tumbuhan yang tidak akan mengancam anda mahupun persekitaran. 

Sejak tahun 1980, Ecover menjadi produk pembersihan rumah mesra alam yang terbaik di dunia. Ianya diperbuat dari bahan semulajadi dan mineral yang menjadikannya mampan dan super ekologi. Perlu juga diketahui bahawa produk Ecover TIDAK DIUJI KE ATAS HAIWAN. 

Ecover tidak hanya menitiberatkan aspek mesra alam ke atas kandungannya saja, malah ia turut menjaga dari segi pembungkusan. Ecover menyedari bahawa bahan plastik boleh mendatangkan impak negatif kepada biologi alam sekitar untuk tempoh masa yang panjang, maka mereka mengambil inisiatif menghasilkan botol yang 100% dari sumber tumbuhan dan 100% kitar semula. Dengan cara ini, pencemaran alam dalam dikurangkan.
Rangkaian cecair pencuci Ecover nie mempunyai LogoKulit Sensitif.Cecair pencuci nie tidak meninggalkan kesan bahan kimia ke atas kulit kita…
Produk Ecover nie aku dapat dari memenangi Giveaway Dari Hanim..Boleh refer kat entry ni.Aku dapat Cream Cleaner dari GA tu..
Aku memang puas hati lah dengan Pencuci nie..Memang menjimatkan masa.dan memang mudah untuk menyental kotoran degil kat dapur aku tu..So tak ambil masa yang lama..Cream Cleaner nie tak perlu picit banyak-banyak..sikit je dah mampu nak mencuci dapur aku nie..so,boleh tahan lama la kan..
Korang tengok la perbezaan sebelum dan selepas dari kerja-kerja pembersihan dapur aku ni..Memang berkilat..
Aku baru je menguji pada dapur,belum sinki lagi..Ingat nanti aku nak try sinki aku pulak..Korang tengok,dah boleh jadi cermin dapur aku tu..Satu lagi Harga Cream Cleaner nie taklah mahal sangat..
Cream Cleaner nie berharga RM 12.80.
 
Selain Cream Cleaner nie,Ecover mempunyai banyak rangkaian produk pembersih yang lain seperti di bawah nie
ecover
Rangkaian Produk Ecover..
Rangkaian produk Ecover juga boleh didapati di pasaraya-pasaraya terpilih seperti :
  • Village Grocer (1 Mont Kiara, Sunway Giza, Bangsar Village)
  • Jaya Grocer (Bukit Jelutong, The Intermark, Empire Gallery)
  • Pasaraya Presto (Citta Mall, TTDI, Damansara Perdana)
  • Ben’s Independent Grocer – B.I.G (Solaris Dutamas)
  • Pasaraya Hero (Bdr Sri Permaisuri,Seksyen 13 Shah Alam, Taman Dagang, etc.)
Atau, korang boleh dapatkannya melalui online di SINI.
Sumber & info tentang Ecover nie aku ambil dari blog Hanim.Boleh refer kat sini

[Review] Mudahnya Membersih Dengan Ecover & Giveaway!

Loading

20 Comments

  1. wow.. menarik.. kad ida. selamat hri raya .. saya pon dah lama xdtg sini… tak sempat berblog ^_^

  2. dah buar review good luck hihii kita belum lg..parcel baru sampai semalam hahha…

  3. Hohohoho dah berkilat dshh..maknanyerr blh cuba la lps nie..ta sharing

  4. Alhamdulillah cepatnya kak ida menerai hehe. Dengan Ecover, kita lagi syok nak buat keje umah kan kak 🙂

  5. mak aihh berkilat dapur..harga pun murah je..mantap!

  6. dasyat tul..sampai boleh buat cermin..memang betul2 kilat..berbaloi dengan harganya..

  7. wahhh… sehingga menciutkan… 😀 harganya pun reasonable…

  8. Menarik ni… boleh cuba nanti. Thanks sharing Aida.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *