Resepi Siakap Stim Limau Paling Mudah disediakan - Kisahsidairy.com

Resepi Siakap Stim Limau Paling Mudah disediakan

Resepi Siakap Stim Limau Paling Mudah disediakan

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Paling Mudah disediakan |Pertama kali umi rasa ikan siakap stim limau resepi dari adik umi sendiri

Bila dah rasa tu, husband dok sibuk suruh buat jugak.Sedap katanya.Umi pun teringin nak buat.Maklumlah masa puasa hari tu macam tak puas makan.Bila keluarga ramai kenalah ambil sikit-sikit kan..haha..

Jadi umi buat sendiri Ikan Siakap Stim Limau Paling Mudah disediakan mengikut resepi adik umi sendiri.Kot korang nak share resepi ni boleh je..

 

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU 

Ikan siakap – Ikut korang nak guna berapa ekor

Daun Ketumbar 

5-6 biji lada( nak pedas boleh letak lebih)

4 Bawang putih

1 biji lemon

Sedikit garam dan gula

Sedikit minyak untuk menumis

 

Cara buatnya

Blend bawang putih, lada kecil dan sedikit daun ketumbar.Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend tu.Perasakan garam dan gula.

Bila dah naik bau tu, masukkan ikan dan perahkan lemon dan letak beberapa hirisan lemon di atas ikan tu.Letak sedikit air dan tutup kuali sehingga ikan tu masak.Hiaskan atas ikan tu dengan hirisan daun ketumbar…Siapppp

Siap dihidangkan.

 

Mudahkan..

 

 

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

3 thoughts on “Resepi Siakap Stim Limau Paling Mudah disediakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *