Resepi Siakap Kengsom Thai sedap dan mudah

Resepi Siakap Kengsom Thai sedap dan mudah |Siakap kengsom dikenali jugak dengan nama asam pedas siam.Macam asam rebus tapi lain sikit bahannya.

Dah berapa lama umi cuba nak masak siakap kengsom thai ni tau.Hari  minggu yang lepas, umi cuba juga untuk cari bahan-bahannya.So, bila google resepi siakap kengsom thai ni, nampak mudahnya je nak buat.Kalau kita macam asam rebus kan masaknya, cuma ada kelainan sedikit la sebab ada tambah kangkung dan jugak pakai cilipadi.

Jom tengok resepi siakap kengsom thai yang mudah dan sedap, pedasnya secukup rasa.

 

RESEPI IKAN SIAKAP KENGSOM THAI MUDAH DAN SEDAP

Bahan-Bahannya

  • Ikan Siakap
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang kecil*
  • 2 biji bawang putih*
  • 5- batang cili padi (ikut nak pedas macam mana*
  • Belacan*
  • 2-3 hiris nenas (umi suka yang masak)
  • Kangkung
  • perahan limau nipis
  • Perasa gula dan garam

Cara membuatnya

Blend semua bahan yang bertanda * . Kemudian masukkan ikan ke dalam periuk.Masukkan air dan masukkan kesemua bahan yang di blend tu.Agak-agak dah nak masak tu, masukkan nenas dan juga kangkung.Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan perahan limau.Ikut tahap mana korang nak masam.

Dan biarkan mendidih dan boleh tutup api.Siappp..

 

senangkan nak menyediakan siakap kengsom ni,

Biasa weekend, mestilah disusuli dengan lauk lain jugak.Tu kalau anak dara sorang tu nampak merah-merah gitu memang takkan ler dia usik.Menu lain untuk dia of course umi dah sediakan.

[ Baca entry ni : Siakap Kengsom Pertama kali umi memasaknya]

Menu lain umi selain dari Siakap kengsom pada hari tu

Tengah terbayang rasa masam-masam manis kengsom ni.plan hujung minggu ni nak buat lagi selagi tak bosan…heheheh

1 thought on “Resepi Siakap Kengsom Thai sedap dan mudah

Leave comment

Your email address will not be published. Required fields are marked with *.