July 10, 2020

Resepi Serawa Pulut Durian

Resepi Serawa Pulut Durian | Kalau sebut pasal durian ni, ramai peminatnya tau.Nak-nak pulak Durian tu dah dijadikan serawa.
Pekena pulak dengan Pulut kukus memang terbaik.Bila ada durian depan mata, dan puas makan gitu je, maka terjadilah serawa pulut durian.
Resepi serawa pulut durian dan pulut kukus  memang dah sinonim dalam masyarakat melayu.Tak terkecuali cina dan india di Malaysia ni.Dan ia adalah salah satu menu manisan yang paling umi suka
Resepi Serawa  Pulut Durian
sumber gambar : sini
Musim durian di mana-mana sekarang nie.Ingat lagi lagu Mr.OS tu tak…Oh doyan,tu…heehe….cer google lagu tu kalau nak dengar..So bila dah tetiba musim doyan nie,Keluarlah segala jenis resepi tentang Doyan ye..Doyan crepe,pulut Doyan..Dan yang nie..Serawa Pulut Doyan..hehe
Tetiba entry pasal resepi hari nie..hehe…Sebenarnya dah lama teringin nak buat Serawa Pulut Durian nie.Tapi masa sangat terbatas dengan adanya baby.Tapi lagi,nak jugak buat weekend nie.Punca aku nak buat adalah officemate ada bawak serawa durian,Dapat rasa sikit je sebab kongsi-kongsikan…
Tak boleh nak bedal sorang..Sebenarnya durian ni kalau makan gitu agak kureng sikit.Tapi bila dah buat serawa,memang tak boleh nak control tahap pemakanan aku.
Blogwalking tadi kat blog Yumida,pun dia tunjuk Durian jugak..So,semangat berkobar-kobar nak buat Serawa Durian tu makin menebal..pehlesss la…mengidam tak menghengat!!
Saja aku nak kongsikan resepi yang aku ambil dari blogger masakan untuk aku abadikan kat blog ni..Cara ni memudahkan aku untuk buat resepi tu.So,tak payah ler dok menggoogle blog lain…hehehe..blog sendiri dah ada…Khennn!!!
Bukan niat aku nak bagi korang terliur,tapi bila ada resepi,mestilah tunjuk makanan yang kena mengena dengan resepi tu khen!!!
Dah…dah..jangan melalut..meh la aku kongsikan resepi yang mudah untuk buat Serawa pulut Durian nie..

Resepi Serawa Pulut Durian

Bahan-bahan (Kuah)
 10 ulas Durian(ikut korang ler nak banyak mana)
 1 ketul gula melaka
4 sudu besar gula merah(kalau aku buat dlu,letak je gula merah)
1/4 cawan gula pasir(kalau taknak manis sangat,boleh kurangkan sikit gula tu ye)
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
2 cawan santan pekat(ni pun ikut korang nak pekat atau tak)
Cara-caranya nak buat kuah nie
 
Masukkan durian dalam periuk.Tak perlu korang leraikan isi dan biji ye
Masukkan 1 cawan santan,gula kabung,gula merah,gula pasir dan daun pandan.
Masak dengan api yang perlahan untuk seketika sehingga mendidih.
Kemudian masukkan lebihan santan tadi dan masukkan jugak garam.
Kacau sehingga sebati kesemuanya dan tunggu sehingga pekat sedikit..
Dah ready untuk di makan dengan pulut
Dan untuk buat pulutnya pulak, tak payah la aku nak bagi resepi kan…korang pun tau cara nak masak pulut..Macam masak nasi jugak,tapi nak kena tanak betul-betul..takut tak masak pulak ler..
Sumber resepi :sini
 
 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

27 thoughts on “Resepi Serawa Pulut Durian

  1. saya jenis suka makan durian tapi tak penah laa plak makan serawa durian nie..nanti balik boleh mintak kakak buatkan laa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

  2. Memang sedap serawa durian ni KSD. Akak buat serawa ni waktu puasa hari pertama.
    Selamat mengerjakan ibadah puasa KSD 🙂

  3. hadoiii..sedapnyeee..tapi sekarang ecah xboleh makay pulut sebab angin..durian pon mak xbagi sebab dah sarat..lepas bersalin kot baru dapat makan durian..gulppp..sedapnyeee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *