July 13, 2020
resepi sambal petai ikan bilis

Resepi Sambal Hijau Petai Ikan Bilis Cara umi

Resepi Sambal Hijau Petai Ikan Bilis Cara umi | Actually resepi sambal petai ikan bilis ni orang semua tau.Cerita pasal Sambal Hijau Petai rasa teringin nak buat lagi..

Dekat google memang bersepah orang up pasal resepi, tapi umi nak share cara umi takde masalah kan.Hari tu umi ada cerita menu hujung minggu umi di entry Menu Sambal Bilis Petai Untuk Sabtuday.

Kalau my MIL dia suka buat sambal petai guna cili kering.Tapi kalau umi suka kalau pakai cili hijau.Nak tau tak, umi baru minat makan petai tak silap umi masa umi bekerja dengan adik angkat umi tu.Pergi rumah dia, Mak dia sediakan sambal petai ikan bilis yang umi masak macam ni.Nak tak nak terpaksa jugak makan.Cuba-cubalah rasa kan..Terus tersuka tanpa sengaja tau.

So, umi repeat suruh dia buat kalau jumpa umi. Tapi time tu umi memang tak pernah lagi masak sendiri.Kalau nak pun selalunya orang yang buatkan.Tapi bila dah kahwin ni, semua kena buat sendiri.Kira pro jugaklah memasak, tapi takleh lawan mak umi masak..hahahah..biase biasae je awak!!

RESEPI SAMBAL HIJAU PETAI IKAN BILIS

Hah..Panjang dah bebelnya.Jomlah ikuti cara umi buat sambal petai ikan bilis

Bahan-bahan untuk buat sambal hijau  petai ikan bilis

resepi sambal petai ikan bilis

Petai dibelah dua.Umi guna dua papan petai

Segenggam ikan bilis

10 biji cili padi( nak pedas lagi pun boleh..Cili yang umi guna ni takdelah pedas mana)

1 biji bawang besar(ambil yang besau)

2biji bawang putih

Sedikit belacan

sedikit perasa garam dan gula

resepi sambal petai ikan bilis

Cara buatnya pula

Sebelum umi tumbuk kasar ikan bilis tu, umi rendam dalam 10-15 minit.Sebab takut masin sangat.Lepas tu senang sikit nak tumbuk.Lepas tumbuk asingkan dalam bekas.Kemudian Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili dan belacan.

Panaskan minyak di dalam kuali.Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk tak berapa nak lumat tu.Agak-agak macam dah garing, umi masukkan bahan tumbuk..

Dah agak garing semua, masukkanlah sedikit air dan petai ke dalam kuali.Perasakan dengan garam dan gula…

 

Siap guys…Terfikir, kalau ada tempoyak pun sedap jugak ni..Terus campak masuk dalam sambal ni..Uih…lagi sedap weh

 

Sekali hadap je tak sampai ke malam.Sudahnya malam buat menu lain..Aduiii…kering idea nak masak apa kan…Hah…itu cara umilah…kot sama..Kenapa umi suka gorengkan ikan bilis dulu..Supaya ikan bilis tu garing sikit.Baru best 

 

siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

View all posts by siti Rohaida →

4 thoughts on “Resepi Sambal Hijau Petai Ikan Bilis Cara umi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *