resepi pulut panggang serunding kelapa

Tak ramai orang sekarang suka dengan kuih-kuih orang lama.Pulut panggang antara favourite umi dan susah juga nak cari yang kena dengan tekak umi.Memang sedap dan umi share resepi pulut panggang serunding kelapa

Kebetulan hari tu adik ada buat jualan pulut panggang serunding kelapa ni.Kalau dia buat memang kena tekak umi ni hah.Apa taknya isi tak kedekut dan satu lagi serunding kelapa banyak dan tidak terlalu kering.Jadi umi bagitahu dia yang umi nak bawa balik untuk stock kat rumah.Hari tu dia buat extra pulut panggang frozen.Balik rumah tinggal panggangkan je pulut panggang ni atas kuali.

Umi kalau bab buat kuih-kuih ni tengok jugak kerajinan.Kalau datang malas tu, memang akan beli jelah.Tapi tulah sekarang ni payah betul nak mencari orang yang betul-betul menjual tu dengan rasa yang sedap.Lagi pulak sekarang ni ramai betul yang menjual kuih dan kek-kek in trend.Umi kurang berkenanlah kalau kuih-kuih moden ni.Lagi suka kuih-kuih kampung macam ni.

resepi pulut panggang serunding kelapa

Kalau adik buat untuk kakak pulak tu buat dengan penuh kasih sayang of courselah sedap kan 🙂 Kalau dekat kampung size tak sama dengan bandar tau.Kalau jual kat kampung tu size lagi besar dari kat bandar walaupun harga sama.Puas hati.Isi pun taklah sama.Jarang umi nampak isi yang padat bila kat luar ni.Orang kata buat sendiri lagi puas hati.Tapi kalau orang yang rajin of courselah dia buat sendiri.Yang takde masa dan bekerja macam umi ni harap order kat luar jelah.At least ada juga umi membantu mereka kan?

 

resepi pulut panggang serunding kelapa

Meriah dengan isi kat dalam tu.Ini dia buat padat ni sebab bukan nak bagi umi je.Tapi memang untuk dia jual sekali.

Kalau korang ada kerajinan bolehlah ikuti resepi yang umi share di bawah ni

 

RESEPI PULUT PANGGANG SERUNDING KELAPA YANG SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHANNYA

Untuk Pulut

  • 250 g beras pulut(rendam selama 6 jam)
  • 2 cawan santan
  • sedikit garam

Inti

  • 1 biji kelapa parut
  • 1 batang serai
  • 100g udang kering
  • 5-7 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu sederhana bawang merah
  • sedikit asam jawa
  • sehelai daun kunyit dihiris halus
  • daun pisang secukupnya

Cara-caranya

  1. Kukus beras pulut selama 20 minit
  2. Kemudian keluar dan gaulkan bersama santan yang telah dicampur dengan sedikit garam
  3. Kukus lagi selama 20 minit
  4. Untuk inti pula -Cili kering, bawang besar, bawang putih, serai dan juga udang kering di blend hingga halus
  5. Bahan yang dikisar digaul rata bersama dengan kelapa parut
  6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.Masukkan juga hirisan daun kunyit.
  7. Semua bahan tu masukkan ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga masak.Dah cukup rasa baru boleh tutup api.
  8. Ambil satu sudu besar pulut dan ratakan di atas daun pisang.Kemudian ambil inti dan letakkan atas pulut dengan rata.
  9. Kemudian boleh semat dengan stapler ataupun lidi.
  10. Panggang di atas kuali leper dan siap untuk dihidangkan

Resepi asal : Aznie Khasri

Nampak mudah kan? jika  korang nak cuba resepi ni boleh olah mengikut citarasa masing-masing ye.Selamat mencuba.

Nak resepi lain boleh klik kat menu tab resepi ni

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

2 thoughts on “Resepi Pulut Panggang Serunding Kelapa”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *