RESEPI

Resepi Mudah Popia Sayur Sedap

Resepi Mudah Popia Sayur Sedap |Disebabkan teringin sangat nak makan popia sayur,so hari minggu hari tu jugak umi buat.

Bila nampak kulit popia masih ada lagi di dalam fridge, terus umi rasa nak buat popia sayur yang mudah untuk disediakan.

Serius mudah tau buat popia ni bila semua bahan dah ada.Nak buat popia sayur ni bukannya guna bahan yang banyak.Janji kulit popia ada, sayur taugeh, lobak dan sengkuang ada dah cukup.

Cuma sengkuang tu jelah umi suruh babah pergi beli.Jarang sebenarnya nak beli sengkuang ni. Lebih tu umi calit dengan petis…Uih..sedap weh!!

Korang yang nak Resepi Mudah Popia Sayur Sedap ni boleh lihat di bawah ni ye.

RESEPI MUDAH POPIA SAYUR SEDAP

BAHAN-BAHAN POPIA SAYUR MUDAH

  • Kulit popia
  • Taugeh
  • Lobak
  • Sengkuang
  • Ikan bilis
  • 2 biji bawang besar(kalau bawang besar sangat guna sebiji je)
  • 2 biji bawang putih
  • Lada hitam(optional)
  • Sedikit garam
  • sedikit gula
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMBUATNYA

Sagat semua Lobak dan sengkuang tu.Umi suka hiris je besar-besar gitu..Lagi sedap.Tumbuk ikan bilis, bawang besar,bawang putih dan lada hitam.Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.Kemudian masukkan sedikit air.Perasakan lah dengan garam dan gula.Last sekali baru masukkan Taugeh,lobak dan sengkuang tu.

Bila masukkan sayuran tu, umi tak masak lama.Nanti masa makan baru krap krup sikit.

Angkat dan ketepikanlah.Dah sejuk sikit barulah masukkan ke dalam kulit popia dan gulung seperti biasa.

Bila dah siap gulung-gulung macam ni boleh je buat banyak-banyak then masuk fridge.Bila-bila masa boleh goreng dan makan

Siap untuk di makan.Umi complete kan lagi dengan sos popia sekali…

umi teringin nak makan kole kacang sedap.. nak beli kat param tak taulah menepati citarasa ke tak.Tiba rindu atuk buat kole kacang…

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *