RESEPI

Resepi mudah Ikan Caru Masak Cuka

Resepi mudah Ikan Caru Masak Cuka | Umi plan nak bako je ikan caru tu,Tapi risau babah bosan pulak asyik bakar je kan.Korang masak apa hari ni.Kot takde idea nak masak apa, meh ikut resepi umi.Resepi yang mudah dan cepat untuk dimasak.

Actually kalau umi beli ikan caru ni, sudahnya bakar je.Kalau tak ikan caru, ikan Pari.Itu je yang umi selalu bakar.So, hari ni kita masak lain sikit.Jadi takdelah yang tukang makan dan tukang masak tu bosan.Nak buat Ikan caru masak Cuka ni senang je.Jom ikut resepi mudah ikan caru masak cuka versi umi ye.

IKAN CARU MASAK CUKA

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi ini :-

  • Ikan caru yang dah siap goreng
  • Bawang Besar dihiris halus
  • Lada besar hiris
  • Halia dihiris halus(umi tak masukkan pun)
  • Lobak
  • Timun
  • Biji sawi
  • Cuka 
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak ikan caru masak cuka :

Firstly korang goreng lah dulu ikan caru tu.Belah kecik² macam umi buat kat gambar..Tapi ikut korang ler nak buat macam mana pun..Nak sekor² pun boleh.

Lepas tu, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang lada hingga naik bau.Kemudian masukkan biji sawi.Masukkan cuka ke dalam kuali dan sedikit air.Cuka tu agak² je.Kalau tak berapa nak masam, korang tambah la lagi ye

Kemudian masukkan lobak merah dan timun.Masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan gula.

Biarkan seketika sehingga rasa cuka tu serap dalam ikan..lepas tu kalau rasa semua dah ok…Maka siaplah untuk dihidangkan..kalau nak pedas, korang boleh tambah la sikit lada kecil tu..Baru terangkat kan.Tapi disebabkan anak dara sorang tu tak makan pedas, maka umi tak masukkanlah..Kang terus hilang mood dia nak makan.Naya je

 

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *