5 Resepi Mee Bandung patut korang cuba

5 Resepi Mee Bandung patut korang cuba

5 Resepi Mee Bandung patut korang cuba | Sebut pasal mee bandung ni, ramai yang suka dengan Mee Bandung dari Muar kan.

Mee bandung Muar ni sangat terkenal.Kat mana-mana pergi pun kalau ada mee bandung, mesti mereka akan cuba makan dan membezakan antara mee bandung muar dan juga mee bandung yang ada di tempat-tempat lain.

Dan pastinya lebih puas jika dapat memasak sendiri mee bandung di rumah kan?.Nak letak bahan-bahan lebih dari yang kita makan dikedai tu memang satu kepuasan.Cara masak mee bandung ni pula memang mengikut citarasa masing-masing.Ada yang tak suka udang berlimpahan, ada yang suka mee bandung kuah pekat dan macam-macam lagilah.

Di sini umi kongsikan resepi mee bandung yang pastinya korang boleh cuba di rumah sahaja.

 

5 RESEPI MEE BANDUNG PATUT KORANG CUBA

Jom kita tengok resepi mee bandung mengikut resepi chef masing-masing.Untuk rujukan umi juga nanti.Mana tau kan satu hari nak mencuba resepi-resepi mudah buat mee bandung seperti resepi di bawah ni.

#1 RESEPI MEE BANDUNG AZIE KITCHEN

Kak azie memang sinonim dengan blog masakkan.Setiap kali umi mencari resepi, mesti akan terjah blog kak Azie.Jom tengok resepi mee bandung azie kitchen ni.

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus mee kuning (celur)
  • 4-6 ekor udang basah
  • 1-2 ekor sotong- potong bulat
  • 50 gm udang kering
  • 1/4 cawan kacang tanah goreng di tumbuk
  • sawi
  • Hirisan daging
  • Air rebusan daging
  • 4 biji telur
  • gula dan garam

Bahan Kisar

  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan

  • 3 Keping tauhu goreng – hiris nipis
  • Bawang goreng
  • Hirisan cili merah
  • Limau Kasturi/limau nipis

Cara- caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak.Masukkan udang yang telah diblend hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan sotong.Didihkan, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Kecilkan api.Pecahkan telur sebiji.Jangan kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak, ikut suka.Akhir sekali masukkan sawi.
  4. Tutup api.Curahkan kuah ke atas mee.Hidangkan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis.Siap untuk di makan

kredit resepi :  Azie Kitchen

#2 RESEPI MEE BANDUNG KUAH PEKAT DAN SEDAP

Ini pula resepi daridapur.com . kepada korang yang suka dengan kuah mee bandung yang pekat, boleh lah ikut resepi ni.

Bahan mee bandung original

  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 mangkuk air rebusan daging
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu teh udang kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • Daging/udang ikut pilihan
  • Sayur pilihan – sawi, hirisan cili dan putik jagung
  • 1 sudu teh tepung jagung dan di bancuh( boleh gunakan ubi keledek)
  • 1 Biji telur
  • Sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara-caranya

  1. Tumis bahan kisah hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan kacau hingga terbit minyak.Masukkan air rebusan daging bersama sos cili, sos tiram dan bancuhan tepung jagung tadi.Buka api besar dan biarkan ia mendidih
  2. Masukkan lauk pilihan dan biarkan masak.Barulah masukkan mee yang sudah dibasuh bersama sayur dan juga telur.Sesuaikan rasa dan biarkan masak 2-3 minit.
  3. Hidangkan dan tabur dengan bawang goreng.Makan bersama hirisan cili potong atau jeruk.

#3 RESEPI MEE BANDUNG MUAR CHE NOM

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning
  • 8-10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besasr sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering
  • 200 gm udang
  • 200gm daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan stok daging
  • 4-5 tangkai sawi
  • sedikit kubis
  • 1 camca besar sos tiram

Cara penyediaannya

  1. Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air
  2. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama iar rebusan udang kering
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging.Kacau seketika.Masukkan 3 cawan air rebusan daging.
  5. Masukkan daun sawi dan kubis beserta bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mee

Simple je kan resepi dari Che Nom ni

#4 Mee Bandung sedap dari Ammy11

Bahan-bahan

  • 1 paket mee kuning
  • 100 gm udang – dibuang kulit
  • 100 gm sotong- dihiris
  • 2 keping fishcake – dipotong
  • 2 mangkuk air rebusan kulit udang( boleh guna kiub ayam)
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 biji limau kasturi
  • 2 biji telur
  • Sedikit sawi dan cili merah – dihiris
  • Daun sup  dan daun bawang
  • 1 biji tomato – dibelah
  • bawang goreng
  • garam dan minyak masak

Bahan Tumis

  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 5 ulas bawang merah – dikisar

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang kisar sehingga garing
  2. Masukkan stok udang/ayam dan biarkan mendidih.
  3. Kemudiam masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan garam
  4. Biarkan mendidih
  5. Masukkan udang, sotong, bebola ikan dan fishcake
  6. masukkan sawi, hirisan tomato dan kemudian pecahkan telur seakan telur mata kerbau dan masak sehingga 2 minit.
  7. Hidangkan mee yang telah dicelur kedalam mangkuk.Tuangkan kuah ke atas mee dan hias dengan bawang goreng,hirisan cili,bawang goreng dan hirisan limau.

#5 Resepi mee bandung menggunakan Pes mee bandung warisan tok ayah

Sekarang ni banyak dah terjual di pasaran pes-pes yang mudah didapati untuk menghidangkan makanan di rumah.Pes yang umi buat hari tu adalah Pes Mee bandung warisan Tok ayah dari Suzie.

Memang senang betul nak buat tau.

Guna je pes ni dan ikut arahan yang diberikan.Cuma perlu tambahkan udang, sotong, hirisan cili, dan bawang goreng.Kalau ikut umi letak sekali dengan fishcake tu memang sedap.

5 Resepi Mee Bandung patut korang cuba | Sebut pasal mee bandung ni, ramai yang suka dengan Mee Bandung dari Muar kan.

Masukkan pes di dalam kuali, kemudian biarkan ia mendidih.Nak pekat lagi boleh letak tepung jagung.Kemudian masukkan bahan-bahan lain.5 Resepi Mee Bandung patut korang cuba

Dah siap Mee Bandung Muar kita untuk makan 3-4 orang

Kalau korang mencari pes mee bandung muar yang sedap boleh contact no yang di paket pes di atas ye.

Oh ya! Banyak lagi resepi pilihan yang korang boleh lihat di SINI

Loading

2 Comments

  1. sedapnya mi bandung. lagi kalau cukup segala bahannya kan memang puas makan. biasa saya masak guna pes homemade orang setaman yang jual. lebih mudah disediakan dan berbaloi.

  2. Sedapnya mee bandung. Tak pernah buat lagi. Ada pes tu macam senang je cara masak mee bandung ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *