Resepi Laksam sedap dan Mudah

Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Bukan main tajuk entry ek..Resepi Laksam sedap dan mudah gitu..Hahah…actually kalau yang jenis baru nak belajar buat laksam ni takdelah begitu mudah.Tapi kalau yang pro tu,boleh kata mudah.

Sebab apa bukan mudah,tang nak buat lempeng dia tu rasa macam payah tau.Kalau kita dah selalu buat,baru timbul senangnya.Nak buat lempeng dia tu bukan macam kita buat lempeng yang cicah sambal tu..hahaha..Nahii.nahiii

1st time masa balik kampung hari tu,dah bercadang dengan adik kat kampung nak try buat laksam…Beli bahan siap-siap mengikut resepi yang ada di facebook..Kalau ikutkan resepi,dah memang 100% mengikut resepi,tapi adakalanya kita tak boleh nak ikut resepi 100% kerana tak semestinya menjadi ok.

Apa yang part tak menjadi tu.hah..of courselah bahagian lempeng untuk laksam ni.Kalau ikut resepi,ia menggunakan tepung gandum dan tepung ubi,tapi bila dah buat tak menjadi,ikut pula citarasa sendiri.And yess,….menjadi jugak.Jom ikut resepi membuat laksam sedap dan mudah ni

Resepi Laksam sedap dan Mudah

Gambar yang tak sempat diambil.Ni je yang sempat di ambil masa tu.

Kelam kabut sebab ada kerja yang perlu dibereskan

ok..biarlah gambar tak semenggah.Tak sempat nak captured kejadian laksam yang cantik kebaboom masa tu.So,kita beralih kepada cara nak buat kuah laksam ye dulu

CARA BUAT KUAH LAKSAM

Bahan-bahannya

  • 10 ekor ikan selayang
  • 4 Ulas bawang besar
  • 3 Ulas bawang kecil
  • 1/4 halia
  • Asam keping
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 Kotak santan
  • Garam dan gula
caranya
Rebus ikan selayang.Kemudian asingkan isi dan tulang.Blend isi dan asingkan.Blend tulang dengan air rebusan dan tapis.Ambil airnya sahaja ye.Kemudian korang masukkan isi ke dalam periuk.Masukkan bahan yang korang tapis tu.
Blend bawang putih,bawang besar,halia dan lada hitam.Kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
Letak periuk di atas api.Kemudian kacau perlahan.Lepas tu masukkan santan dan asam keping.Kacau dan perasakan dengan garam.Make sure api jangan besar sangat Ok…Hah..tunggu sampai menggelegak then tutup..
Settle bab kuah..So sekarang ni kita ke bahagian lempengnya pulak.Yang ni aku try and error sebab masa 1st time buat tepung ubi + tepung gandum tak menjadi.Melekat dekat loyang .Ya ammpun…. adik aku buat pun stress tau..hahaha

CARA BUAT LEMPENG LAKSAM

Untuk buat lempeng,aku just gunakan tepung ubi cap 3 gajah je tau.Tak guna lain pun.Panaskan pengukus dan sediakan loyang untuk acuan lempeng tu ye.
Di dalam bekas,masukkan 3 cawan tepung beras dan 3 cawan air suam.So yang ni korang pun kena try and error tau.Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.Letakkan loyang dalam pengukus dan oleskan sedikit minyak.Agak² minyak tu dah panas,terus masukkan tepung yang dah diadun.Tutup pengukus dan biarkan selama 3-4 minit.Dah keluarkan tu,teruslah korang gulung menggunakan sudu,kalau tangan kang,melecur pulak kan..hahahaha..
So korang jatuhkan la gulungan lempeng ke dalam dulang,agak-agak dah sejuk baru korang potong ye.
Gigih nak siapkan separuh ni hah..Tapi alhamdulillah..menjadi jugak

Hah..siap dah dua bab dalam pembikinan laksam ni.Tinggal ada lagi dua bab jelah kan.Seterusnya beralih pada ulam-ulaman pulak

ULAMAN UNTUK LAKSAM

  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Daun Kesum
  • Timun
  • Bunga Kantan
Hiriskan halus-halus untuk ulaman ni ye.Kalau takde bunga kantan pun takpe,sedap jugaklah..Tapi alang-alang tu,biarlah ada semua..baru rasa…heheh..And last sekali,hah ni..kalau tak pedas tak umpphhh la kan rasa dia.
SAMBAL LAKSAM
hah…ni kira yang paling senang tau nak buat,.Sediakan 5-10 biji cili kering.Basuh dan rendam dengan air panas.Kemdian tumbuk bersama belacan dan sedikit garam..Siap untuk di makan
Hah./.amacam…senang tak resepi yang aku bagi tu.Harap mudahlah korang nak memahami apa yang aku tulis ni kan..Oklah..selamat mencuba,…

Thanks for Reading kisahsidairy.com

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

5 thoughts on “Resepi Laksam sedap dan Mudah

  • November 24, 2017 at 5:02 am
    Permalink

    Auni suka gila makan laksam ni. Senang masuk tekak. Nak buat pun senang kan?

    Reply
  • November 24, 2017 at 12:17 pm
    Permalink

    My 'peberet' ni sebab i pun asal dari negeri Cik Siti wan kembang.Jadi kalau tak kenal laksam, saja le.. memang patut kena sumpah jadi peti ais atau tv flat screen. Kat area saya Kampar, laksam dijual dengan harga RM3.50 sepotong complete package.

    Reply
  • November 27, 2017 at 5:43 pm
    Permalink

    sedapnyaaa akak. nnti boleh busyra cuba sbb belah kedah ni kuah jenis lain. nk try kuah putih ni pulak. hehe. tq akakk. <3

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *