resepi keria gula melaka

Resepi Keria Gula Melaka Umi Style

Resepi Keria Gula Melaka Umi Style yang simple dan sedap juga mudah untuk disediakan.Nak cari Keria Gula Melaka yang sedap ni ada satu tempat yang umi jumpa di Melaka.Nanti umi cerita di lain entry.Yang penting bukan di Keria Gula Melaka Antarabangsa ok.

Cewah..Mengalahkan chef pulak umi ni.Padahal bab masak-masak ni bukanlah yang no.1 bagi umi.Setakat nak masakkan untuk anak-anak dan juga suami tu, bolehlah..Kalau mereka kata sedap, maka berbungalah hati umi ni.

Hari tu kebetulan umi memang beli Ubi Keledek lebih.Umi memang rajin beli Ubi keledek ni tau.Ingat dulu masa mengamalkan IF, umi memang rajin sangat makan keledek ni.Menu yang paling mudah dan mengenyangkan.Apa itu IF? Korang kena baca Entry umi Kurus dengan Itermittent Fasting. Sekarang ni umi dah tak buat dah IF tu sebab umi just jaga pemakanan jelah..Takmo dah kurus.Sekarang ni kalau tak buat IF pun dah turun 3kg.Kalau buat mau macam anak dara nanti. 🙂 

So, bila dah ada keledek lebih tu, pengat dah buat, rebus dah, jadi balance yang tinggal tu umi ingat nak buat keria gula melaka.Dah alang-alang adik-adik umi datang malam tu, terus bersilat kat dapur.Janji barang yang nak digunakan ada..

Kalau korang tengok gambar Keria gula Melaka umi  tu tak seperti Keria Gula Melaka Antarabangsa tu, janganlah di beza-bezakan.Sebab dah namanya Keria gula Melaka Style umi kan, So, jadilah apa yang umi buat.Resepi umi ni pun tak cukup bahan satu lagi.Jadi apa yang ada tu, umi pakai jelah.Maklumlah umi bukan pro nak buat segala kuih muih ni.Janji sedap di makan tu pun dah syukur alhamdulillah..

RESEPI KERIA GULA MELAKA STYLE UMI

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk buat kuih Keria Gula Melaka ni :-

  • Keledek di rebus( umi guna keledek ungu, nak guna keledek kuning tu pun tak kisah kot..janji keledek)
  • Gula Melaka ( untuk adunan umi ni, just guna 1 biji gula melaka)
  • Sedikit gula biasa
  • Sedikit air
  • Tepung Gandum
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng

Itu je kot bahan-bahannya..Kalau resepi asal ada gula batu tau..Tapi umi redah jelah janji nampak keria gula melaka nya.

Ok..cara nak buatnya pulak, mula-mula korang lenyekkan keledek yang dah di rebus.Dah lenyek hancur lebur, korang masukkan tepung sedikit demi sedikit di sulami air dan letakkan sedikit garam.Buat sampai dia jadi DOH ok..

Kemudian bulat-bulatkan seperti tayar motor atau tayar kereta.Nak jadi tayar bas pun boleh jugak..Tak kisah besau mana pun korang nak.

resepi keria gula melaka

Umi tak tau kenapa dia nampak hijau..Tapi takpelah, abaikan.Jadikan macam ni sampai doh tu habis.Tak cantik takpe, janji sedap bila masuk mulut.Korang bukan pro pun, kalau pro korang takkan cari resepi ni kan..ahakss..

Kemudian panaskan minyak yang banyak.Make sure minyak tu betul-betul panas tau, dan goreng sampai dia nampak kecoklatan sedikit.

resepi keria gula melaka

Jadilah seperti ini…abaikan kalau nampak keria tu tak cantik..Dah bagitau tadi kan, umi bukan pro dalam masak memasak ni.

resepi keria gula melaka

Dah siap letak tepi..Duduk ler keria tu kat tepi senyap-senyap.Di dalam kuali yang lain, masukkan air dalam 2 gelas. kemudian masukkan gula melaka dan sedikit gula.Kenapa umi letak gula? Sebab gula melaka dah habis 😛 So, bagi menyedapkan dan mencukupkan untuk siraman ke atas keria tu, kenalah tambah.

Agak-agak dah agak likat tu, masukkan je keria dalam kuali macam kat bawah ni.Gaul sampai dia betul-betul pekat dan melekat diantara keria dan juga gula…Dah siappppppppppp…

resepi keria gula melaka

Malam tu jugak habis dua pinggan Keria Gula Melaka style Umi.Tak tau samada diorang memang dah lapar atau memang betul-betul keria gula melaka umi tu sedap..hahahah…saja nak sedapkan hati.Kalau rasa resepi ni berguna untuk korang, sila buat…Memang sekejap je buat atas bantuan ramai..

 

Loading

1 Comment

  1. wah rajinnya kak buat kuih keria gula melaka ni. Kalau fiza bab kuih ni failed sikit. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *