Resepi Kerabu Mangga sedap dan mudah

Assalamualaikum

Hai korang??Selamat hujung minggu.Hah..hujung minggu ni apa aktiviti korang.

Weekend ni tak kemana pun,just landing je kat rumah.Tapi sesambil tu,aku share sedikit resepi kerabu mangga sedap dan mudah.Yelah kan..sekarang ni tengah musim.kat mana-mana je ada jual mangga ni.

So,hari tu ada kakak cleaner ni bagi mangga.Cadang memang nak buat kerabu mangga.So barang-barang yang diperlukan pun ada kat rumah.Cuma adalah kan beberapa barang yang tak ada.Hah..takpe,kita pakai je barang yang ada kat rumah ni

Resepi Kerabu Mangga Sedap dan Simple



Bahan-bahannya

  • Mangga muda
  • Segenggam ikan bilis
  • 2 batang serai(hiris halus)
  • 1 biji bawang besar
  • Kacang tanah
  • Kacang panjang dipotong halus
  • Lada kecil(ikut kepedasan yang korang nak)
  • Perahan limau
  • Garam
  • Gula
  • 2 biji tomato dipotong halus
Cara membuatnya
Ikan bilis digoreng garing.kacang tanah di goreng dan ditumbuk.tetapi jangan lumat ye.begitu juga dengan ikan bilis.
Mangga tu korang racik-racik ye.Lepas tu dalam satu bekas,korang gaulkan semua bahan-bahan tu.Perasakan dengan garam dan gula.Lepas tu perahan limau tu korang masukkan sekali.ikutlah korang nak masam macam mana.
Hah.. Siap dah kerabu mangga sedap dan simple.Sedap tau.Kalau ada daun kantan,lagi sedap.Hiris halus-halus dan campurkan ke dalam kerabu mangga tadi..memang sedap.
So selamat berkerabu ye..

ï¿«Thanks for Reading kisahsidairy.comï¿©

Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Loading

5 Comments

  1. apa pun jenis kerabu semua sy sukaaaa… sedapnya kerabu niiiii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *