RESEPI

Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan

RESEPI DAGING PALEMBANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan | Bila dah buntu nak sediakan juadah apa untuk hari-hari jadi kita cari resepi yang tak pernah dibuat lagi.

Kebetulan ada sedikit daging yang tinggal di peti ais.Umi pun tak tahu dah nak buat apa lagi dengan daging ni.Hari tu MIL dan buat kari daging, umi plan nak sup kan je daging tu, tapi boring pulak asyik menu yang sama.

Dari hasil menggoogle dapatlah umi tiruvasi menu Daging Palembang yang sedap dan mudah disediakan.Sekali rasa macam rendang, tapi dua tiga kali rasa memang lain.Macam daging masak hitam pun ye jugak.So, siap untuk menu hari ni daging palembang, ayam goreng dan juga sawi masak lemak.

Kalau korang takde idea nak masak apa hari ni, boleh la cuba Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan ni.

Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan

DAGING PALEMBANG

Nak tengok resepi Daging Palembang boleh refer resepi di bawah ni ye.

RESEPI DAGING PALEMBANG YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

 

Bahan bahan

  • Daging –  potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai – dititik
  • Santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • kicap lemak manis
  • Kicap pekat

Bahan kisar

  • 5 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci  lengkuas
  • cili kering

Bahan Tumis:

  • kulit kayu manis
  • bunga lawang
  • bunga cengkih
  • buah pelaga
  • bawang merah – hiris
  • bwng putih – hiris

Cara-caranya

Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan

  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar bersama serai yang dititik dan kacau sehingga pecah minyak.
  3. Lepas tu masukkan daging dan gaul sebati.Biarkan daging sampai empuk.
  4. Dah nampak daging dah sebati dan empuk, masukkan kicap diikuti dengan santan.
  5. Kacau sekali sekala sehingga kuah menjadi pekat.Last sekali masukkan kerisik, gaul rata dan biarkan daging tu lebih empuk.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Daging Palembang Sedap dan Mudah di Sediakan

Mudahkan buatnya.Tak perlu letak garam lagi sebab dah letak kicap.Tapi ikutlah tekak korang macam mana.Kot nak tambah apa-apa lagi boleh je.

Banyak lagi resepi korang boleh cuba di SINI

 

 

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(10) Comments

  1. Lapar plak tengok menu ni..sedapnya..makan ngan nasi panas….perghhhh…sodap…

  2. Macam masak rendang ek… kesahnya kalau nak bagi daging hitam letak kicap ekk…

    1. haah tulah..macam rendang je rasa dia..

  3. macam rendang hitam jugak ni resepinya ni. nampak sedap ni kak.

  4. nyum nyummm..nampak kesedapannya di situuu

  5. wahhh nampak menarik..blh cuba..

    1. nanti cuba ek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *