RESEPI

Resepi Chicken Butter Yang Mudah

Atas permintaan juga hari tu si adik sibuk nak makan ayam goreng yang makan kat kedai.Umi taulah tu dia nak makan Chicken Butter yang pernah umi order hari tu.So, bila tengok resepi sangat mudah nak sediakan chicken butter ni.
Nak cari resepi yang mudah dan siap cepat untuk dihidangkan kepada keluarga ni tak susah mana pun.Sekarang ni
Beberapa hari yang lalu,aku cuba-cuba untuk buat resepi mudah dan cepat.Haruslah mencuba resepi yang mudah dan cepat ni kerana waktu untuk masak sebelum berbuka adalah 2 jam je.So kalau masak yang sarat-sarat sangat,tak cukup masa kan..So ambil resepi dari facebook je.

Resepi Chicken Butter Yang Mudah

Resepi Chicken Butter yang mudah dan cepat di masak..Meh umi share sikit gambar Chicken Butter ni.Kalau ikut tekak umi tak berapa nak ngam lah sebab tak pedas.Lagipun muak sikitlah kalau takde rasa pedas kan?Tapi memandangkan nak buat untuk diorang ni, ikut jelah.

Resepi Chicken Butter Yang Mudah
Hah inilah Chicken Butter made by me..hehehe
Oklah jom kita terus kepada resepi Chicken Butter ni.
Resepi Chicken Butter Yang Mudah
BAHAN-BAHANNYA
  • Bawang putih diracik halus
  • Bawang Merah di racik halus
  • Daun kari
  • Isi ayam ( tak kira samada korang nak cincang kecil-kecil sekali dengan tulang ataupun tidak)
  • Sedikit Butter
  • Sebiji Telur
  • Lada kecil(optional)
  • Tapung(boleh guna tepung gandum atau tepung goreng ayam
  • Sedikit Garam
  • Setengah cawan kecil susu cair

 

CARA-CARANYA

chicken butter
~Ayam tu korang lumurkan dengan telur.Selepas tu korang mandikan ayam tu dengan tepung dan goreng.
chicken butter
~Selepas itu ,Cairkan Butter dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
~Masukkan daun kari.
chicken butter
~Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam.Kalau korang nak pedas,boleh la letak cili
~Jika kuahnya cair,korang boleh letakkan tepung jagung sedikit ye.
~Last sekali korang masukkan ayam.Agak-agak dah masak boleh angkat dan hidangkan…
Mudahkan resepi ni..Tak memerlukan masa yang banyak pun untuk membuatnya..Makan dengan nasi panas-panas lagi sedap..

So,itulah resepi  yang boleh korang praktikkan juga untuk menu berbuka puasa korang.

Banyak lagi resepi menarik yang boleh korang cuba di dalam blog ni.Klik RESEPI

About Author

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

(3) Comments

  1. Baru buat 3 hari lepas. Ikut resepi Khattyjem hehe

  2. perghh, macam sedap jer! ok, puasa..heee

  3. perghh, macam sedap jer! ok, puasa..heee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *