resepi burnt cheesecake

Resepi Basque Burnt Cheesecake Guna Air Fryer

Resepi Basque Burnt cheescake guna air fryer sahaja.Tak sampai berjam pun buat Basque Burnt Cheesecake menggunakan peralatan canggih seperti air fryer

Jaranglah sangat umi buat kuih sekarang ni.Tapi hari tu, bila umi masuk ke Group Air Fryer ternampaklah perkongsian seorang sahabat ni buat basque burnt cheesecake guna air fryer je.Bila tengok caranya tu mudah sangat, tak memerlukan mesin pemutar dan sebagainya.

[Baca juga : Resepi Ayam Bakar Air Fryer ala Kenny Rogers]

So, umi siap-siap beli barang hari minggu hari tu, buat pulak dengan dak Naura.Dia memang sukalah kan makan kek ni.

So, bahan-bahan mudah untuk membuat Basque Burnt Cheesecake ialah

buat basque burnt cheesecake guna air fryer

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT BURNT CHEESECAKE

250ml cream cheese
1/2 cup gula
1/2 cup whipping cream
3 biji telur
2 sudu tepung kek

CARA MEMBUATNYA

Masukkan semua sekali bahan dalam blender.Lepas tu korang blend sehingga bahan semua tu nampak smooth je.

Resepi Basque Burnt Cheesecake Guna Air Fryer

Lepas tu masukkan ke dalam acuan, sebelum tu acuan tu korang letakkan sedikit mentega supaya dia tak melekat.Nak senang pakai je foil dan sapukan disekelilingnya.

Kalau pakai acuan tu, macam susah sikit ler nak keluarkan..Maklumlah baru 1st time mencuba.

Resepi Basque Burnt Cheesecake Guna Air Fryer

Lepas tu korang setkan Air Fryer korang selama 40 minit dengan suhu 180 darjah ye.Mungkin lain air fryer lain masanya.

So,pepandai koranglah check samada di dalamnya dah cukup masak atau tak

Resepi Basque Burnt Cheesecake Guna Air Fryer

Siap dan cantikkan kejadiannya.Tapi masa ni, umi buat dalam 25 minit je, tapi bila check, bahagian dalam tak berapa masak, so umi naikkan lagi masa untuk biar betul-betul masak.maklumlah kan, 1st time, kenalah try and error.

Selepas keluar je dari Air Fryer, sejukkan dulu diluar kemudian barulah masukkan dalam peti ais, agak-agak dah sejuk gitu, barulah keluarkan dan potong.

Gambar tak sempat nak ambil sebab dak Naura punyalah tak sabar nak makan ni.Itu pun dah tengah malam,sempat ambil masa dalam pinggan ni je hah.

Itupun umi suruh dia stop makan, kalau tak, kemahin nak menambah.Alhamdulillah,jadi jugak Burnt cheesecake menggunakan air fryer ni.

So, lepas ni tak payah dah la nak beli, buat je kat rumah.

Loading

4 Comments

  1. wahhhh.. kak eda… senang nya… kena try ni.. oven dah lama x berasap.. kalau guna air fryer maybe semangat ‘R’ tu kuat sikit kot nak try.. haha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *