Resepi Ayam Rangup Ala KFC

Resepi Ayam Rangup Ala KFC | Tak sangka pulak menjadi kali ni.Kalau dulu aku buat jugak ayam rangup guna tepung bestari.Tapi kali ni aku ubah suai sikit mengikut citarasa aku.haha..Jom lah kita tengok macam mana agaknya resepi ayam rangup ala kfc ni.

 

Baru-baru ni ada jugaklah nampak diorang goreng ayam ala kfc ni.Tapi takdelah nak buat sebab takde keinginan nak membuatnya.Tapi semalam,si anak dara dok sibuk tunjuk ayam kat TV.So,bila masuk dapur,tengok ada lagi tepung bestari.So,umi buatlah ikut cara umi untuk goreng ayam rangup ala kfc tu.Nak buat ayam rangup macam kfc tu mudah je kalau kena dengan caranya.So,meh la umi ajar sikit cara membuatnya ye.

BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT AYAM RANGUP ALA KFC(bahan Perapan)

Beberapa potong ayam

4 sudu Tepung Bestari(aku guna yang biasa je)

1 sudu Tepung beras

1 sudu Kari

beberapa helai daun kari

sedikit garam

1 biji telur

CARA BUAT AYAM RANGUP ALA KFC

Campurkan kesemua sekali bahan di atas dan perapkan dalam setengah jam di.

Selepas itu, sediakan 2 sudu tepung bestari bersama 1/4 sudu tepung beras.Taburkan sedikit sahaja garam.Lumurkan ayam yang diperap ke dalam tepung.Sambil tu,panaskan kuali dengan minyak yang banyak.Nampak ayam tu tenggelam je ok dah.

Masa nak masuk ayam ke dalam kuali tu,sederhanakan api supaya ayam tak masak hanya di luar sahaja.Bila dah nampak kekuningan,bolehlah angkat ayam tu dan sedia dihidangkan..Nampak senang kan..Tapi memang senang pun.Kalau nak sedap lagi,korang boleh tambah oat pada perapan ayam tu.Memang rasa rangup tau.

 

siti Rohaida

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

4 thoughts on “Resepi Ayam Rangup Ala KFC

  • September 18, 2018 at 10:37 pm
    Permalink

    Waaa nak cuba laaa, biasa aku goreng guna teoung adabi tu, pun okay gak, anak suka..
    Nanti nak try yang ni pulak..

    Reply
  • September 19, 2018 at 5:23 pm
    Permalink

    anak-anak memang suka ayam goreng dengan tepung bestari ni. cepat betul tepung bestari abis kat umah ni. tapi biasa saya tak letak tepung beras macam akak. lain kali boleh cuba tambah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *