Resepi Ayam Bakar Air Fryer ala Kenny Rogers

Resepi Ayam Bakar Air Fryer ala Kenny Rogers | Gadget dapur yang  yang sangat banyak membantu umi sediakan makanan untuk family umi.

Banyak sebenarnya resepi yang boleh kita buat menggunakan Air Fryer ni.Kalau korang nak tau boleh la join group Air Fryer.Pelbagai jenis menu yang boleh kita try menggunakan Air Fryer ni tau.

Lagi pulak bila proses nak mengurangkan makanan berminyak dalam setiap masakkan.Aku rasa Air Fryer ni sangat membantu.Sebelum ni dah cuba jugak pelbagai menu yang menggunakan Air Fryer ni,korang boleh tengok di Entry pertama kali beli Air Fryer dari Go Shop. Umi pernah jugak buat Kambing Perap di Entry INI jugak

So, umi sedang bekerjasama dengan Air Fryer ni kat dapur dengan jayanya.Kadang kita kena tahu jugak Timing dengan berapa degrees kita kena letak untuk sesuatu masakkan..Bukan main letak je..Kalau tak hangus ler nampaknya menu yang kita buat tu.So, umi pun baru je belajar kan,jadi kekadang adalah sikit hangus kat makanan tu.

Hari tu umi cuba pulak buat AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS ni.Mudah sebenarnya nak buat, janji semua bahan kat dapur tu lengkap.Nak buat apa pun senang.Bila ada sesuatu bahan yang takde kat dapur, mulalah malas nak buat.Alasan tu kukuh sangat kan.Jomlah tengok macam mana umi buat RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS ni.

ayam bakar ala kenny rogers

RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS

5-6 ketul ayam

1 biji bawang besar*

2 biji bawang putih*

1 sudu kecil lada hitam(taknak letak pun takpe)*

Sedikit halia(kira hujung jari je)*

1 Sudu sos cili

2 Sudu Sos Tiram

2 Sudu Madu ( nak letak extra pun boleh)

Sedikit garam

2 Sudu Minyak masak

Tumbuk lumat bahan yang bertanda *

Caranya

Masukkan ayam ke dalam mangkuk, campur semua sekali bahan di atas.Kemudian gaul dan perap selama 1/2 jam.Nak perap lebih dari tu pun takpe. Lepas tu bakar di dalam Air Fryer selama 20 minit dengan 180 degree.Lepas dah 10 minit tu,balikkan ayam tu supaya di bahagian bawah pun nampak garing…

Siap disediakan untuk makan malam, makan macam tu je, makan tengahari..Ikut sukalah nak makan bila…hehehehe….

Senang je kan..

Loading

4 Comments

  1. Seyes simple .. namapk cepat & mudah disediakan, saya wajib try ni, terima kasih siti rohaida =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *