Resepi asam pedas melaka

Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Bila rajin datang menyinggah,memang suka nak update pasal resepi mudah ni.di blog aku ni,pelbagai jenis resepi ada .Semuanya mudah-mudah belaka.Kotlah korang rajin untuk mencari resepi mudah,just  cari je resepi di bahagian search tu.
Oklah,cerita makan untuk iftar semalam,walaupun lauk simple,tapi sedap di tekak.So,aku share dengan korang resepi mudah asam pedas melaka.Apa yang membezakan asam pedas melaka dan asam pedas johor adalah bahan-bahan di dalamnya.Asam pedas melaka banyak rencahnya berbanding Johor.
Salah satu makanan yang paling aku suka adalah asam pedas.AKu belajar buat asam pedas ni pun melalui mak mentua aku.Sejak berkahwin dengan orang melaka ni,banyaklah resepi yang aku belajar dari MIL.Nanti aku plan nak buat kuih keria melaka pulak..Tengok macam mana,jadi ke tidak
Resepi asam pedas melaka
So,meh aku share dengan korang macam mana nak buat asam pedas melaka ni.
So kita tengok bahan-bahan untuk buat asam pedas melaka ni.Ni mengikut apa yang ada di dapur aku tau..
Bahan-bahannya
-Beberapa ketul ikan pari(ikut korang nak letak berapa)
-2 biji bawang putih**
-3 biji bawang merah**
-2cm Halia**
-3cm kunyit hidup**
-beberapa biji lada kering**
-2cm belacan**
-1 sudu kecil lada hitam**
-1 sudu halba
-Daun kesum
-Garam/gula
-2 Batang serai
-Daun kesum
-Minyak untuk menumis
boleh tambah tomato,bendi atau apa yang korang suka di dalamnya.Korang juga boleh letak bunga kantan ok.
Bahan yang bertanda ** di blend sekali
Cara membuatnya pula

-Panaskan minyak dan tumis bahan yang di blend sehingga naik bau,lepas tu korang masukkan halba dan kacau lagi sampai naik minyak atau lebih senang dia garing sikit lah kan.
-Selepas itu,korang boleh masukkan  serai dan juga daun kesum.
-Masukkan ikan,tapi jangan korang gaul ikan pulak,kang hancur ikan tu,just nak suruh bahan yang tumis tu serap masuk dalam ikan tu..
-Masukkan air, dan kacau hingga rata.Perasakan dengan garam dan gula,Kalau korang suka masam sikit kuah tu,boleh masukkan sedikit air asam jawa
-Dah menggelegak,korang dah ready untuk siapkan di atas meja
Hah..senang je kan.Kuah asam pedas ni,kalau ianya pekat lebih mengaum nak makan.So pastikan korang punya asam pedas tu pekat ye…

Loading

7 Comments

  1. amboiiii..tu diaaa
    asam pedas mmg favorite, kdg2 masak tak menjadi kuah cair la, termasam la, keep try smpi menjadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *