resepi aneka mee
RESEPI

Resepi Aneka Mee mudah untuk disediakan

Resepi Aneka Mee Yang Mudah Untuk Disediakan | Kalau fikir pasal memasak, memang mak-mak lah yang paling buntu nak masak apa.

Especially bulan ramadhan ni.Of course walaupun kita memasak macam biasa, tetapi ada jugak keinginan nak menyediakan sesuatu yang istimewa selain menu nasi dan lauk pauk biasa setiap hari.

Selain dari tu boleh jugak sediakan pelbagai menu dari MEE yang boleh menggantikan nasi.Of courselah nak sediakan menu berbuka puasa, seharusnya menu yang simple dan cepat untuk disediakan.Hari tu umi ada lihat perkongsian rakan facebook tentang Resepi Menu Mee yang mudah disediakan.

 

So, umi kongsikan di blog ni supaya senang nanti umi nak rujuk jika nak buat menu selain dari Nasi.Korang boleh tengok list di bawah ni ye.

RESEPI ANEKA MEE YANG MUDAH DISEDIAKAN

  1. Resepi Mee Goreng Basah
  2. Resepi Mee Hon Sup
  3. Resepi Mee Jawa
  4. Resepi Mee Bandung Muar
  5. Resepi Mee Pad Thai
  6. Resepi Mee Soto
  7. Resepi Kuey Teow Ladna
  8. Resepi Bakso
  9. Resepi Mee Hailam
  10. Resepi Mee Hailam-2
  11. Resepi Mee Hongkong
  12. Resepi Spaghetti Carbonara
  13. Resepi Mee Hoon Goreng Hailam
  14. Resepi Mee Hoon Goreng Singapore
  15. Resepi Mee Rebus Johor

 

 

=============================================================================

 

RESEPI MEE GORENG BASAH
sumber : ieda roslida

Bahan- bahan :
mee kuning 1bungkus dibilas dan tos
Sotong 10ekor dibersihkan potong dan tos
Fish ball 1paket dibersihkan potong dan tos
Sayur sawi jepun 1ikat dibersihkan potong dan tos
tomato 1biji dibersihkan dan dibelah 6
Cili kisar 4sudu besar
Sos cili 5sudu besar
Sos tiram 1sudu besar
Sos ikan 1sudu besar
kicap pekat 1sudu besar
Kicap manis 5sudu besar
Kicap mee 2sudu besar
air putih 1cawan kecil
Minyak masak 2sudu besar untuk menumis…
Bahan2 tumbuk
Cili api 10biji
bwg putih 3ulas
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat


Cara-cara :
Panaskan kuali .. masukkan minyak 2 sudu besar..
Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..
Masak dan kacau2 bagi sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE HON SUP
( untuk sorang makan)

Bahan-Bahannya:-
3 ulas bawang putih( ketuk)
1 sudu teh serbuk lada putih
3-5 biji cili api( ketuk)
Udang/ ayam/ daging secukupnya
Fish ball/ fish cake- kalau suka
3 helai sayur sawi
– Sedikit kobis
1/2 biji tomato
1 biji telur
– Mee hoon
– Air 3 mug
– Gara,gula dan serbuk perasa


Bahan2 pelengkap menu:-


Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
Sehiris dua limau nipis


Cara2:-
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili api hingga naik bau, masukkan lada putih.. Kemudian masukkan udang/ ayam/ daging… Kacau2 sekejap, masukkan air.. Bubuh garam, pak aji n sedikit gula..Biarkan mereneh seketika.. Masukkan sayur2 dan mee hoon.. Kemudian pecahkan sebiji telur tadi.. Bila mee hoon dah lembut boleh laa di hidangkan dgn daun sup, bawang goreng dan perahan limau nipis.

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE JAWA

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng


Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula


Caranya:
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE BANDUNG MUAR (resepi asli Muar)

Bahan-bahan:

1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:

Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
1. Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE PAD THAI

Bahan-bahan ( 4 orang )
1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
1/2 biji bawang besar-mayang
10 ekor udang sederhana besar
2 sudu besar udang kering- ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
4 biji cili
1 biji telur


Bahan hiasan-pelengkap hidangan ini:
1 cawan taugeh
2 biji limau nipis
Sedikit daun bawang
1 keping tauhu-potong kiub
1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar

Cara-cara
1.Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.
2.Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.
3.Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Kemudian masukkan cili merah dan udang kering,kacau hingga garing.
4.Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.
5.Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.
6.Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee.
7.Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE SOTO

Bahan-bahan:

500gm mee kuning (bee hoon pun boleh) – dicelur
100 gm/50 sen taugeh -dibersihkan (kalau ada masa lerr!) dan dicelur
1 ekor ayam (kira-kira 1.5 kg)- dibelah dua atau empat
3-4 liter air
3 sudu makan ketumbar }
3 sudu makan jintan kasar }
2 sudu makan jintan halus } — disangai & dikisar halus
1 sudu teh serbuk lada putih
1 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
garam secukup rasa
200 ml minyak untuk menumis
1 biji bawang besar hiris
1 kuib ayam dan 1 sup punjut adabi

Bahan kisar:

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
5 cm halia

Bahan sampingan:

secukup daun sup & daun bawang
bawang goreng
bagedil
sambal kicap cili padi
isi ayam (disiat-siat)

Sambal Kicap Cili Padi:

25 biji cili padi merah/cili api
4 ulas bawang putih
125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara:

1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak ..lepas tu meletup tau..cepat-cepat tutup dengan penutup periuk dan padam api.
2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Membuat Kuah Soto:

1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Cara Menghidangkan Mee Soto:

Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Bubuh sebiji bagedil dan sedikit sambal cili padi.

BAGEDIL (PEGEDIL)

Bahan-bahannya:

1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
250 gram daging cincang (goreng dgn sedikit garam hingga kering)
2 biji putih telur (utk mencelup bagedil, bubuh siket garam)
1/2 cawan bawang goreng
secukup daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
secukup minyak utk menggoreng bagedil

Cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak. Toskan. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Masukkan daging cincang, serbuk lada putih, daun sup/bawang, bawang goreng, dan garam.
3. Gaul hingga rata dan sebati.
4. Bentukkan bulat-bulat dan celupkan dgn putih telur sebelum digoreng dalam minyak panas.

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI KUEY TEOW LADNA

Bahan-bahan

1) 2 bungkus kuey teow
2) 5 ulas bawang putih – diketuk
3) 1 inci halia – dihiris
4) 4-5 biji cili padi – dihiris
5) 3-4 ekor sotong – potong
6) 16-20 ekor udang
7) 10 biji fishball – dibelah dadu
8) 1 batang fishcake – potong nipis
9) 4 sudu besar sos tiram
10) 6-8 helai daun limau purut
11) 5 biji limau purut (perahan air sahaja)
12) 1 batang lobak
13) Sayuran campur (baby corn, bunga kobis)
14) 1 biji tomato
15) Sawi
16) Segelas air + 2 sudu besar tepung jagung (larutkan)
17) 6-8 cawan air
18) Kicap cair
19) Kicap pekat
20) Minyak
21) Garam
22) Gula

Cara Memasak

(A) Membuat Kuah

1) Tumis bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak.
2) Masukkan air dan sos tiram. Biarkan 5 minit di atas api besar.
3) Masukkan fishball dan fiskcake
4) Masukkan sayur yang keras dan biarkan untuk 5 minit.
5) Masukkan sayur yang lembut (sawi, tomato), sotong dan udang. Api sederhana besar.
6) Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
7) Masukkan daun limau purut dan perahan limau.Nak masam lagi tambah limau lagi.
8) Masukkan campuran air tepung jagung sehingga kepekatan kuah memuaskan hati.

(B) Memasak Kueyteow

1) Gaulkan kueyteow dengan sesudu kicap pekat + 2 sudu kicap cair.
2) Goreng bersama suku cawan minyak untuk 5 minit.
3) Angkat dan hidang bersama kuah.

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI BAKSO

Bahan-bahannya ( 7-8 org ) :
● * Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
● * Taugeh
● * Kobis dihiris halus
* * KUAH
● * 3 biji bawang merah dihiris
● * * 3 ulas bawang putih
● * *1/2 inci halia
● * *1sk lada sulah biji
● * 1 batang serai diketuk
● * 1 sb pati daging / pati ayam
● * sedikit serbuk lada sulah
● * garam n perasa
Bahan-bahan bebola daging :
● Daging lembu segar 1000 gm (1 kg).
● 5 batang Serai.
● Bawang Merah 2 biji.
● 1 biji Bawang putih (+-10 ulas).
● Lemak sayuran (mayonis) 300 gm.
● Jintan halus & ketumbar 40 gm.
● 1 camca garam.
● Sedikit. Lada sulah.
● Sedikit. soda bikarbonat.
● Tepung sagu 500 gm.
● 100 gm tepung ubi.
● Tepung gandum 200 gm.
● Gula Halus 40 g.
● Halia 20 gm. .
● Air batu 150 gm.
Cara membuat bebola daging :
1. Kisar dan gaul semua kecuali lemak sayuran.
2. Perapkan adunan kira-kira 15 minit.
3. Masuk dan gaulkan adunan dengan lemak sayuran.
4. Bentukkan adunan menjadi bulat.
5. Rebus dengan kadar 68 º C (dengan api kecil) hingga bebola timbul.
6. Angkat, toskan dan biarkan sejuk dan boleh lah dimasukan kedalam sup Bakso.
Cara-caranya :
1. Utk kuahnya, Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
3. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola daging. Boleh juga guna mee lain.

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE HAILAM

Bahan-Bahannya:
1. 600 gm mee kuning
2. 100 gm isi ayam – hiris nipis
3. 100 gm udang
4. 250 gm sawi hijau – potong kecil
5. 100 gm bunga kubis – hiris
6. 100 gm kobis – hiris
7. 1 biji cili merah – mayang
8. 1 sudu besar serbuk lada hitam
9. 3 sudu besar kicap pekat
10. 3 sudu besar sos tomato
11. 3 sudu besar minyak
12. 1 cawan air
13. 4 ulas bawang putih – ketuk

Bahan hiasan :
1. 3 batang daun sup – potong pendek
2. 3 batang daun bawang – potong pendek
3. 1 biji cili merah – hiris
4. garam – jika perlu

Caranya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau hingga rata.

2. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau hingga rata. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau hingga rata.

3. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup, daun bawang dan cili merah. Sedia dihidangkan.

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE HAILAM-2

BAHAN-BAHAN:

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air – dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya .

CARA-CARA MEMASAK:

– Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

– Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

-Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

– Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

– Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng .

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE HONG KONG

BAHAN-BAHAN:
200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.
4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.
5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Sebelum mi digoreng, pastikan minyak betul-betul panas

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI SPAGHETTI CARBONARA

Bahan sos:
1 biji bawang besar Holland cincang
5 ulas bwg putih cincang
5 btg sosej
1 tin cendawan
2 tin sos cendawan carbonara Prego
1 liter susu segar
Lada hitam
Oregano flakes
Caranya:
1. Tumiskan bawang besar & bwg putih.
2. Masukkan sosej dan cendawan butang yg telah dihiris.
3. Taburkan sedikit oregano flakes & serbuk lada hitam.
4. Tuangkan sos cendawan.
5. Tuangkan susu. Perasakan dgn garam…siappp.
6. Spaghetti mcm biasa celur hingga lembut dengan masukkan sedikit minyak masak & garam.

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE HOON GORENG HAILAM

Bahan-bahannya :
● 1 packet mee hoon (rendam seketika dan toskan)
● 1 biji bawang merah besar – dihiris halus
● 3 ulas bawang putih – dihiris halus
● 1 sudu besar serbuk secukup rasa
● minyak masak

Bahan sos (disatukan)
● 4 sudu besar sos tiram
● 4 sudu besar kicap lemak manis
● 2 sudu besar sos cili
● 1 cawan air

rencah-rencah;
● 2 biji telur
● Udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
● Fish cake dan fish ball
● Sayur sawi – dipotong anggaran 4 cm
● Carrot

Bahan hiasannya :
● Daun kuchai – dipotong anggaran 4cm
● Bawang goreng

Cara-caranya :
1. Panaskan kuali dan minyak

2. Goreng telur hingga masak sambil dipotong telur tersebut dalam kuali kepada ketulan-ketulan kecil. (ala-ala scramble egg tapi kering). Ketepikan..

3. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.

4. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.

5. Masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.

6. Masukkan mee hoon. Kacau rata kesemuanya.

7. Masukkan telur yang diketepikan tadi bersama serbuk secukup rasa

8. Kacau rata bersama daun kuchai

Sedia dihidangkan

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE HOON GORENG SINGAPORE 
.
Bahan-bahan :
– 1/2 bungkus Mee Hoon – direndam hingga lembut & tos.
– 2 ulas bawang putih – ditumbuk halus.
– 1 ulas bawang merah – ditumbuk halus.
– 1 sudu udang kering – ditumbuk halus.
– 1 cawan udang basah.
– 1 keping dada ayam – dihiris nipis.
– 1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk.
– 1 sudu kecil serbuk chicken stock.
– 1 cawan taugeh.
– 1/2 batang lobak merah – di parut kasar.
– Garam secukup rasa.
– Sedikit sos tiram.
– 2 biji telur.
– Minyak secukupnya.
.
Cara penyediaan :
● Panaskan sedikit minyak,masukkan telur dan goreng hancur hingga masak.
● Angkat dan ketepikan.
● Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi.
● Masukkan udang dan ayam.
● Goreng sebentar,kalau perlu masukkan sedikit air.
● Masukkan lada hitam,sos tiram,chicken stock dan sedikit garam.
Kemudian masukkan mee hoon,taugeh dan lobak merah.
● Gaul sebati hingga masak.
Akhir sekali masukkan telur hancur,gaul sehingga rata.
● Tutup api,angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang dan cili merah.
● Siap dihidangkan.

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

RESEPI MEE REBUS JOHOR

( Resepi Mi Rebus Hj Wahid )

Bahan-bahan:
2 kilo mee kuning, dicelur ( actually, i tink 3 bungkus je dah cukup heheh, bila dah celur jadi banyak…)
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel (i used daging kisar (dlm kuah) + rebus daging dan hiris (tak masuk dlm kuah)
4 biji keledek, direbus dan dikisar (i used keledek merah, but rasanya kalo guna keledek kuning lagi elok coz lebih manis)
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar (letak atas penapis halus n lalukan dgn air)
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik (kalo malas, boleh blender je sekali, senang)
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering (yang ni i blum cuba, sebab tak sempat hehehe)
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua


Cara Menyediakan Mi Rebus Johor Hj Wahid


Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.


Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.


Cara untuk menghidang

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

 

KLIK UNTUK KEMBALI SEMULA KE LIST RESEPI ANEKA MEE

=============================================================================

 

Hah…dah ada idea untuk memasak hari ni? Kalau ada lagi resepi mee yang umi tahu, nanti umi akan share lagi ye.

 

Credit:perkongsian resepi Aneka Mee di Facebook

Mommy Blogger | Johor Blogger (JDT Blogger) For Any Collaboration | Events | Review | Sponsorship Email : sitirohaida81@gmail.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *