Assalamualaikum
Aku terbaca kisah ni di facebook..Terasa begitu kepayahan ibu bapa untuk mencari sesuap nasi dan untuk ingin memenuhi hasrat anaknya.Disebabkan ingin menunjuk-nunjuk,kita lupa kita telah menyusahkan ibu bapa kita..
google

Anak2 baca ni
k…Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain.
Aku 

menerjahnya,
“Pakcik, laptop…” -dia tersenyum dan
masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, “Nak
beli untuk anak ke?”, “Ya, nak beli untuk anak – dia nak sambung
belajar – laptop yang mana yang ok?”. Aku mempromosi barang seperti biasa
-aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. “Kalau nak yang bagus mahal
pakcik – tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung – seribu
seratus lebih je…”. Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan
seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut “Nanti saya
datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni…” -pergi dengan suatu
perasaan yang lain.Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja,
kebetulan – aku duduk di kaunter menunggu pelanggan – dia datang semula ke
kedai, tapi dengan anaknya -perempuan. “Yang mana ya yang haritu, ada lagi
tak?”, “Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru -harga sama
je”, aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, “Yang nie
ok ke dik?” – “Ermmm, ok ke nie murah je – karang rosak karang susah…”
jawabnya dengan muka yang kurang puas hati – anaknya seperti menginginkan yang
lain yang lebih mahal. “Yang acer nie x boleh ke ayah?”, ayahnya
terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, “Yang acer nie berapa
boleh murah lagi?” – “Yang tu tak dapat dah pakcik,… Dah harga kos
dah tu…” aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik
menyambung lagi, “Dik, nak laptop untuk belajar kan… Rasanya kalau untuk
belajar – yang nie lebih dari cukup – rosak tak payah pikir sangat – warenti setahun.”.
Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah
bapanya.”Oklah, yang ini.” jawab anaknya. Sedang aku menulis resit
dan membungkus laptop dari meja ‘display’ – aku terpandang bapanya yang mengira
duit untuk membayar – aku nampak dompetnya kosong – habis semua duit digunakan
untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula
– dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira – wang aku masukkan
dalam cash drawer, “Cukup duit tadi dik?” -“Cukup, Terima Kasih
ya…”. Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata
mengira duit yang diberikan – RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku
membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk
anaknya -penuh harapan.Aku geram kepada anaknya – seperti dia tidak tahu
ayahnya bagaimana – hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah
sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping
duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu
‘mengais’ untuk hari esoknya. Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa)
kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada
waktu kecil. Amin… KONGSIKAN sbg tanda sayang kita pada ayah ibu…anak zaman
sekarang bukan tahu ibu bapa ada wang atau tidak..mereka mahu apa yang mereka mahu je :))

Ukur baju di badan sendiri.Begitulah yang boleh aku sifatkan kepada anak pakcik ini…Kalau betul hendak belajar dan tahu akan asal usul keluarganya,Pasti dia tidak berkelakuan sedemikian.Orang sebelum ayah kita pun belajar tinggi dan susah pulak tu,Tapi masih boleh menjadi seseorang,tanpa ada sedikit pun kemudahan seperti sekarang.
Niat untuk belahjar itu adalah penting.Lihat keadaan mak ayah kita,samada mereka mampu atau tidak untuk menyediakan segala kemudahan tu semua.Masyallah..

By siti Rohaida

Blog about parenting, tips parenting, deco, homeschooling activities, travel and beauty.Welcome to kisahsidairy blog

18 thoughts on “Renungan Di Pagi Jumaat”
  1. kak… nape sedih sgt cerita ni… 🙁 sy pun pnah,, tgk wallet abah sy nipis je.. x smpai hati nk mintak apa2 kat abah dulu… pelik kenapa ada anak2 yg x prihatin dgn keadaan ibubapa.. bygkan, sy x pnah ada laptop.. smpai sekrang..masa belajar dulu,, sanggup g cyber cafe.. itu lagi jimat drpd menyusahkan mak bapak sy

  2. salam jumaat kak aida, ini adalah peringatan supaya kita sebagai manusia sedar siapa diri kita sendiri dimana tahap kita berada… jangan lebih sudu dari kuah..

  3. salam jumaat..kisah yang menarik dan menyentuh perasaan…banyak pengajaran yang kita boleh belajar daripada cerita ini…menabung herbal essence sini…

    Regards,
    -Strider-

  4. touching citer ni..

    tingat plak masa sekolah dulu..beria minta ngan mak komputer..masa tu harga komputer memang mahal..
    kebetulan kerajaan ada buat kelonggaran beli guna duit kwsp..beria mak zee gi pohon..
    last2 dapat..

    tu la hadiah dier(pada dier) yang paling bernilai..tapi zee tahu pengorbanan dier lagi bernilai..

  5. pengorbanan ayah dalam menjaga anaknya sanggup buat ape saje..anak pulak,tak perlu nak meminta itu ini.terima apa jua pemberian ayah walaupun murah.Kena betulkan niat belajar tu jugak.Tak salah kalau dia usahakan sendiri untuk dapatkan yang terbaik.Ya Allah,murahkanlah rezeki pakcik tu..aminnn

  6. Sedihnya baca. Pengorbanan seorang ayah kan. Sanggup berhabis duit untuk anak. Tapi anak mcm tak faham keadaan kewangan ayah. Bedoa smoga anak2 saya tak mcm nih. Tau menghargai setiap titik peluh yg keluar dari kedua ibu bapa mereka.

  7. Assalamualaikum kak ida. sedihnya baca kak.. Allahurabbi.. sheila tak berani minta2 dengan papa, apa2 semua mama yang usahakan.. sedihnya, teringat mama.. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

  8. Benda ni mmg byk terjadi dlm kehidupn sbnr..mmg grm dgn sikap ank2 yg lgsg tak peduli kesusahan ayhnya..CN dulu bli lptop pkai duit ptptn jer,jenuh gak ikat perut,tp taknk menyusahkn ayh kt kg

  9. Tak sangka sebab anak pakcik itu perempuan. Kakak sebenarnya membandingkan dgn diri kakak dan anak kakak juga perempuan. biasa budak perempuan lebih prihatin dan tahu kemampuan org tua…

    Sedih punya anak kalau begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *