BEAUTY

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia |Pernah tak teringin nak pakai masker, tetapi rasa was-was nak beli.

Tapi ni umi ada satu produk yang mana korang sendiri dah baca tajuk di atas kan.Masker ni memang sesuai untuk kita orang islam kerana apa tau, kerana mask ni adalah Masker Halal pertama di Malaysia.Seriously umi pun terkejut jugak bila dapat tau ada company ni yang membuat masker dan mendapat Pensijilan halal untuk Masker.Hari tu umi berpeluang untuk mencuba masker dari Reneuf ni.Ambik ko hah…30 keping masker dia bagi kat umi.

Meh umi cerita serba sedikit tentang latar belakang Reneuf by La Estephe ni.Mungkin korang sebelum ni tak pernah kan dengar pasal ni.So, meh umi cerita.Jangan lupa baca tau.

 

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

RENEUF BY LA ESTEPHE SHEET MASK

Reneuf adalah Sheet Mask  #Babysoft  diformulasikan dengan campuran yang kaya dengan Squalene, Colloidal Gold & Yam bean yang dapat mengembalikan  kulit yang tidak bermaya dan kusam kepada kulit yang lembab, bertenaga dan lembut seperti kulit bayi.

 

Squalene membantu meningkatkan pertumbuhan semula sel kulit.Ia juga meningkatkan penyerapan ke dalam kulit di samping menggalakkan lagi keanjalan kulit.Ia membantu memberikan perlindungan pada kulit kita yang banyak terdedah kepada persekitaran.

Colloidal Gold membantu melindungi kulit daripada penuaan.Ia juga mampu meningkatkan imuniti kulit dan mengurangkan keradangan kulit.Bahan ini juga membantu meningkatkan peredaran darah.

 

Yam Bean digunakan di dalam formulasi ini bagi membantu mengatasi radikal bebas yang menyebabkan jerawat, bintik hitam, dark spot dan juga kesan penuaan.

KENAPA MESTI PILIH SHEET MASK DARI RENEUF LA ESTEPHE

Diformulasikan di Switzerland by La Estephe iaitu skincare industry expert di Hong Kong.Sebab utama kenapa umi memilih Reneuf adalah kerana ianya Sheet Mask pertama yang mendapat pensijilan HALAL dari Jakim.So, korang tak perlu risau bila menggunakan mask ni.Bukan senang nak dapat Sijil Halal kalau ianya tidak selamat digunakan dan sudah tentunya lulus dari segi kebersihan mask ni kan.

 

Reneuf Mask by La Estephe ni mempunyai 7 jenis mask mengikut kesesuaian kulit muka kita.So, kita boleh pilih jenis mana yang sesuai untuk kulit muka kita.Meh umi share ye apa dia 7 jenis mask dan kepentingan mask tersebut untuk kulit muka kita.

 

1.Hydraulic Acid Sheet Mask

Extreme Hydrating & moisturizing Mask

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

Hydraulic Acid – Extreme Hydrating & Moisturizing ni merupakan best seller dari produk Reneuf ni tau.Apabila umu semakin meningkat, tubuh kita kekurangan asid Hyaluronic dan ini punca kulit kita kering dengan tanda liang pori terbuka, timbul garis halus dan kedutan.Sheet mask Extreme Hydrating & Moisturizing  ni sangat disukai oleh ramai orang kerana teksturnya yang ringan dan dapat mengunci kelembapan kulit.

Hydraulic Acid – Extreme Hydrating & Moisturizing sangat sesuai untuk kulit normal,kulit kombinasi, kering,sensitif dan dehidrasi.

 

2.ALPHA HYDRAULICS ACIDS (AHA)

Refreshing & Purfying Moisturizing mask

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

Alpha Hydraulics Acids(AHA) diketahui mempunyai keupayaan untuk membuang tekstur kulit mati, kasar dan kulit tidak sekata tanpa kerengsaan.Hasil penggunaan yang berterusan mampu memberikan kulit wajah yang lebih muda, dengan penyerapan langkah penjagaan kulit yang lebih baik.

Alpha Hydraulics Acids(AHA) Sangat sesuai untuk kulit muka yang normal, kulit kombinasi berminyak dan kulit berjerawat

3.ALMOND OIL

Nourishing  & Moisturizing Mask

Hydraulic Acid - Extreme Hydrating & Moisturizing

Almond Oil banyak digunakan untuk melindungi kulit dari kerosakkan luaran dan terhidrat dari dalam.Ia membantu mereka yang mempunyai keradangan kulit ,kulit allergik yang boleh meningkatkan lagi penampilan parut.

Almond Oil sesuai untuk kulit kombinasi , kering ,dehidrasi kulit sensitif ,berminyak  dan kulit berjerawat.

4.VITAMIN E

Brightening & Moisturizing Mask

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat dan mempercepatkan pemulihan kulit dan detoks kulit.Jika ia digunakan berterusan, hasilnya kulit mencapai kualiti kulit yang baru dan lebih sihat.

Vitamin E sesuai untuk  kulit yang normal.

 

5.VITAMIN C

Whitening & Moisturizing Mask

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

 

Vitamin C semua dah tau kan apa kelebihannya.Salah satunya ia dapat memperbaiki struktur kulit dan memperbaharui sel kulit serta menghadkan kerosakkan kulit disebabkan oleh sinaran UV.Vitamin C mengurangkan kegelapan kulit,pigmentasi dan berkesan dalam mencerahkan kulit.

 

Vitamin C sangat sesuai digunakan untuk kulit yang normal sehinggalah  kulit yang sensitif.

6.PAPAYA EXTRACT

Lifting & Firming Moisturizing mask

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

Ekstrak papaya dipack dengan antioksidan dan enzim yang berkuasa untuk mempercepatkan pembaikkan sel kulit dan membantu menghalang penuaan kulit.Kulit yang kelihatan letih dibangkitkan semula untuk menjadikan kulit nampak lebih muda.

Ekstrak papaya ni sesuai sangat dengan kulit yang kering, terhidrasi, sensitif ,berminyak dan kulit berjerawat.

 

7.WITCH HAZEL

Antioxidant & Protection  Mask

Reneuf by La Estephe Sheet Mask Halal pertama di Malaysia

Witch Hazel adalah satu bahan perubatan yang digunakan untuk mengurangkan pengeluaran minyak secara berlebihan. Ia merawat kulit yang berjerawat  dan mempercepakan penyembuhan di samping menutup liang pori yang terbuka.

Witch Hazel sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak dan berjerawat.

 

BAGAIMANA MENGGUNAKAN MASK RENEUF LA ESTEPHE
  • Pastikan kulit muka bersih sebelum menggunakan mask Reneuf
  • Keluarkan mask dari paket keluarkan dari plastik mask
  • Tampal di muka dan betulkan di bahagian mata, hidung dan mulut
  • Biarkan selama 15 -20 minits kemudian dah boleh rasa kesegaran di muka..

** Oh ya..jangan lupa tau,essence yang tertinggal di bekas mask tu, korang boleh ambil essence tu dan sapukan di bahagian leher dan tangan.

 

Korang yang nak dapatkan Reneuf Mask La Estephe ni boleh dapatkan di SASA, Robinson Gardens & FSKL, LAZADA. Kalau nak dapat kulit sehalus baby, jangan lupa tau pakai Mask dari Reneuf ni…

 

 

 

 

 

 

Blog tentang parenting, info, resepi masakkan ,panduan kerja di rumah, review produk, sharing info Johor, review makanan,

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *